Drama Kera La (Versi BM)

IMG_4539
Seekor beruk bermain dengan sekuntum Bunga Raya (Gambar Hiasan)

Baru-baru ini ditularkan di dalam Facebook dan WhatsApp sebuah video mengenai cara negara China memperluaskan penguasaannya dengan menggunakan kekuatan ekonomi.  Video tersebut membandingkan usahasama China-Sri Lanka di pelabuhan laut dalam Hambantota dengan usahasama-usahasama yang dijalankan di Malaysia, membuktikan bahawa Malaysia juga boleh berakhir bukan sahaja menjadi sebuah negara yang dibelenggu masalah hutang yang besar, tetapi juga bakal hilang pegangan ke atas aset-aset tersebut.

Secara kasar, berhutang keada China dengan sebegitu banyak untuk projek-projek tersebut adalah amat menakutkan, terutamanya untuk mereka yang tidak mendapat gambaran penuh.  Namun, membandingkan Malaysia dengan Sri Lanka bukanlah suatu perkara yang bijak.

Pelabuhan laut dalam Hambantota terletak di dalam kawasan bekas Presiden Sri Lanka iaitu Mahinda Rajapaksa dan kos pembinaannya adalah lebih dari $1 billion.  Sebuah lagi projek yang dibina di dalam kawasan Mahinda ialah Lapangan terbang Mattala Rajapaksa yang terletak 30 kilometer dari pelabuhan tersebut.  Sehingga kini, lapangan terbang tersebut digunakan oleh hanya beberapa ratus orang seminggu hinggakan ianya diberi gelaran “lapangan terbang paling sunyi di dunia.”

Hambantota ialah sebuah wilayah yang terpencil di Selatan Sri Lanka.  Jaraknya dengan bandar yang paing hampir iaitu Galle ialah 130 kilometer, manakala jaraknya dengan ibu negara Sri Lanka iaitu Colombo ialah 240 kilometer.  Jumlah penduduknya hanyalah sekitar 12,000 orang dan ianya merupakan sebuah wilayah yang tersisih dari sebarang pembangunan.  Masalah pelabuhan laut dalam Hambantota ialah kedalaman airnya yang tidak mencukupi untuk kapal-kapal dagang yang besar untuk masuk ke pelabuhan tersebut.  Maka, ianya tidak menjadi suatu destinasi bagi syarikat-syarikat perkapalan besar.  Tiada siapa yang ingin berpindah ke sana kerana ianya berada terlalu jauh dari pembangunan.  Ini menyebabkan kedua-dua pelabuhan dan lapangan terbang tidak dapat menjana pendapatan untuk menampung kos operasinya sendiri, apatah lagi untuk membayar pinjaman yang telah diterima daripada China.

Jumlah hutang yang ditanggung oleh Sri Lanka ialah hampir $65 billion.  Dari jumlah tersebut, $8 billion adalah hutang kepada China.  KDNKnya (Keluaran Dalam Negara Kasar) ialah sebanyak $81.32 billion.  Kadar hutang kepada KDNKnya pula ialah 75 peratus manakala rizab matawang asingnya ialah $7.2 billion.  Kerajaan Sri Lanka menggunakan 95.4 peratus pendapatannya untuk membayar hutang.  Inilah sebab-sebab Sri Lanka mengambil jalan untuk melangsaikan hutang-hutangnya untuk kedua-dua projek tersebut dengan cara menyerahkan pegangan kepada negara pemiutang (China).

Bandingkan apa yang terjadi dengan projek ECRL yang bernilai $13.1 billion (RM55 bilion).  Malaysia mengambil pinjaman sebanyak $11.14 billion (85 peratus dari kos keseluruhan projek atau RM46.75 billion) dari China manakala selebihnya dibiayai melalui program sukuk yang dikendalikan oleh institusi-institusi kewangan tempatan.

Projek Forest City di negeri Johor pula merupakan sebuah program pembangunan bernilai $100 billion selama 20 tahun.  Walaupun jumlah yang diperuntukkan bagi setiap fasa projek tersebut adalah merupakan maklumat sulit syarikat yang membangunkan projek tersebut, ianya dianggarkan sekitar $5 billion setahun.  Projek tersebut telah bermula pada tahun 2015 dan sehingga kini 11 peratus telah dilaksanakan.  Pada akhir bulan Disember 2016, Forest City berjaya membuat penjualan 17,000 unit apartmen bernilai $2.9 billion.  Tempoh pembangunan projek tersebut masih berbaki 17 tahun lagi.

KDNK Malaysia kini berjumlah $320.25 billion (RM1.3 trillion) untuk tahun 2017.  Ini menjadikan kos projek ECRL pada kadar 4.1 peratus dari KDNK manakala projek Forest City pada kadar 1.6 peratus setahun.  Jumah hutang keseluruhan negara ialah sebanyak RM685.1 billion atau 50.9 peratus dari KDNK.  Dari jumlah ini, RM662.4 billion adalah hutang dalam negara manakala hanya RM22.7 billion merupakan hutang luar pesisir pantai.

Yang menariknya, setakat bulan Oktober 2017, hutang Amerika Syarikat kepada China berjumah $1.2 trillion, iaitu 19 peratus dari sejumlah $6.3 trillion dalam bentuk bil-bil Perbendaharaan, wang, dan bon-bon yang dipegang oleh negara-negara luar.  KDNK AS pada tahun 2016 adalah sebanyak $18.57 trillion dan ini menjadikan kadar hutang AS kepada China berbanding KDNKnya sebanyak 6.5 peratus.

Sudah tentu kita boleh membiayai projek-projek di atas tanpa mengambil sebarang pinjaman.  Rizab matawang asing kita berjumlah RM414.71 billion ($102.17 billion), lebih dari mencukupi untuk pembiayaan kedua-dua projek tersebut.Jika kita gunakan kaedah di zaman Tun Mahathir, Petronas mempunyai pegangan tunai sebanyak RM129 billion ($31.8 billion) manakala KWSP mempunyai aset-aset yang bernilai $771 billion ($189.9 billion).  Ini tidak termasuk pegangan tunai dan aset-aset kepunyaan Khazanah, Tabung Haji, KWAP, SOCSO, PNB dan lain-lain institusi kerajaan.

Sekiranya kadar hutang kepada KDNK sebanyak 50.9 peratus merisaukan anda, ianya pernah berada pada kadar 103.4 peratus semasa Mahathir merupakan Perdana Menteri pada tahun 1985.  Dan suatu jumlah bersamaan dengan 24 peratus KDNK juga telah hilang dalam skandal Forex BNM pada tahun 1991 iaitu semasa Mahathir masih lagi Perdana Menteri Malaysia.  24 peratus daripada KDNK sekiranya ia berlaku sekarang bersamaan dengan hilangnya RM315 billion dari RM1.3 trillion.  Sebagai perbandingan, kadar hutang kepada KDNK Singapura ialah 112 peratus dan negara tersebut berada di tangga ke-10 dari 17 negara yang mempunyai kadar hutang berbanding KDNK paling tinggi di dunia yang disenaraikan oleh Business Insider, UK.  Jepun menduduki tempat pertama dengan kadar 239.2 peratus!

Kita tidak jatuh bankrap semasa zaman Mahathir jadi mengapa perlu kita takutkan kadar hutang berbanding KDNK sebanyak 50.9 peratus bila asas ekonomi kita jauh lebih kukuh sekarang berbanding 103.4 peratus semasa asas kita lemah?  Jepun dan Singapura juga tidak jatuh bankrap.

Dan apa masalahnya dengan pemilikan tanah Forest City?  Tanah tersebut adalah merupakan tanah yang ditambak di tengah laut.  Ini bermakna tiada tanah yang “diberikan kepada China.”  Johor mempunyai hak ke atas tanah yang ditambak tersebut berdasarkan Kanun Tanah Negara, 1965 dan selagi ianya berada dalam lingkungan tiga batu nautika mengikut Seksyen 3(3) Akta Laut Wilayah, 2012.  Sama ada ianya merupakan pegangan bebas mahupun pegangan pajakan, Johor mempunyai hak untuk mengambil semula tanah tersebut di bawah Akta Pengambilan Tanah, 1960.  Mana-mana tanah sehingga 12 batu nautika dari sisir pantai adalah hak milik negara.

Namun Mahathir lebih suka memilih jalan dengan menggembar-gemburkan cerita untuk menakut-nakutkan rakyat.  Dalam ucapan beliau baru-baru ini, beliau berkata, “Habislah tanah kita akan dijual, tidak kiralah Forest City, saya harap Forest City akan betul-betul jadi ‘forest’ (hutan)…penduduknya akan terdiri daripada kera, monyet dan sebagainya.

