Jumping To Conclusion

Arul Kanda was spotted at the opening of the UMNO General Assembly

I don’t know why Arul Kanda’s presence at the opening ceremony of the UMNO General Assembly is made a fuss.  So did Khazanah Nasional Bhd managing director Azman Mokhtar, Permodalan Nasional Bhd (PNB) group chairperson Abdul Wahid Omar, CEO Abdul Rahman Ahmad and Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) CEO Lodin Wok Kamaruddin.

It has always been a tradition for CEOs of Government-linked companies to be invited to the opening ceremony to listen to the UMNO President’s speech where it always touches socio-economic concerns.  Even President of BN component parties are invited.  In fact, among those who attended the final UMNO General Assembly with Mahathir as President were MCA’s then-President Ong Ka Ting and also PPP’s M Kayveas. So, what is the big deal?

Not too long ago, an archnemesis of the Opposition attended DAP’s Convention.  There, those who swore to spit on his grave lined up to smile, bow and shake hands with the man they all had wanted to send to prison for being a corrupt dictator.

Heil Mahathir!

Behind Mahathir in the screen capture above is the very man who used to go around the country calling the former a PEROMPAK (robber).

Of course, now Mahathir is forgiven.  All the RM100 billion according to both Lim Kit Siang and Barry Wain that Mahathir squandered have been forgotten, all in the name of politics.  And in the name of politics, all those with past sins are forgiven the moment they work hand-in-hand with Pakatan.

Arul Kanda, President of BN component parties, all sat with the rest of the guests an delegations. Mahathir, however, was given a seat on the stage with DAP’s central executive committee members.

DAP Member 001A was given a seat on the stage

So, is Mahathir a DAP member?  Maybe, Malaysiakini can answer this question.

Wahid Omar On TPPA

  

KENYATAAN DATO SRI ABDUL WAHID OMAR BERHUBUNG INSIDEN DI FORUM BANTAH TPPA
Assalam rakan2.

Pada hari Sabtu 9 Januari 2016, saya telah hadir di Sidang Kemuncak TPPA anjuran Bantah TPPA & Kongres Rakyat di IDCC, Shah Alam. Saya mendaftar secara online hari sebelumnya setelah mendapat persetujuan Tok Pa yang turut menghantar beberapa pegawai MITI. Tok Pa berada di Pulau Pinang untuk program penerangan TPPA.

Tujuan kehadiran saya adalah untuk mendengar sendiri isu2 yang dibangkitkan oleh ahli2 panel yang terdiri daripada Saudara Nizam Mahshar, Cikgu Azmi, Prof Gurdial Singh & Pn Chee Yoke Ling sementara moderator adalah Saudara Rizal Jaafar. YABhg Tun Dr Mahathir turut hadir tetapi tidak memberikan ucaptama kerana kurang sihat. Kita doakan agar Tun segera sembuh.

Sidang dibuka oleh Saudara Azlan Awang MTEM. Saya sampai jam 8.50am kerana poster sidang menyatakan acara diadakan 9.00am-1.00pm. Setelah sampai barulah saya diberitahu bahawa Majlis dijadualkan hanya bermula 10.00am. Silap saya kerana tidak mendapat pengesahan waktu. Walaubagaimanapun Majlis hanya bermula 10.30am setelah ketibaan Tun.

Pelbagai isu telah dibangkitkan termasuklah kajian kos dan manfaat, soalan mengapa perlu tergesa-gesa, rundingan sulit, perlindungan harta intelek, kemungkinan kenaikan kos ubat, kedaulatan negara, perolehan Kerajaan, syarikat milik Kerajaan & kepentingan Bumiputera.

Saya berpendapat banyak kebimbangan atau kegusaran mereka tidak benar. Sebagai contoh, ada yang menyatakan kedaulatan negara tergadai sehingga Kerajaan negeri akan kehilangan kuasa untuk menetapkan syarat2 penukaran kegunaan tanah, sehingga menghalang negara untuk menetapkan piawaian halal dan sehingga TPPA mengatasi Perlembagaan Persekutuan. Ini tidak benar. Antara lain, Artikel 4(1) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan “Perlembagaan ini ialah undang-undang utama Persekutuan dan apa-apa undang-undang yang diluluskan selepas Hari Merdeka yang tidak selaras dengan Perlembagaan ini adalah tidak sah setakat ketidakselarasan itu.“.

Ada juga yang membangkitkan kebimbangan tentang peruntukan mekanisma penyelesaian pertikaian Pelabur-Negara (ISDS mechanism). Sebenarnya mekanisma ISDS melalui tribunal arbitrasi antarabangsa telah lama digunakan. Saya sendiri pernah terlibat ketika menerajui Telekom Malaysia (TM) tahun 2004-2008 dimana TM telah memfailkan kes ‘expropriation’ terhadap Kerajaan Ghana yang telah melanggar perjanjian dan mengambil alih penguasaan Lembaga Pengarah & pengurusan syarikat Ghana Telecommunications daripada TM setelah pertukaran Kerajaan dimana Presiden Kufour telah menggantikan Presiden Rawlings. Proses arbitrasi tersebut telah mendorong Kerajaan Ghana menyelesaikan pertikaian dan memberi pampasan setimpal kepada TM. Walaupun peruntukan ISDS dalam TPPA ini akan mengikat Kerajaan, tuntutan akan hanya berkuatkuasa setelah proses perundingan selama 6 bulan dijalankan sebelum dirujuk ke tribunal arbitrasi antarabangsa. Ia juga akan memberi perlindungan kepada syarikat2 Malaysia yang kini telah melabur lebih RM600 billion ke luar negara termasuklah dalam negara2 TPP.

