Matai Pakatan! Mundu Pakatan Wajib Ditenggelamkan

img-20170118-wa0024-01

Apabila demam pilihanraya semakin panas, akan terbit suara-suara sumbang Pakatan yang bukan sahaja menyerang parti memerintah, malah semua institusi kerajaan akan diserang dan difitnah demi mengelirukan para pengundi.  Institusi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) juga tidak lekang dari budaya fitnah yang menjadi darah daging Pakatan.

Terkini, Tentera Laut Di Raja Malaysia menjadi mangsa fitnah Pakatan.  Nik Nazmi yang merupakan exco Kerajaan Negeri Selangor membuat fitnah bahawa kapal-kapal perang milik TLDM adalah kecil dan banyak yang tersadai kerana faktor usia.

Sekiranya Nik Nazmi menghabiskan masa menggunakan Internet untuk membaca fakta dan mengurangkan masa beliau menyebar fitnah, beliau tentu akan dapat lihat bahawa kapal-kapal milik TLDM sentiasa menjalankan rondaan bukaan sahaja di Zon Ekonomi Eksklusif (EEZ), malah juga di perairan Laut Sulu di timur negeri Sabah.  Bagusnya TLDM ialah setiap buah kapal serta unit-unit sokongan mempunyai akaun Twitter dan kita dapat melihat aktiviti-aktiviti am yang dilakukan oleh kapal-kapal milik TLDM dalam memelihara kedaulatan perairan negara ini.

Kita mungkin mempunyai kapal-kapal yang telah berusian setengah abad seperti KD Hang Tuah yang kini menjalankan peranan sebagai friget latihan, serta bot-bot peronda kelas Kris seperti KD Sri Johor dan KD Sri Perlis.  KD Sri Johor dan KD Sri Perlis masih aktif membuat rondaan di perairan Laut Sulu. Hakikat bahawa ketiga-tiga kapal tersebut masih dalam perkhidmatan aktif membuktikan bahawa rejim penyelenggaraan TLDM adalah amat baik sekali.

Program peremajaan serta pemerkasaan TLDM sepatutnya telah berjalan dengan lancar kalau budaya pemberian kontrak kepada kroni yang telah diamalkan oleh Pengerusi Pakatan Harapan tidak berlaku. Mungkin Nik Nazmi patut ajukan pertanyaan kepada Pengerusi kesayangannya bagaimana pemberian kontrak tersebut boleh berlaku, hinggakan kerajaan terpaksa mengeluarkan lebih kewangan untuk menyiapkan enam buah kapal peronda kelas Kedah sedangkan bajet yang diberikan kepada kroni Pengerusi mereka itu telah habis digunakan.  Akibat terpaksa menyiapkan apa yang tidak disiapkan oleh kroni tersebut, program pemerkasaan serta peremajaan aset TLDM tergendala buat seketika waktu.

Hanya kini apabila kerajaan Najib Razak bergabung usaha dengan Panglima TLDM, baru lah dapat TLDM merealisasikan usaha peremajaan dan pemerkasaan TLDM dengan program 15-to-5 yang akan menyaksikan TLDM menggunakan hanya lima kelas aset tempur dan sokongan berbanding dengan 15 yang diwarisi dari zaman Pengerusi Pakatan Harapan tersebut.

Kenapa kapal TLDM lebih kecil berbanding dengan negara luar?  Saiz kapal bukannya menjadi ukuran kekuatan sesuatu tentera laut.  Kapal pengangkut pesawat milik Tentera Laut DiRaja Thailand Chakri Nareubet adalah kapal pengangkut pesawat (CV) yang paling kecil di dunia.  Panjangnya hanyalah 201 meter berbanding kapal pengangkut helikopter (LHD) milik Tentera Laut Amerika Syarikat (USN) iaitu USS Wasp yang panjangnya 257 meter.  Dan USS Wasp hanyalah separuh panjang kapal-kapal pengangkut pesawat (CVN) milik USN.

Kapal pemusnah INS Eilat milik Tentera Laut Israel yang panjangnya 100 meter telah ditenggelamkan pada tahun 1967 menggunakan peluru berpandu jenis Styx yang dilancarkan dari sebuah bot peronda jenis Komar milik Tentera Laut Mesir pada tahun 1967 yang panjangnya hanya 25 meter.

Kapal pemusnah milik USN iaitu USS Cole yang panjangnya 105 meter telah dilumpuhkan oleh sebuah bot fiberglass berukuran 4 meter pada tahun 2000.  Serangan oleh bot fiberglass tersebut telah mengorbankan 15 orang anak kapal dan mencederakan 39 yang lain.

Ini membuktikan bahawa saiz kapal bukannya menjadi ukuran, tetapi saiz serta jenis kapal perlulah memenuhi doktrin milik Tentera Laut DiRaja Malaysia.  Tetapi saya yakin Nik Nazmi tidak faham akan konsep doktrin Angkatan Tentera Malaysia.  Dakwaan serta tohmahan yang dilemparkan beliau terhadap TLDM menunjukkan betapa ceteknya minda beliau.

Kurangkan berpolitik, dan kurangkan bermain game-game perang di komputer peribadi ataupun telefon pintar.  Realiti adalah amat berbeza dari hiburan yang disajikan di alam maya tersebut.

Parti Kencingan Rafizi

Taukeh Disneyland Ampang, Adam Rosly, yang dikatakan berada di pihak Azmin Ali telahpun dihadapkan di mahkamah atas pertuduhan berkaitan dengan perbuatan rasuah.

Adam dituduh di bawah Seksyen 32(8)(c) dan Seksyen 89 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan, 2001. Jika disabitkan kesalahan, Adam boleh dipenjarakan tidak melebihi satu tahun atau denda tidak melebihi RM1 juta atau kedua-duanya sekali bagi setiap pertuduhan.

Dengan segera Sotong-tersohor  Saudari Rafizi Ramli menyarankan agar PKR menjauhkan diri dari dikaitkan dengan Adam Rosly.


Dalam pada itu, Ketua Angkatan Muda PKR Saudara Nik Nazmi pula cadangkan agar keahlian Adam Rosly dalam pergerakan tersebut digantung.


Sekiranya tindakan tidak diambil terhadap Adam Rosly maka Azmin Ali menghadapi risiko ditohmah sebagai pembela ahli yang lakukan rasuah.

Persoalan seterusnya ialah, adakah PKR juga akan menjauhkan diri dari Rafizi dan menggantung keahliannya setelah empat kali didapati bersalah kerana menabur fitnah dan menghasut?


Atau adakah PKR selesa dikenali sebagai parti yang dikemudi oleh seorang yang terbukti pemfitnah dan penghasut?

Kalau nak bertindak, bertindaklah terhadap kedua-duanya sekali. Nama pun KEADILAN.

PKR: The Big Fat Joke – Part 4

KENYATAAN MEDIA DEWAN PEMUDA PAS WILAYAH PERSEKUTUAN 8 September 2014 / 13 Zulkaedah 1435H

Nik Nazmi : Langkah Kajang Yang Sumbang

Saya menggesa supaya Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) merujuk terlebih dahulu punca krisis Menteri Besar Selangor yang bermula daripada Langkah Kajang sebelum membuat kesimpulan melulu terhadap kewibawaan Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Langkah Kajang yang dicatur jelas merapuhkan keutuhan Pakatan Rakyat dan menghakis semangat setiakawan yang dihulurkan oleh PAS.

Walaupun PAS telah menyatakan pendirian bahawa Langkah Kajang tidak berkaitan untuk menukar Menteri Besar Selangor, namun jelas pada tarikh 21 Julai 2014, PKR telah mengumumkan YB Dato’ Seri Dr Wan Azizah sebagai calon Menteri Besar yang baru. Sila rujuk juga kenyataan Presiden PKR yang disiarkan oleh laman berita Astro Awani bertarikh 5 Ogos 2014. “Kita merancang strategi ‘Langkah Kajang’ untuk membolehkan Anwar menjadi ahli dewan undangan negeri dan kemudiannya Menteri Besar tetapi telah digagalkan oleh kerajaan Barisan Nasional,” “Jawatan Menteri Besar sememangnya untuk Anwar pada awalnya, saya tidak akan teragak-agak untuk menjadikan beliau sebagai penasihat sekiranya saya menjadi Menteri Besar,”

Tindakan PKR tersebut memaksa PAS untuk mengadakan mesyuarat di peringkat Majlis Syura Ulama’ dan membuat keputusan untuk mengekalkan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor. Kemudian, apabila beliau dipecat pada tarikh 9 Ogos 2014, PAS sekali lagi terpaksa bermesyuarat pada 17 Ogos 2014 untuk membuat pencalonan baru kerana Tan Sri Khalid Ibrahim sudah hilang kelayakan asas untuk menjadi Menteri Besar Selangor.

Mengambil kira keputusan PKR (21 Julai 2014), pemecatan Tan Sri Khalid Ibrahim, pihak istana dan perspektif Islam, Presiden PAS turut menamakan YB Azmin Ali untuk jawatan itu selain daripada Wan Azizah. Secara tidak langsung dan diamati dengan cermat, ia menzahirkan pendirian PAS dalam menentukan pemimpin utama untuk mentadbir sebuah kerajaan yang mesti seseorang individu yang berkebolehan, berkelayakan dan memiliki ciri-ciri kepimpinan tertentu.

Isu ini berlanjutan dan sehinggalah pada tarikh 27 Ogos pihak istana meminta setiap pemimpin parti menamakan lebih dua nama untuk dipertimbangkan oleh Sultan Selangor bagi mengisi jawatan Menteri Besar. Perkara tersebut telah dipenuhi oleh Presiden PAS dan ia sekali lagi menunjukkan sikap matang dan bijak.

Saya berpendapat, YB Nik Nazmi memulakan langkah sumbang sebagai Ketua AMK yang baru. Beliau harus akur bahawa liabiliti politik yang berlaku pada hari ini di Selangor menimbulkan kegusaran di peringkat akar umbi. Saya menjangkakan kita akan mengambil tempoh masa yang lebih lama untuk memulihkan sokongan kepada Pakatan Rakyat. Yang Benar, Ir. Hj. Khairil Nizam Khirudin, Ketua Pemuda, Dewan Pemuda PAS Wilayah

Page Rasmi Ir Hj Khairil Nizam Khirudin | Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan
2014-09-08