Taman Perindustrian Malaysia-China Kuantan (MCKIP) dibangunkan oleh MCKIP Sdn Bhd (MCKIPSB) yang merupakan sebuah syarikat usahasama 51:49 di antara sebuah konsortium Malaysia dan sebuah konsortium China.  Pegangan dalam Konsortium Malaysia pula terdiri dari IJM (40 peratus), Sime Darby Property (30 peratus) dan Kerajaan Negeri Pahang (30 peratus).  Taman perindustrian kembarnya iaitu Taman Perindustrian China-Malaysia Qinzhou (CMQIP) di negera China pula dipegang oleh sebuah konsortium Malaysia (SP Setia Berhad dan Rimbunan Hijau Group) sebanyak 49 peratus.

Mengikut logik Mahathir, bukankah China telah memberi peluang kepada Malaysia untuk menjajah negaranya?  Sebelum ini China juga telah membenarkan Singapura menjajahnya di dua kawasan iaitu di Taman Perindustrian China-Singapore Suzhou dan juga di Bandaraya Eko China-Singapore Tianjin.

Walaupun keadaan di Sri Lanka nampak suram, Jepun, Singapura dan India telah menyatakan hasrat untuk membina infrastruktur dan mendirikan perniagaan di Sri Lanka.  Walaupun Sri Lanka mempunyai asas ekonomi yang lemah, Lolitha Abeysinghe dari Opportunity Sri Lanka kekal optimistik.

Pergantungan berlebihan terhadap mana-mana negara untuk pelaburan, teknologi dan pasaran boleh memberi kesan buruk terhadap kepentingan negara dalam jangka panjang, tetapi sekiranya diurus dengan betul dan dengan wawasan yang jauh, Sri Lanka boleh mengurangkan masalah tersebut dan mendapat manfaat terbaik untuk ekonomi luar bandar domestik di dalam sebuah dari wilayah-wilayah terpinggir di Sri Lanka,” katanya.

Malaysia mempunyai wawasan tersebut tetapi malangnya sesetengah orang lebih gemar sekiranya Malaysia gagal hanya kerana kepentingan politik. Politik cara kera dan monyet.

Drama Kera La

ST photo -SAF-PLA joint military exercise
Singapore Army invading China?

Recently, a video clip of how China is fulfilling its hegemonic ambitions using economic means was spread around especially in Facebook and WhatsApp groups.  The video compares the Sino-Sri Lankan joint-venture at the Hambantota Deep Water Port with the ones in Malaysia, proving that Malaysia, like Sri Lanka, could end up not only with a huge debt owing to China, but also lose its ownership of those assets.

On the surface, it sounds scary to have so much money owed to China for these projects especially so for the ill-informed.  But comparing Malaysia to Sri Lanka hardly does any justice.

The Hambantota Deep Water Port lies within the constituency of the former President Mahinda Rajapaksa and costs more than $1 billion to construct.  Another project that was constructed in this constituency is the Mattala Rajapaksa Airport, located 30 kilometres away from the port, which until now flies only a few hundred passengers in and out weekly and has been dubbed “the world’s loneliest airport.”

Hambantota is a remote region in the South, 240 kilometres from Colombo and the nearest city, Galle, is 130 kilometres away.  The population of Hambantota is around 12,000 people and is very underdeveloped.  The problem with Hambantota’s deep-water port is that its waters are not deep enough for large vessels with deep draught, so large shipping companies shy away from it.  It is far from any development that hardly anyone wants to move there.  Both the port and the airport cannot generate enough income to sustain operations let alone pay back loans to the Chinese.

Sri Lanka owes its financiers close to $65 billion and of this, $8 billion alone is owed to the Chinese.  Its GDP stands at $81.32 billion, debt-to-GDP ratio stands at roughly 75 percent while its foreign currency reserves is at $7.2 billion.  The Sri Lankan government uses 95.4 percent of its revenue to repay debts.  These are the reasons for Sri Lanka to opt for a debt-for-equity solution for both projects.

Compare this with Malaysia’s $13.1 billion East Coast Rail Link, or RM55 billion in Malaysian terms.  Malaysia took a $11.14 billion loan (85 percent or RM46.75 billion) from China to finance the project while the balance is in the form of a sukuk programme managed by local financial institutions.

