SeaDemon Says

Seboleh-bolehnya Aku Tak Nak Mempenakan Hal-Hal Politik

Posted on: May 26, 2008

Sekolah dah cuti.

Di dalam mimpi kedengaran suara anak aku terjerit-jerit, “Tolong, Ultraman! Tolong!“. Walhal aku sedang mimpikan empat angka yang mungkin boleh aku tekan sekiranya aku pergi ke mana-mana kedai Magnum hari ini. Aku dah letak disclaimer kat situ: SEKIRANYA. Aku rasa dah 22 tahun aku tak jejakkan kaki ke tempat-tempat seumpama itu. Kemudian, dalam mimpi aku ternampak Ultraman muncul…cuma kepalanya sahaja kelihatan di sebalik bangunan-bangunan yang bakal diranapkan oleh seekor raksasa yang kulitnya kelihatan seperti getah dan mempunyai lidah yang tidak boleh digerak-gerakkan. Raksasa tersebut menembak Ultraman dengan cahaya kehijauan. Ultraman tidak sempat mengelak dan terkena tembakan tersebut, lalu terpelanting dan jatuh ke atas…..AKU! Cipet punya Ultraman! Habis aku dihempapnya dan ranap kedai Magnum tadi.

Jangan main atas katil!” jerit aku kepada anak-anak aku sambil mata aku cuba memproses maklumat dari otak yang berkata: CELIK SEKARANG. MASA UNTUK BANGUN. DAH 10.30 PAGI. Kelihatan di sudut mata, anak-anak aku berterabur lari meninggalkan bilik tidur aku sebab raksasa yang sebenar dah bangun tidur.

Aku tidur jam 2.30pagi tadi – awal, kalau ikut standard aku. Semuanya gara-gara makan ubat batuk pahit yang dilabelkan sebagai mempunyai perisa Sarsaparilla. Kepala hotak diorang la. Tak ada rasa macam A&W Root Beer pun. Pahit nak mampus. Tapi terpaksa…kalau tidak memang aku akan batuk sampai pagi. Tak lama lepas aku makan ubat batuk tu aku pengsan. Aku terbangun semula sekitar jam 5 pagi dan tertidur semula tatkala azan subuh berkumandang. Jangan salahkan aku. Aku ada selective deafness. Aku tak dengar perkataan as-Solah tetapi aku pick-up 110 decibels of an-Naum. Apa lagi? Tidur la! Aku cuma ikut apa yang aku dengar dalam azan!

Dalam aku cuba nak mengelak dari menulis mengenai politik, Kimi tiba-tiba muncul dekat YM tak kasi aku mati dulu takut tak ada orang nak komen pasal KJ.

Kimi: jgn la mati dulu
Kimi: nnt KJ xde org nak komen
SD: hhahahaha
SD: not mine
SD: ni pun tengah update blog
SD: bila ke syria?
Kimi: ntah la
Kimi: pak arab dia nye esok
Kimi: ada la 2-3 light years
Kimi: hahaha
SD: hhhahaha
SD: bagus gak tu
Kimi: bila pi diving?
SD: khamis ni
Kimi: u kutuk2 KJ
Kimi: dia dah dah la hensem
Kimi: u terlebih hensem
SD: bangla KJ tu
Kimi: tu psl org komen
Kimi: hahaha
SD: bangla kalau kasi pakai baju mahal memang hensem
Kimi: kalau u pakai zegna…sure george clooney nangis air mata darah
Kimi: hahaha
SD: eh..i ada tau zegna suit
SD: kekekeke
SD: itu aje la sepasang
SD: S Jibeng kalau mat salleh rupa macam siapa?
Kimi: david archuleta
SD: betul ke?
SD: kalau dia muda dulu la kot…dan kalau kasi pakai zegna

Aku suka perbincangan intellectual seperti itu. Tak perlu nak proses banyak-banyak. Masuk telinga kiri, keluar ikut bontot. Orang melayu tak suka berfikir. Sebab itu cerita-cerita di pawagam seperti Little Buddha, The Last Emperor, dan cerita-cerita yang sewaktu dengannya tak mungkin akan menjadi pukulan kotak pejabat (box office hit) di Malaysia. Orang melayu lebih gemar cerita-cerita simple seperti Sembilu, Tragedi Oktober, di mana heronya Awie yang akan memperlakonkan watak seorang 20-something yang extremely macho dan sasa. Aku rasa aku lagi macho dari Awie. Dan definitely Awie lebih macho dari KJ sebab Awie lagi banyak dapat offer berlakon, sedangkan KJ hanya gemar mengoffer pelakon.

Cukuplah aku membuat nukilan mengenai politik dan KJ. Sakit hati aje. Nasib baik aku dah selesai membuat kerja berat aku di dalam jamban ini. Aaaah! Itulah hebatnya teknologi wi-fi. Sambil berak pun boleh mempenakan idea.

Namun jamban pun tak bebas dari hal-hal politik. Sebelum aku flush, aku terpandang ke dalam mangkuk tandas…sebijik macam KJ.

Cipet!

No Responses Yet to "Seboleh-bolehnya Aku Tak Nak Mempenakan Hal-Hal Politik"

LOL adeh sakit perut lah.

rilek2 lah dulu from this Kentut busuk dalam Jamban topic. buat frust jer.

Nukilan seterusnya kita bercerita pasal awie. Boleh?

..hehehee….tolong buat skrip citer komedi…dah tak tahan gelaks ni sakit powrot wo! Guarantee kotak pejabat pecah..

Zaza…cukup la gelak tu…nanti sakit lain pulak…hehehe

Kimi…apakan daya tetapi saya hanya memblog mengenai goblog-goblog yang saya kenali dengan baik

Neomesuff…skirp? Yang tu tak berapa reti nak buat. Boleh ajar ke? Tapi masuk TV Malaysia mesti macam sial…ini tak boleh, itu tak boleh

“Jangan main atas katil”..????????
So many things to tambah, but I’ll reserve my comments for now.

Gombak4Life…budak-budak tak boleh main atas katil. Sometimes I don’t too. Sometimes it is inside the car, outside the car, on the balcony, in a rubber estate somewhere….

Being creative.

Masa diving? Pernah?

Comments are closed.

Taqweem al-SeaDemon

May 2008
M T W T F S S
« Apr   Jun »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  

Blog Stats

  • 1,202,717 hits

Twitter

Archives

%d bloggers like this: