Lawan Pencinta Israel

img_6309

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan kehadiran seorang diplomat dari Israel ke sebuah persidangan Bangsa-Bangsa Bersatu di Kuala Lumpur.  Pihak pembangkang dengan segera telah menghentam kerajaan kerana telah membenarkan perkara tersebut berlaku seraya mengatakan bahawa kerajaan bersikap hipokrit dalam memperjuangkan hak-hak Palestin tetapi pada masa yang sama telah menjemput seorang warga Israel untuk datang ke Malaysia.

Lantas Kementerian Luar Negeri telah mengeluarkan sebuah kenyataan untuk menerangkan perkara tersebut.  Di dalam kenyataan tersebut, Wisma Putra menerangkan bahawa segala jemputan ke persidangan tersebut telah dilakukan oleh pihak Bangsa-Bangsa Bersatu melalui Artikel III kepada Perjanjian Negara Tuanrumah yang telah dibuat di antara kerajaan Malaysia dengan pertubuhan tersebut.

IMG_6292

Kenyataan ini juga menerangkan bahawa sebagai negara tuan rumah, Malaysia terpaksa menerima kehadiran delegasi dari Israel walaupun berkeras tidak mahu.  Malangnya, sebagai memenuhi kehendak diplomasi pelbagai hala,   Ianya tidak bermakna Malaysia telah mengubah pendiriannya terhadap Israel dan Palestin.

PKR PERLUKAN PENGARAH KOMUNIKASI YANG BARU

Saudara Fahmi Fadzil, Pengarah Komunikasi PKR telah membidas kenyataan Wisma Putra.  Di dalam laman Facebooknya, Fahmi telah mempersoalkan kuasa Jabatan Imigresen Malaysia untuk menafikan mana-mana individu yang tidak dikehendaki untuk masuk ke negara ini.

Screen Shot 2018-02-19 at 00.20.23

Screen Shot 2018-02-19 at 00.20.37.png

Saya berasa amat kecewa kerana sebagai seorang yang memegang jawatan penting, Fahmi tidak memahami undang-undang.  David Yitzhak Roet, diplomat Israel yang telah ke mari, adalah merupakan seorang diplomat dari negara Israel yang memegang passport diplomat yang bermakna beliau adalah merupakan seorang diplomat bagi negaranya.

davidyitzhakroet

Ini bermakna, David Roet tidak boleh dikategorikan sebagai “pendatang yang tidak diingini” (undesirable immigrant) mengikut Seksyen 8(k) Akta Imigresen, 1959/1963.  Mari kita undur beberapa tapak untuk memahami keadaan sebenar sebelum mempercayai segala kebebalan yang ditulis oleh Fahmi tadi, atau kenapa Malaysia tidak membantah, dan juga kepada persoalan mengapa Malaysia tidak batalkan sahaja persidangan tersebut.

Pertama sekali, persidangan ini dalah sebuah persidangan yang dianjurkan oleh pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.  Perjanjian Negara Tuanrumah di antara pertubuhan tersebut dengan Malaysia telah ditandatangani pada bulan Mac 2017.

IMG_6428

Setelah perjanjian tersebut dibuat, penganjur (UN Habitat) membuat lain-lain persiapan berhubung keperluan persidangan tersebut.  Hanya pada bulan Jun 2017, UN Habitat telah menghantar surat-surat jemputan kepada Menteri Luar Negeri setiap negara ahli pertubuhan tersebut termasuk Malaysia dan Israel.

IMG_6427

PBB ada mempunyai satu format Perjanjian Negara Tuanrumah yang seragam untuk digunakan oleh agensi-agensi di bawahnya, termasuk UN Habitat.  Cuma susunan Artikel adalah terpulang kepada agensi-agensi tersebut, di antaranya menyebut:

IMG_6433

Konvensyen Mengenai Keistimewaan dan Kekebalan Bangsa-Bangsa Bersatu yang diterima pakai oleh Perhimpunan Agung pada 13 Februari 1946, yang mana negara tuan rumah adalah satu pihak, hendaklah terpakai bagi Persidangan tersebut.  Terutamanya, wakil negara-negara akan menikmati keistimewaan dan kekebalan yang diberikan di bawah Artikel IV Koenvensyen tersebut.”

Dokumen di atas menerangkan dengan jelas bahawa wakil-wakil setiap negara yang menghadiri persidangan yang telah dijalankan di Kuala Lumpur, hendaklah diberikan keistimewaan dan kekebalan yang telah kita persetujui sebagai salah sebuah negara ahli PBB yang telah mengiktiraf Konvensyen tersebut.

Ianya tidak berakhir di situ:

IMG_6434

Semua orang yang disebut di dalam artikel II (artikel III dalam perjanjian dengan Malaysia) hendaklah mempunyai hak untuk masuk dan keluar dari negara tuan rumah, dan tiada halangan dikenakan terhadap perjalanan mereka ke dan dari kawasan persidangan.”

Semua di atas adalah berkenaan dengan Konvensyen Vienna Mengenai Hubungan Diplomatik, 1961, yang dipersetujui oleh Malaysia, dan juga Akta Hubungan Konsular (Konvensyen Vienna), 1999.  David Roet adalah diplomat yang dihantar oleh negaranya.  Maka, Malaysia tidak banyak pilihan kerana telah menandatangani perjanjian tuan rumah, serta perlu menghormati konvensyen Vienna.

Kalau itu sahaja yang boleh diketengahkan sebagai hujah-hujah, maka saya rasa amat elok sekali sekiranya parti tersebut menukar Pengarah Komunikasi mereka memandang Fahmi Fadzil begitu dangkal daya pemikirannya.

TIDAKKAH KERAJAAN MEMBANTAH JEMPUTAN YANG DIBUAT KEPADA ISRAEL OLEH PBB?

Ramai penyokong pembangkang serta mereka yang termakan hasutan pembangkang dalam isu ini bertanyakan tidakkah kerajaan membuat bantahan terhadap jemputan kepada Israel oleh PBB?

Saya petik laporan sebuah akhbar Israel, The Jerusalem Post, yang menyebut:

IMG_6340

Malaysia yang ternyata anti-Israel membenarkan penyertaan Israel dengan penuh marah hanya setelah Israel mengenakan tekanan diplomatik yang hebat sehingga ke pejabat Setiausaha Agung PBB, Antonio Gutteres.

Ini adalah kerana dengan menaja sebuah acara yang berkaitan dengan PBB, Malaysia menjadi suatu kewajiban bagi Malaysia terhadap PBB untuk membenarkan penyertaan dari semua negara.”

Jelas Malaysia telah berkeras untuk tidak membenarkan penyertaan Israel tetapi terpaksa akur dengan perjanjian yang telah dipersetujui.

Walau bagaimanapun, ianya berbeza bagi rakyat biasa Israel. Pada tahun 2015, Malaysia telah tidak membenarkan dua orang peluncur layar dari Israel untuk menyertai Kejohanan Pelayaran Belia Sedunia.  Keputusan kerajaan ini telah dibantah bukan sahaja oleh Persatuan Layar Israel, malah oleh badan pelayaran dunia.

Pada tahun 2016, Malaysia telah enggan mengeluarkan visa bagi pasukan ping pong Israel untuk menyertai Kejohanan Ping Pong Sedunia yang telah diadakan di sini.

JADI, SIAPA YANG MENYOKONG ISRAEL?

Pada 25 Mac 1997, seramai 2,000 orang penunjuk perasaan telah berarak ke Jabatan Perdana Menteri untuk menyerahkan satu memorandum kepada Perdana Menteri ketika itu membantah keputusan kerajaan Malaysia untuk membenarkan pasukan kriket Israel untuk menyertai Kejohanan Kriket Sedunia yang dilangsungkan di Kuala Lumpur.  Pada 30 Mac tahun yang sama, seramai 2,500 orang penunjuk perasaan telah menyerbu padang kriket di mana pasukan Israel dijadualkan bermain serta membakar papan-papan tanda iklan berkenaan kejohanan tersebut.

Screen Shot 2018-02-19 at 00.22.30

Anwar Ibrahim yang kononnya memperjuangkan Islam ketika itu, dalam sokongan terhadap bosnya berkata, sukan dan politik tidak sepatutnya dicampur-adukkan.

Pada tahun 1993, Mahathir yang ketika itu merupakan Perdana Menteri telah menulis sepucuk surat kepada Perdana Menteri Israel, Yitzhak Rabin mengenai Perjanjian Oslo I.

IMG_6303
Mahathir’s letter to Yitzhak Rabin in December 1993

Ianya mungkin sukar dibaca.  Jadi saya sediakan terjemahan kepada transkrip surat tersebut seperti berikut:

Yang Berhormat

Encik Yitzhak Rabin

Perdana Menteri Israel

JERUSALEM

Saya ingin mengucapkan terima kasih di atas surat anda pada 17 Oktober yang memaklumkan kepada saya tentang Perjanjian Prinsip dan Pengiktirafan Bersama di antara Israel dan PLO.

Kerajaan saya menyokong perkembangan positif ini dan memandangnya sebagai langkah pertama ke arah merealisasikan penyelesaian menyeluruh kepada masalah Timur Tengah. Sebagai demonstrasi sokongan Malaysia terhadap pembangunan ini negara saya telah diwakili pada Persidangan Penderma untuk menyokong Perdamaian Timur Tengah yang diadakan di Washington dan seterusnya memberikan sumbangan kewangan yang sederhana kepada rakyat Palestin untuk membantu tugas baru mereka. Kerajaan saya juga telah menawarkan bantuan teknikal untuk Palestin di bawah Program Kerjasama Teknikal Malaysia.

Sebagai perkara prinsip umum Malaysia bersedia untuk membangunkan hubungan dengan Israel pada masa yang sesuai. Dalam pada itu, kami ingin melihat kemajuan yang ketara dalam pelaksanaan perjanjian damai.

Masalah di Timur Tengah terutamanya isu Palestin telah menjadi punca ketidakstabilan di rantau tersebut dan saya berharap perjanjian yang dibuat baru-baru ini di antara Israel dan PLO akan menyumbang kepada keamanan yang kekal di kawasan itu.

Saya menanti hubungan normal dengan Israel

DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD

Sepertimana yang terkandung di dalam dua bahagian surat tersebut, Mahathir menyatakan hasrat untuk mengadakan hubungan yang normal dengan Israel.  Pada tahun 2014, Presiden Obama telah mengadakan hubungan normal dengan Cuba.  Ini berakhir dengan penyambungan perhubungan diplomatik di antara kedua-dua buah negara tersebut.  Mahathir telah menyatakan hasrat untuk memulakan hubungan diplomatik dengan Israel.  Bahagian akhir yang digaris di bawah itu telah ditulis sendiri oleh Mahathir dengan menggunakan sebatang pen.

IMG_6304

Berlanjutan dengan perkara tersebut, Chua Jui Meng dari PKR yang pada ketika itu merupakan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata Israel boleh menjadi destinasi pelaburan Malaysia (Shanti Nair, Routledge, 1997 p.252).

Hasilnya, pada tahun 1999, eksport Israel ke Malaysia berjumlah USD107 juta. Pada tahun 2000, ia adalah USD732 juta, dan USD615.5 juta pada tahun berikutnya. Pada tahun 2002, laporan Kementerian Perdagangan Israel mengenai hubungan perdagangan dengan Indonesia dan Malaysia menasihatkan warga Israel yang berminat untuk menjalankan perniagaan dengan syarikat Malaysia bahawa “tiada sebarang bangkangan untuk mengadakan perhubungan perdagangan selagi ianya dibuat secara senyap-senyap“.

Mukhriz Mahathir yang merupakan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri pada tahun 2011 akui perhubungan perdagangan di antara Malaysia dan Israel wujud dan telah bermula pada tahun 1996 ketika bapanya menjadi Perdana Menteri.

Di akaun Twitternya pula, Mukhriz juga menyatakan bahawa “Di atas permintaan daripada pelabur asing yang besar di sini pada tahun 1996, Kabinet mengarahkan MITI untuk meluluskan import dan eksport ke Israel.

Screen Shot 2018-02-15 at 23.43.02

Kabinet tahun 1996 yang dimaksudkan adalah kabinet yang dipimpin bapanya, Mahathir Mohamad.  Tulis Mukhriz lagi pada tahun 2011:

Apabila kita meluluskan pelaburan langsung asing, bukanlah untuk kita mengenakan syarat bahawa mereka tidak boleh berdagang dengan Israel. Sesetengah pelaburan ini berjumlah berbilion Dollar di negeri-negeri di bawah Pembangkang.”

Screen Shot 2018-02-15 at 23.42.24

Ini bermakna negeri-negeri di bawah pentadbiran pihak pembangkang pada tahun 2011 telah menerima pelaburan langsung asing dari Israel.  Pada tahun tersebut hanya tiga buah negeri yang berada di bawah pembangkang, iaitu Kelantan, Pulau Pinang dan Selangor.  Dan saya tak fikir Kelantan terlibat dengan dana dari Israel.

Jadi, siapakah sebenarnya pencinta Israel yang wajib kita sanggah?

Kicked Out For Being Kan Cheong

One of the last photos of Kan Cheong with a car. He’ll be riding bicycles soon if not executed using an anti-aircraft gun
Kim Jong Nam, the once heir apparent to former North Korean leader Kim Jong Il was assassinated on the 13yh February 2017 at the Kuala Lumpur International Airport 2 (KLIA2) by Vietnamese and Indonesian women believed to have been recruited by North Korean agents.

Jong Nam was travelling using a North Korean diplomatic passport under the pseudonym Kim Chol, a name he had used since 2010 to travel and also for his Facebook and e-mail accounts.

That was probably how North Korean agents had tracked him down.

Although Jong Nam (or Kim Chol) was using a diplomatic passport, he was not on the list of accredited diplomats to Malaysia, and his assassination was an act of crime conducted in Malaysia, in breach of Malaysian criminal law.

Former North Korean ambassador Kang Chol, or Mr Kan Cheong, went on an overdrive to pre-empt any investigative action the Royal Malaysian Police was going to take, first by declaring that the investigation by the police cannot be trusted, and that Malaysia was working with regimes that were bent on destroying North Korea (read: South Korea and the US), and demanded that the body of the unimportant Kim Chol be returned to North Korea.

Malaysian Prime Minister Najib Razak was the first to blast Mr Kan Cheong for his undiplomatic behaviour, and Malaysian Foreign Affairs Minister Anifah Aman rapped the former for his conduct unbecoming of a diplomat.

That did not stop Mr Kan Cheong from continuing his attacks on Malaysia’s reputation.

It is like him (Kang Chol) speaking with a North Korean gun pointed to his head!” a senior Malaysian Foreign Affairs Ministry said.

Malaysian Deputy Prime Minister Ahmad Zahid Hamidi earlier this week announced the cancellation of the visa-free facility for North Koreans travelling to Malaysia.

Zahid who spoke as the Home Minister said, “I hope the decision of the home ministry will be implemented by the immigration department for the sake of national security.”


Malaysia established diplomatic channels with North Korea in the early 1970s but did not have an embassy in Pyongyang until during the Mahathir administration in 2003.

Other than Malaysia, 23 countries including have an embassy in Pyongyang and host a North Korean embassy on their soil including Indonesia, Sweden, Germany and the UK.

The next phase of escalation would be to cut-off diplomatic ties.

A North Korean suspect who is also a chemist deported from Malaysia accused Malaysian police of threatening to kill his family unless he confessed to killing Kim. 

Ri Jong Chol, who was released after police said there was insufficient evidence to charge him, spoke to reporters in Beijing while on his way to Pyongyang.

Ri said that he wasn’t at the airport the day Kim was killed, but that police accused him of being a mastermind and presented him with “fake evidence.” He said they showed him a picture of his wife and two children, who were staying with him in Kuala Lumpur, and threatened to kill them.
I am surprised the police let him go instead of killing him and his family for his refusal to cooperate.

I am sure he said all that so he would not be made to walk through a minefield at the Great Leader’s pleasure.

Finally, at 6pm on the 4th March 2017, Mr Kan Cheong was declared a persona non grata by the Malaysian government and now has less than 35 hours to leave the country.

In a way, declaring Mr Kan Cheong almost a month after he started the fracas is a way of giving the North Korean diplomat some face. Had Malaysia sent him back during the first week, he would have been turned into dog faeces at the pleasure of the Great Leader within 60 hours of being sent home.

So Mr Kan Cheong, for your sake I do hope the Great Leader thinks you have done enough for the morherland before you got sent home.

I know you are going to miss your black Jaguar but do consider yourself lucky if the Great Leader would be kind enough to let you stay alive so you could ride on one of the People’s bicycle.

Sever The Ties

Kang Chol without his Jaguar
Kang Chol without his Jaguar if he is not an Ambassador – photo courtesy of Eric Lafforgue

VX is an extremely toxic substance which has no other use except as a chemical warfare nerve agent. Whoever is exposed to the agent must wash off the agent using household bleach and lots of water, and should immediately be given diazepam, atropine and pralidoxime intramuscular injections.

For the VX nerve agent to be transported safely to KLIA2 for the attack, it would have to be in a binary form, mixed during the attack itself.

Kim Jong Nam would have died painfully from asphyxiation after suffering violent muscular contractions and diaphragm muscle paralysis.

The above is the most plausible reason for Kang Chol to have pre-empted everything by attacking the Royal Malaysian Police’s and Ministry of Health’s credibility even before the autopsy is completed.

