Perak Atau Bangsar

Kalau engkorang harapkan aku nak tulis pasal Perak atau Bangsar, lupakan saja. Tak kuasa aku nak tulis pasal tempat-tempat tu.

Aku rasa aku banyak betul makan sejak 2-3 hari yang lalu sebab membalas dendam terhadap makanan-makanan yang aku tak dapat masa aku berkelana dua minggu di atas kapal. Sabtu aku bantai Nasi Lemak Antarabangsa dengan extra paru; lepas tu aku balun pulak Chicago Beef perasa lembu di 1901. Malam tu saja yang aku tak makan banyak, iaitu, satu setengah burger.

Ahad aku makan mee kari dan sandwiches, manakala malam pula aku makan nasi. Hari ni, dalam aku nak berdiet, boss ajak aku pergi membalun di Monte’s. Maka terjebaklah aku membalun satu mangkuk French Onion Soup dan sepinggan Tenderloin steak.

Jadi, apa masalah aku sekarang?

Masalahnya ialah – AKU SUSAH NAK BERAK.

SUSAH NAK BERAK tidak sinonim dengan aku. Aku raja berak. Makan aje mesti berak. Satu hari sampai 3-4 kali aku berak. Selalunya separa-cair, ataupun jenis lembut yang kalau kita kemut bontot perlahan masa dia keluar tu, rupa dia leper skets macam lintah besar…panjang aje dia kekadang berlipat berbentuk S-fold sehingga kemut yang memotong kepanjangannya.

Dari semalam aku cuba berak. Yang berjaya keluar hanyalah seco’et (‘ET tu bunyi ‘AIN TA mati di bawah ‘ET). Kat office tadi aku tak ada rasa nak berak walaupun perut penuh macam belon di isi air sebesar mungkin. Tapi memang berangin. Dua kali aku terpaksa decline untuk masuk ke dalam lif sebab aku terkentut sebelum pintu lif terbuka – dan baunya sudah tentu akan membuat CSI New York mencari bangkai mangsa bunuh. Last sekali, aku dapat lif yang kosong. Aku kentut dulu, dan tepuk-tepuk punggung seluar aku supaya residual gases dapat dikeluarkan dengan lebih efficient.

Dua kali aku masuk toilet setibanya aku di rumah. Aku rasa cara aku meneran kalau masa beranak, mungkin doktor terpaksa menangkap anak macam tangkap bola ragbi. Sampai biru lebam muka aku, yang keluar tak sampai satu inci. Tapi bau memang power.

Lantas aku teringat akan sebijik lagi pisang yang ada di dapur. Dengan penuh harapan aku ke dapur nak makan pisang tu. Tapi sambil menolong isteri tersayang membuat sup untuk dinner, anak aku si Yunus dengan penuh bangganya datang mengambil pisang tersebut seraya berkata, “Daddys, this is bananas.”

Lalu dia memakan pisang tersebut.

Dengan itu, aku terima hakikat yang berkemungkinan aku terpaksa memakan sedikit julap. Kalau tidak, aku terpaksa masukkan 4 batu-bata ke dalam backpack notebook aku supaya boleh counter berat perut aku yang semakin membesar ini.

Kenapa title kali ni ‘Perak dan Bangsar’? Sebab kalau aku tulis ‘Berak dan Pangsai’ sure sangat cliche.

One Reply to “Perak Atau Bangsar”

Comments are closed.