Maria Chin Ibarat Isteri Nabi

Maria Chin Abdullah telahpun dibebaskan dari tahanan polis setelah 10 hari ditahan di bawah SOSMA.

Semasa beliau ditahan, beliau telah ditemui pihak SUHAKAM dan telah meminta beberapa perkara untuk beliau perolehi semasa di dalam tahanan, termasuk senaskah Al-Quran.

Beliau juga telah disamakan dengan isteri Rasulullah SAW kerana mengumpul dana untuk menentang kezaliman kerajaan. Sudah tentu balu ‘Tuan Guru’ Yunus Ali ini layak diberi penghormatan tersebut.


Begitulah Maria Chin Abdullah digambarkan sebagai seorang Muslim yang sejati, termasuk dalam suatu gambar yang menunjukkan beliau membawa sehelai ‘sejadah‘ walaupun tanpa telekung.



Setelah Maria dibebaskan, beliau diraikan oleh penggigit kuat Parti Keldaian Rakyat, Tian Chua di sebuah restoran terkemuka yang mempunyai beberapa cawangan di negeri Selangor.


Betapa gembiranya heroine Muslim ini dapat menjamu hidangan yang lazat di Restoran Hou Keng.

Mungkin disebabkan beliau seorang yang beragama Islam berketurunan Cina maka beliau rindukan masakan Cina. Sudah tentu Restoran Hou Keng ini tidak menyediakan masakan-masakan yang haram, dan berstatus pork-free.

Adakah begitu hakikatnya?

Berikut adalah menu Restoran Hou Keng:

Anda boleh click di gambar-gambar tersebut untuk zoom in dengan lebih dekat makanan-makanan yang dibulatkan.

Maaf.

Maria Chin Abdullah tidak boleh disamakan taraf dengan Siti Khadijah R.A. Siti Khadijah tidak makan babi dan tidak mengumpul dana untuk menjatuhkan sebuah kerajaan sebuah negara yang mendokong Islam, yang dipimpin oleh seorang yang beragama Islam.

Suami beliau juga bukan ‘Tuan Guru‘ seperti yang diwar-warkan. Sungguhpun berjuang untuk PLO, namun PLO mempunyai satu pergerakan militan di masa suami beliau berada di sana yang diberi nama al-Jabhah al-Sha’biyyah li Tahrir Filastin atau Popular Front for the Liberation of Palestine (PFLP).

PFLP adalah gerakan militan PLO yang sekukar dan memegang ideologi Marxist-Leninist. Malah Fatah, kumpulan politik terbesar di bawah PLO juga adalah berfahaman sekular.

Janganlah kita menunggang agama hanya untuk menghalalkan sesuatu yang tidak sepatutnya.

Saya telah terangkan betapa sesatnya mereka yang menghalalkan demonstrasi untuk menggulingkan sesebuah kerajaan. 

Sesungguhnya, Maria Chin hanyalah keldai tunggangan George Soros dalam misinya untuk menawan dunia secara halus – dan kini menggunakan Islam untuk menghancurkan Islam sambil bangsa lain tepuk tawa.

Berdemonstrasi Itu Sifat Khawarij

Kerajaan bersifat zalim – dan itulah modal yang dihamburkan setiap hari bagi menghasut rakyat bangkit menentang kerajaan yang ada.

Ada yang menyamakan kebangkitan orang Melayu menentang pentadbiran British pada tahun 1946 dengan demonstrasi BERSIH. Malah ada juga organisasi bukan kerajaan (NGO) yang bertopengkan Islam yang menyamakan perbuatan Rasulullah SAW membebaskan kota Makkah dengan demonstrasi BERSIH menentang korupsi, kezaliman dan penindasan. Ini adalah merupakan suatu fitnah terhadap Rasulullah SAW.

Pertamanya, pada tahun 1946, kebangkitan orang Melayu menentang pentadbiran Malayan Union jelmaan British adalah di atas arahan para pemimpin orang Melayu itu sendiri untuk mempertahankan kedudukan agama Islam, raja-raja Melayu Islam, dan tanah air dari penindasan dan penjajahan kafir.

Keduanya, pembukaan Kota Makkah (Fathu Makkah) oleh Rasulullah SAW adalah sebahagian dari peperangan tentera Islam yang berpusat di Madinah menentang Bani Quraisy Jahiliyah dan membersihkan Kaabah dari patung berhala dan segala perbuatan syirik.

