Satu hari yang meletihkan semalam.
Satu hari aku dengan Wifey duduk dalam kereta dan traffic jam. Kesesakan lalulintas yang dah sememangnya teruk pada petang hari Jumaat dibuat lagi teruk akibat semua orang balik awal untuk berbuka di rumah. Lagi parah, hujan lebat gila babis dan terowong SMART pula ditutup.
Akibatnya, beberapa kali aku kuyup ditimpa hujan anjing kucing semasa nak memasukkan barangan ke dalam kereta.
Lauk untuk berbuka semalam memang best. Kari daging lembu dari Senawang, New Zealand, kerabu kerang, kerabu mangga, sambal tumis telur, ulam segala bala, dan kegemaran aku…SAMBAL IJO BERPETAI. Aku cuma melantak kari daging dengan roti pita…dengan hajat nak membalun yang lainnya semasa sahur. Selalunya aku tak bangun sahur…cukup dengan segelas air sebelum tidur, namun disebabkan lauk feveret aku bercambah, maka aku pun bertekad untuk bangun makan.
Tengah malam aku dah mengantuk. Sebelum melayarkan bahtera ke lautan nikmat membaringkan kepala di atas bantal, Wifey tanya aku kalau aku dah pasang penggera telefon.
“Dah,” jawab aku. “Pukul 4 pagi.”
Sedap aku berdengkur.
Dalam kepala hotak aku, satu suara halus bergema: “Bangung sahur!”
Dengan penuh khusyu’ dan tawaddu’ aku pun mencelikkan mata aku.
DANG! CERAHNYA!
Aku pun capai telefon aku dengan penuh tidak kepercayaan yang teramat sangat. Aku khuatir sekiranya semasa berbunyinya penggera, tangan aku menjadi PANTAT (singkatan untuk PANTas dan cepAT). Aku tengok ikon ALARM masih terpasang. Lantas aku tengoklah pukul berapa aku pasang penggera tersebut.
4.00pm.
Memang cipet.