The Forest City project in Johor is a development programme that runs over 20 years.  How much is being allocated per project is a company confidential information but if we go by average, it would be at $5 billion per annum, with a total of $100 billion over 20 years.  The project commenced in 2015 and to date has completed about 11 percent.  At the end of December 2016, Forest City saw concluded contracted sales of $2.9 billion for 17,000 apartment units.  It still has another 17 years of development to go.

Our GDP now stands at around $320.25 billion (RM1.3 trillion) for 2017 which puts the cost of the ECRL project at 4.1 percent of the GDP while Forest City accounts to approximately 1.6 percent of the GDP per annum.  The total Government debt as at end of June 2017 was reported to be at RM685.1 billion or 50.9 percent of the GDP.  Of this total, RM662.4 billion was domestic debt while RM22.7 billion was offshore loans.

Interestingly, as of October 2017, the US debt to China is at $1.2 trillion, which is 19 percent of the $6.3 trillion in US Treasury bills, notes and bonds held by foreign countries.  The US GDP in 2016 was $18.57 trillion which makes its China-debt-to-GDP alone at 6.5 percent.

Of course, we could undertake to pay for all the above projects.  Our foreign currency exchange reserves are at RM414.71 billion ($102.17 billion) which is more than enough to pay for both projects.  If we use the Mahathir-era method, then Petronas has RM129 billion in cash ($31.8 billion) while the EPF has RM771 billion ($189.9 billion) worth of assets.  This does not include sources from other funds such as Khazanah, Tabung Haji, KWAP, SOCSO, PNB and others.

If our debt-to-GDP ratio of 50.9 percent is still a scary number to you, it was at 103.4 percent when Mahathir was the Prime Minister in 1985!  And an equivalent to 24 percent of the GDP went missing as a resut of the BNM Forex scandal also during his tenure as the PM in 1991!  That is RM315 billion if our GDP is RM1.3 trillion!  In contrast, Singapore’s debt-to-GDP ratio is 112 percent at tenth place out of 17 nations with the highest debt-to-GDP rate listed by Business Insider, UK.  Japan is first at 239.2 percent.

Still, we did not go bankrupt back then. So why should we fear a 50.9 percent debt-to-GDP ratio with much stronger economic fundamentals when we have reached 103.4 percent with a much weaker economy? And neither Singapore nor Japan has gone bankrupt.

And what is with the ownership of the land where Forest City is situated?  It is a reclaimed land; therefore, no part of mainland Johor was carved out to be “given to the Chinese.”  Johor has rights over the reclaimed land as accorded by the National Land Code, 1965 up to three nautical miles as given by Section 3(3) of the Territorial Sea Act, 2012.  Whether it is a freehold land or a leasehold land, Johor can always take it back, with provisions, under the Land Acquisition Act, 1960. Up to 12 nautical miles from the foreshore, the Malaysian flag flies no matter who holds the grant.

Mahathir recently said “I hope Forest City will truly become a forest… Its residents will consist of baboons (kera), monkeys (monyet) and so on”, fuelling unjustified fears among the people of Malaysia.

The Malaysia-China Kuantan Industrial Park (MCKIP) has MCKIP Sdn Bhd (MCKIPSB) as its Master Developer.  MCKIPSB is a 51:49 joint-venture between a Malaysian consortium and a China consortium.  In the Malaysian portion of the shareholding, IJM land holds 40 percent, Sime Darby Property 30 percent and the Pahang State Government holds the remaining 30 percent. Its twin sister, the China-Malaysia Qinzhou Industrial Park (CMQIP) in China is 49 percent owned by a Malaysian consortium (SP Setia Berhad and Rimbunan Hijau Group).

Going by Tun Dr Mahathir’s logic, has China just allowed Malaysia to colonise its land too?  Prior to this it allowed Singapore to colonise in two other areas, namely the China-Singapore Suzhou Industrial Park and the China-Singapore Tianjin Eco City.

As bleak as Sri Lanka may sound, Japan, Singapore and India have expressed interest in building infrastructure and setting up shop in Sri Lanka.  Even with much weaker economic fundamentals compared to Malaysia, Lolitha Abeysinghe of Opportunity Sri Lanka remains optimistic.

Over-dependence on any country for investments, technology, and markets could result in some adverse impacts on national interest in the long-run, but if managed properly with a futuristic vision, Sri Lanka can mitigate such adversity and reap the best benefits for the rural domestic economy in one of the least developed districts in Sri Lanka,” he said.

Malaysia has that vision but sadly some of its people would rather see everything fail in the name of politics.  The politics of baboons and monkeys.