Balik ke prosiding Sidang Kemuncak TPPA, setelah panel selesai membuat pembentangan, saya telah memohon untuk bercakap dan memberi sedikit pencerahan. Malangnya permintaan saya ditolak atas sebab kesuntukan masa. Setelah beberapa kali mengulang permintaan, akhirnya saya akur dengan keputusan penganjur. Kita perlu hormat majlis orang.

Izinkan saya menyentuh 3 perkara iaitu isu Penjajahan, Kos dan Manfaat dan isu Rundingan Perjanjian.

1. Penjajahan : Perjanjian TPPA melibatkan 12 buah negara iaitu 5 dari benua Amerika (Amerika Syarikat, Kanada, Mexico, Peru & Chile), 4 dari ASEAN (Malaysia, Singapura, Brunei & Vietnam) dan 3 dari Pasifik (Jepun, Australia & New Zealand). Tiada negara yang dipaksa untuk menyertai TPP. Semuanya termasuk Malaysia menyertai TPP kerana percaya akan manfaat bersama (mutual benefits) yang bakal dinikmati. Malaysia sedar kita merupakan negara kecil dengan penduduk seramai hanya 31 juta dan saiz KDNK (GDP) sekitar USD300 billion. Sebab itulah kita menjuarai penubuhan Komuniti Ekonomi ASEAN bermula 31 Disember 2015 yang membolehkan saiz pasaran kita berkembang menjadi 620 juta penduduk & saiz KDNK USD2.5 trillion. Dengan menyertai TPP, saiz pasaran akan lebih meluas lagi dengan jumlah penduduk 800 juta & saiz KDNK USD27.5 trillion iaitu 40% daripada saiz ekonomi dunia.

2. Kos dan Manfaat : Dalam menyertai mana2 blok atau perjanjian perdagangan, memang ada kos dan ada manfaatnya. Selain analisa dalaman, Kerajaan telah meminta Institut Kajian Strategi & Antarabangsa (ISIS) untuk melaksanakan Analisa Kepentingan Nasional dan PriceWaterhouse Coopers (PWC) untuk melaksanakan Kajian Kos & Manfaat. ISIS telah membuat kesimpulan bahawa penyertaan Malaysia dalam TPP adalah demi kepentingan negara. Manakala PWC membuat kesimpulan TPPA bakal memberikan manfaat bersih kepada ekonomi Malaysia dengan potensi peningkatan ekonomi atau KDNK antara USD107-211 billion dalam jangkamassa 2018-2027 atau peningkatan 0.60%-1.15% pada tahun 2027.

Bank Dunia juga dalam lapuran ‘Global Economic Prospects January 2016’ mereka telah menyentuh tentang potensi implikasi ekonomi makro TPP dalam mukasurat 219-233. Antara lain, Bank Dunia telah menyatakan bahawa Vietnam & Malaysia adalah antara negara TPP yang bakal menikmati manfaat terbanyak dengan peningkatan KDNK masing2 sebanyak 10% dan 8% menjelang tahun 2030. Peningkatan ekonomi yang berterusan akan membolehkan rakyat mendapat peluang perniagaan dan pekerjaan yang lebih baik yang seterusnya akan meningkatkan pendapatan isirumah rakyat Malaysia. Jadi berdasarkan kajian yang telah dijalankan, adalah jelas bahawa penyertaan Malaysia dalam TPP lebih mendatangkan manfaat.

3. Rundingan Perjanjian : Sejak awal lagi Perdana Menteri telah memberi jaminan bahawa Malaysia hanya akan menyertai TPP atas terma-terma yang boleh kita terima. Saya, DS Ahmad Husni & DS Idris Jala adalah antara menteri-menteri ekonomi yang telah membantu Tok Pa dalam rundingan TPPA. Penglibatan saya bermula 2 tahun lalu setelah menyertai Kabinet.

Memang sukar untuk memuktamadkan perjanjian sebesar ini yang melibatkan negara2 kuasa besar. Pelbagai usaha telah dibuat untuk memastikan pihak AS memahami kedudukan & keperluan Malaysia. Ini termasuk mengadakan sesi penerangan kepada Wakil Perdagangan AS tentang polisi Bumiputera & peranan syarikat2 berkaitan Kerajaan. Saya percaya Tok Pa & pasukan MITI dengan sokongan lain2 Kementerian & agensi telah membuat yang terbaik mendapatkan terma-terma yang perlu untuk memelihara kepentingan negara. Ini termasuk pengiktirafan polisi Bumiputera dalam perjanjian TPP.

Perkara ini tercapai kerana Malaysia telah menyertai rundingan awal. Sekiranya Malaysia tidak termasuk dalam senarai 12 negara awal TPP, Malaysia akan terpaksa menerima terma-terma perjanjian sedia ada kemudian. Kemungkinan ini adalah benar (real) kerana 3 buah negara ASEAN lain iaitu Indonesia, Thailand & Filipina telah menyatakan hasrat mereka untuk menyertai TPP selepas ini. Akhir sekali, Kerajaan akan membentangkan perjanjian TPP untuk kelulusan Dewan Rakyat pada 26&27 Januari dan Dewan Negara pada 28 Januari. Apa juga kegelisahan atau kebimbangan boleh diutarakan oleh Ahli2 Parlimen dan akan dijawab oleh Tok Pa pada sesi Parlimen tersebut.

Marilah kita bersikap membina & bersiap sedia untuk memastikan syarikat2 & rakyat kita dapat memanfaatkan TPPA yang bakal kita tandatangani setelah kelulusan Parlimen nanti. Terima kasih.
Abdul Wahid Omar

10.01.16.