The above would also underscore the fact that the two women from Indonesia and Vietnam are not innocent as claimed.  They were seen immediately rushing off to the nearest restroom facility after the attack to wash off traces of the agent from their hands.

Malaysis has signed and ratified the Chemical Weapons Convention that came into effect in 1997, and also the Protocol for the Prohibition of the Use in War of Asphyxiating, Poisonous or other Gases, and of Bacteriological Methods of Warfare or commonly known as the Geneva Protocol.

The use of a chemical weapon on Malaysian soil, as well as the rude outbursts by the Ambassador of North Korea to Malaysia shows North Korea’s blatant disregard for Malaysian laws and breached Article 41(1) of the Vienna Convention for Diplomatic Relations of 1961.

Malaysia exported RM17.54 million worth of goods (mainly palm oil, rubber and medical products) to North Korea while importing only RM5.18 million (iron and steel products) from the hermit state in 2015. There are 300 North Koreans working in the coal mines of Sarawak.

As the only country in the world to have been accorded a visa-free status by North Korea, very few Malaysians have ever made use of the facility.

While Malaysia is a country that warms up to every country and values its friendship, the same cannot be said about North Korea.

Myanmar’s diplomatic relations with North Korea was once far more meaningful than the one currently enjoyed by Malaysia.  However, in trying to assassinate the then-South Korean President, North Korea pushed diplomacy aside and planted a bomb in Yangon in 1983 which killed 20 people but did not kill President Chun Doo Hwan.

Myanmar broke off diplomatic relations for a decade following the attack on its soil.

Now, it has caused anger to the country it courted in 1973 and established formal diplomatic relations in 1993.  There is no telling what North Korea is capable of doing to or in Malaysia given its disrespect for the laws and regulations of the latter.

I doubt that we would lose much if we were to sever our diplomatic ties with North Korea.  Our trade volume is only RM25 million.  Even Perlis as the smallest state in Malaysia made RM88.3 billion in GSP in 2015!

North Korea is no friend and has never valued any friendship.  It should be left to live and die alone.

Diplomatic Insanity

The latest incident involving a Warrant Officer of the Malaysian Armed Forces attached to the Malaysian High Commission in New Zealand who was arrested on 9th May for attempted burglary and sexual assault is one that is both simple but complex in nature, but comes with a simple solution.

The crime may not be as bad as the crimes committed by Arjen Rudd, the South African diplomat in the blockbuster movie “Lethal Weapon 2” (played by Joss Ackland) nor is it as bad as an incident involving the Ambassador of Myanmar to Sri Lanka, but the crimes committed by this Warrant Officer warrants a serious action. In all the instances above, the clause “Diplomatic Immunity” was invoked.

Contrary to popular belief, Article 37 of the Vienna Convention on Diplomatic Relations says that as long as you are a member of the Embassy staff, you are entitled to the immunities prescribed in Articles 29 thru 36; and this includes spouse, children, maids, servants working there, plus minus one or two articles for non-staff. The Warrant Officer is a diplomatic agent, and under Article 29 he is inviolable: he cannot be prosecuted for any crime committed in the Receiving State which, in this case, is New Zealand.

As in the case of the Myanmar Ambassador to Sri Lanka, the Ambassador in 1979 suspected his wife of having an affair, shot her. Then, on the grounds of the Embassy, he built a funeral pyre and cremated his wife in full view of the police, media and the public AND STILL REMAINED AN AMBASSADOR! This is how strong Article 29 is.

The Warrant Officer was brought back to Malaysia on the 22nd of May after the Malaysian High Commission invoked the man’s diplomatic immunity. On the 29th May, the Malaysian Armed Forces convened a. Board of Inquiry into the incident, and none of us would have known of this until someone in New Zealand kicked up so much fuss to not notice!

Is it right, however, to not send him back to New Zealand to face charges?

The Government of Malaysia should use Article 32 para 1 of the Convention to waive his diplomat status and express this waiver as prescribed in Para 2 of the same Article. Then send this guy back to. New Zealand to dance to the tune he had asked for, while the Foreign Ministry work on repairing the damage done.

We cannot ignore nor condone blatant criminal acts by our civil servants or by any individual of the public, especially when in other countries. We should not jeopardise Malaysia’s reputation abroad just for the sake of one criminal.

Therefore, I call upon Anifah Aman to do the right thing: crucify the Warrant Officer and stop this diplomatic insanity!

20140701-181726-65846851.jpg