Satu Pagi Buta Yang Hening Bersama Yummy Baby, Sigmund Freud, Dan Iblis

4.36 pagi.

Aku terjaga tatkala Yummy Baby masih tidur…tanpa berdengkur kali ini – mungkin terlalu kepenatan melayan kehendak Father’s Day aku sehinggakan untuk berdengkur juga sudah tidak larat. Semakin aku melewati perjalanan hidup yang akan memasuki tahun ke-42, aku dapati kehendak seksual aku makin bertambah. Aku tidak lagi menjalani kehidupan di mana kepuasan seksual aku hanya terletak kepada girlfriend-girlfriend aku seperti May, Zaitun, Rosey Palms dan Axion walaupun aku dapati yang latter sering membuat kulitku melecet, menipis dan berbau limau. Kini, Yummy Baby menjadi mangsa The Age of Discovery aku, dan aku bertukar menjadi The Renaissance Man dalam bab-bab berjimak.

“Kau amat beruntung,” kata Sigmund Freud yang tiba-tiba muncul di hadapan aku. “Selama 30 tahun aku mengkaji jiwa wanita, dan aku masih gagal mencari jawapan kepada soalan aku: What does a woman want?

Aku menggelengkan kepala. “Kau gila, Freud,” ujar aku. “Aku tidak perlu mengkaji semua itu. Aku hanya biarkan diriku hanyut dibawa ombak tsunami yang dihasilkan oleh kehendak nafsu – sesungguhnya, magnetisma kehaiwanan yang dihasilkan oleh kasih sayangnya terhadapku membuat Yummy Baby berkilau bak Lady Starlight.”

Freud mengerutkan mukanya. “Magnetisma kehaiwanan? Lady Starlight? Ini adalah teori-teori yang tidak pernah dihembus masuk ke lubang telingaku. Hasil siapakah pendapat tersebut?”

“Rudolf Schenker, Francis Buchholz, Matthias Jabs, dan Herman Rarebell; dan pendapat ini biasa disuarakan oleh Klaus Meine sejak 1980 lagi,” jawabku. “Kau tentunya tidak biasa dengan hasil psikoanalisa yang dikeluarkan oleh kumpulan Scorpions walaupun mereka compatriot mu.”

Yummy Baby tiba-tiba menggeliat dalam tidurnya dan tiba-tiba mencelikkan matanya.

“Sayang,” matanya cuba untuk mengawal silau yang dihasilkan oleh skrin buku nota ini. “What are you doing?”

“I’m just having a short conversation with Sigmund Freud,” jawabku mengucup dahinya. “Go back to sleep, Sayang.”

Lengkuk tubuhnya menggiurkan. Sepasang pipi bontot (bum cheeks – boleh?) yang menggamit syahwat kini sekadar beberapa inci sahaja jauhnya dari lingam ku.

“Kau tidak pernah risaukah tubuh mungil yang hangat itu bakal mencetuskan kehendak lelaki-lelaki lain?” tanya Freud, memecah keheningan semula.

“Tidak,” jawabku sambil menekan kekunci pada papan kekunci buku nota ini. “Aku tidak perlu risau kerana tidak seperti para lelaki yang bernama Rahim, Thamby aku tidak kecik. Dan aku bukannya dari jenis MPC (Mamat Pancut Cepat) yang hanya mampu bertahan kurang dua minit.”

“Kau begitu yakin,” keluh Freud.

“Memang. Aku datang dengan label Satisfaction Guaranteed,” jawabku. “Dan despite apa yang kau tulis tentang naluri seorang anak kecil perempuan yang mengalami apa yang kau gelarkan sebagai penis envy. Yummy Baby tidak envy penis aku sebab dia sendiri tak tahan melayan kehendakku di atas ranjang.”

Tiba-tiba kedengaran tawa yang kuat sehingga bergema kamar tidur.

“Apa yang kau orang berdua merepek di pagi buta ni?” tanya Iblis.

“Oi, Kimak! Jangan bisinglah! Budak-budak tidur tu!” kata aku memarahi Iblis.

Sorrylah” jawab Iblis. “Itu trademark aku bila muncul dalam mana-mana scene. Kalau aku tak buat, nanti aku dikatakan breach contract pulak.”

“Kau dari mana dan hendak ke mana pulak ni?” tanya Freud kepada Iblis.

“Aku dalam perjalanan pulang selepas membuat beberapa orang anak Adam kecundang dalam pertarungan moraliti. Lagipun sekarang dah 5.15 pagi dan The Devil’s Hour semakin suntuk. Nanti nipis telinga aku kalau dengar orang melaungkan azan Subuh,” jawab Iblis. “Kau tak tidur lagi ke, Demon?”

“Aku dah tidur dah tadi,” jawabku. “Aku terjaga sebab terasa nak berak. Sekarang ni aku belum boleh sambung tidur sebab Freud datang bersembang dengan aku.”

“Kau usah pedulikan si tua ni,” jawab Iblis. “Apa yang boleh kau dapat dengan berkawan dengan seorang tua yang mempunyai Oedipal Complex? Aku rasa, aku lebih suka jika kau memanjat tubuh Yummy Baby sekarang sebelum masuk waktu subuh. Di dalam kedinginan pagi seperti sekarang, nikmatnya lebih menyerlah.”

“Kau nak cuba entice aku untuk melakukan persetubuhan kah?” tanya aku kepada Iblis.

“Aku tidak perlu buat itu semua,” jawab Iblis. “Kau sendiri dapat melakukannya dengan baik tanpa aku berbisik perkara jahat ke dalam telingamu. Lagipun, kau seorang Demon, dan nama bapak engkau bukannya Adam.”

“Dia bukan anak Adam?” tanya Freud dengan nada terkejut.

“Bukan,” jawab Iblis. “Cuba kau tengok IC si Demon ini dan lihat dia berbinkan siapa.”

“Okaylah, aku nak tidur semula ni sebelum azan dilaungkan agar aku tidak dengar laungan dalam bahasa yang sukar aku fahami yang menyatakan sembahyang itu lebih baik dari tidur,” aku membuat statement of the moment. “Kau orang pergilah bersembang in the depths of hell.”

Lalu Iblis beredar sambil menarik misai Sigmund Freud, yang masih terkebil-kebil cuba mencuri pandangan terhadap lengkuk bontot Yummy Baby yang terjuburbujur di sebelahku.

Bahang kehangatan tubuhnya memanaskan nafsuku.

“Betul, Iblis, aku bukan anak Adam,” fikirku. “Aku tidak perlu dorongan untuk melakukan perkara-perkara lazat di ranjang.”

Lantas aku meletakkan cursor ke atas butang Publish, menamatkan nukilan pagi ini, dan memasuki semula ke bawah selimut yang sedia dihangatkan oleh tubuh Yummy Baby.

Mungkin dia tidak akan memarahi aku sekiranya aku mengejutkannya untuk round ke-7 malam ini sebab Thamby aku tidak Kecik.