Rasulullah SAW bukannya bersekongkol dengan Kafir Quraisy untuk menjatuhkan Islam. Jauh sekali bekerjasama dengan puak-puak berikut untuk menjatuhkan pemimpin beragama Islam:


Apabila menyebut perkataan zalim saya nak bertanyakan beberapa soalan:

  1. Zalimnya kerajaan Malaysia adakah para Raja Melayu dan Perdana Menteri telah meninggalkan syiar Islam dan mengisytiharkan diri mereka kafir?
  2. Adakah masjid-masjid yang diperintahkan tutup atau dirobohkan?
  3. Adakah mana-mana orang Islam yang ditangkap atau dilarang dari melakukan sebarang bentuk ibadah?
  4. Adakah mana-mana orang yang mati atau kebuluran akibat kemiskinan?

Saya yakin yang paling hampir boleh dijawab adalah solan saya yang No.4. Namun kerajaan telah menyediakan pusat-pusat pungutan zakat. Kemiskinan dalam masyarakat adalah merupakan masalah Fardhu Kifayah. Sekiranya masyarakat sekeliling gagal melaporkan mana-mana anggota masyarakat yang layak yang memerlukan bantuan maka kesalahan itu terjatuh di atas bahu masyarakat tersebut.

Sekiranya tiada sesiapa di kalangan masyarakat tersebut membantu menghantar makanan kepada orang yang memerlukan dan meletakkan beban tersebut di bahu kerajaan sebab “makanan aku untuk keluarga aku sahaja” maka orang itu yang menanggung dosa membiarkan anggota masyarakatnya menderita.

Firman Allah SWT:

“Wahai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul dan para pemimpin di kalangan kamu.” (an-Nisaa’ 59)

Sabda Rasulullah SAW:

  1. Sesiapa yang taat kepada pemimpin maka dia telah taat kepadaku. Dan sesiapa yang derhaka kepada pemimpin maka dia telah derhaka kepada aku (Bukhari 2957)
  2. Kamu wajib patuh dan setia walau dalam keadaan susah atau senang, suka atau duka, dan walaupun merugikan kepentingan mu (Muslim 1836)
  3. Sesiapa yang dipimpin oleh seorang pemimpin lalu dia melihat pemimpinnya berbuat maksiat kepda Allah, maka hendaklah dia membenci perbuatannya namun jangan dia lepaskan ketaatan kepadanya (Muslim 1855).

Selagi pemimpin itu tidak syirik kepada Allah, menentang agama Islam, maka wajib kita mentaatinya.

Pada tahun 2015, kerajaan telah memperuntukkan RM488 juta untuk memakmurkan masjid di seluruh negara. Jika ini satu kezaliman, maka tentanglah kerajaan.

Dalam Bajet 2017 yang dibentangkan baru-baru ini, sebanyak RM30 juta telah diperuntukkan untuk melahirkan tahfiz yang berdaya saing dalam pasaran pekerjaan melalui Dasar Pendidikan Tahfiz.

Malah 1MDB yang menjadi bahan kutukan warga kota selama ini jugalah entiti yang telah memperluaskan dan menjadikan Masjid Kampung Baru suatu tempat beribadah yang amat selesa untuk mereka-mereka yang mengutuk 1MDB menunaikan solat mengurangkan dosa kemunafikan mereka sendiri.

Soalan saya, kenapa berdemo dengan mereka-mereka yang ingin menyesatkan dan mengkafirkan umat Islam di negara ini?  Saya sendiri pernah duduk bertanya kepada mereka-mereka yang telah dimurtadkan oleh golongan ini.

Sekiranya anda tidak puas hati dengan apa yang telah dilakukan oleh kerajaan, atau bencikan kerajaan hanya disebabkan beg tangan Rosmah, maka apabila tiba masa mengundi, undilah pihak lawan. Dan jangan berikan saya alasan bahawa sistem pilihanraya kita tidak adil. Kalau tidak adil dan berpihakkan kerajaan Barisan Nasional, masakan DAP boleh mentadbir Pulau Pinang dan Selangor (menerusi boneka mereka – PKR)?

Tepuk dahi tanya diri: aku nak ikut agama atau telunjuk kafir?

Mari sama-sama kita hayati video yang telah dikongsi oleh Dr Aznil Hisham berikut: