Semasa Iblis Tidur Membuta, Jembalang Laut Jalan Melata

1901.

Bukan hot dog, tetapi waktu sekarang dalam bentuk military time. Iblis masih menggunakan sundial dengan mengukur bebayang suria di atas tanah untuk mengetahui waktu. Sebab itu beliau masih terlajak tidur. Ikut style Arab, mentang-mentang dalam al-Quran dia berbahasa Arab. Tidur pun macam Arab…lepas Zohor. Aku tak envy dia. Lepas selesai tugas dengan tamatnya Devil’s Hour beliau kena pakai ear defender supaya tidak mendengar azan takut terbakar telinganya yang pacang dan nipis seraya menyebabkan surface temperature di hujung tanduknya meningkat hampir sama dengan suhu space shuttle semasa re-entry phase.

Kereta di luar berduyun-duyun tatkala manusia mula pulang dari mencari rezeki di pejabat masing-masing. Aku terlihat seorang isteri bergossip dengan jiran sambil mukanya tebal dengan bedak sejuk. Baru si suami nak balik rumah dan sejukkan hati melihat wajah isteri kesayangan, dah isteri pulak sibuk nak sejukkan muka. Macam tepung gomak. Tebal. Aku rasa 100mg Viagra juga tidak akan menongkatkan si tongkat kepunyaan Ali tatkala melihat wajah isterinya persis Casper the Friendly Ghost.

Aku lihat Nietszche terkebil-kebil di hadapan pintu neraka, masih cuba menjual konsep Nihilism kepada seorang Malaikat. Freud masih cuba nak justify kenapa beliau sepatutnya masuk syurga. Mungkin sebab nak tengok macam mana rupa 70 bidadari yang telanjang bogel. Tetapi aku tidak yakin bidadari yang Freud mungkin dapat akan mempunya rupa cantik dan tubuh sexy kerana beliau lebih suka yang berupa wajah seperti maknya sendiri – gemuk, perut berlapis, tak ada beza antara tetek dengan perut dengan pangkal puting tetek sebesar ashtray kedai mamak, berdagu tiga, pipi melendut seperti telinga orang dari salah satu suku pribumi di Sarawak. Karl Jung masih memandang ke dalam cermin melihat arcanya sambil bertanya adakah itu synchronicity?

Maghrib dah masuk. Iblis sudah mula menggeliat di atas kerusi Cleopatranya sambil menguis-nguis tahi matanya. Aku tengok roster hari ini, Iblis akan berada di sekitar Jalan Ipoh untuk memberi tenaga kepada jantan-jantan octogenarian agar dapat menikmati sisa-sisa hidup berdansa mengikut rentak Inul Daratista dengan GRO-GRO separuh abad dari jam 10 malam sehingga jam 4 pagi tatkala tamatnya The Devil’s Hour.

Susah betul melihat Iblis yang ingin berbakti kepada these tormented souls…sanggup berjaga malam.

Nasib baiklah khidmat aku di sebelah malam kini hanya tertumpu di atas ranjang bersama Yummy Baby jadi aku kekal sebagai Jembalang Laut dan bukannya setan macam yang lain.