Surat Terbuka Untuk Pengundi Melayu

Pada 9hb Mac 2008, buat pertama kalinya saya melihat seorang remaja Melayu dengan megahnya memakai sehelai kemeja ‘T’ yang tertera perkataan “DAP” dan mempunyai lambang roket DAP. Saya hanya mampu menggelengkan kepala. Di dalam hati saya teringat laporan kata-kata yang diungkapkan oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Kit Siang:

“Melayu keluar! Apa lagi duduk sini, kita hentam lu…sekarang kita sudah ada kuasa…”

Begitulah bunyinya ungkapan beliau yang dilaporkan telah dilaung-laungkan di sekitar Jalan Khir, Kampung Baru, Kuala Lumpur pada 12hb Mei 1969. Sikap anti-Melayu Lim Kit Siang bukanlah suatu perkara yang baru, dan yang diungkapkan oleh beliau di atas bukanlah ungkapan anti-Melayu yang pertama pernah beliau ungkapkan. Sekiranya kita melayari laman http://bibliotheca.limkitsiang.com dapat kita membaca siri ucapan dan surat-surat beliau yang dibuat sejak 1968, kita dapat melihat bagaimana beliau sering menggunakan isu perkauman untuk membuat kaum lain di Malaysia ini membenci kaum Melayu.

Apabila kita langkaui masa selama 44 tahun selepas itu, kita dapati parti DAP itu sendiri masih tidak berubah, malah masih mempunyai Lim Kit Siang sebagai Penasihat Parti. Yang berubah hanyalah sikap Lim Kit Siang yang lebih cauvinis. Beliau bukan sahaja masih bersikap anti-Melayu, malah anti-Islam juga. Sebagai contoh: dalam satu risalah yang dikeluarkan di media Internet, Lim Kit Siang berkata:

“Saya berpendapat Malaysia tidak akan dapat mencapai kemuncak potensinya sebagai sebuah negara maju kerana sekatan-sekatan dalam Islam. Sekaranglah masanya untuk untuk kita mengalihkan kesemua rintangan dengan menukar kerajaan yang sedia ada dan juga perlembagaan, Ini Kalilah!”

20130503-150540.jpg

Maka tidak hairanlah kita apabila para pemimpin PAS yang kita mengharapkan dapat mengekang kemaraan sikap cauvinis ini sering lari bertempiaran dengan ekor dikepit dicelah kangkang disergah oleh DAP setiap kali isu Hudud atau penggunaan kalimah Allah dalam kitab Injil diutarakan. Malah, masih ingat saya sebuah artikel mengenai amaran Karpal Singh dalam Utusan Malaysia bertarikh 18hb Oktober 1990 yang menyebut:

“Mahu wujudkan Negara Islam langkah mayat kami dulu – Karpal Singh”

20130503-150732.jpg

Disebabkan perbalahan di antara dua parti ini juga kita melihat pendirian PAS yang sering berubah-ubah. Dalam Utusan Malaysia bertarikh 4hb Ogos 2001, YAB Datuk Nik Aziz Nik Mat dilaporkan berkata:

“Bukan sahaja dalam manifesto, dalam perlembagaan PAS sendiri tidak mengandungi satu perkataan pun untuk menubuhkan Negara Islam, dia (DAP) boleh tengok sendiri dan baca perlembagaan itu.”

20130503-150916.jpg

Maka, bolehlah kita simpulkan di sini bahawa menubuhkan Negara Islam itu bukanlah perjuangan sebenar PAS, malah dikeji oleh sekutunya DAP. Ini juga merupakan pendirian PKR sepertimana yang dilaporkan dalam akhbar Kosmo bertarikh 25hb April 2013:

“PKR, DAP tetap bantah rancangan PAS untuk laksanakan hudud jika menang PRU-13. Khalid tolak hudud di Selangor.”

20130503-151204.jpg

Pakatan Rakyat di dalam manifestonya (Manifesto Rakyat: Pakatan Harapan Rakyat) ada menyebut di dalam Bahasa Malaysia seperti berikut:

“Menghayati kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan, menjamin hak kebebasan beragama.”

Tetapi dalam terjemahan kedalam Bahasa Inggeris pula, ianya ditulis sebegini:

“Respecting the position of Islam as the OFFICIAL RELIGION, guaranteeing the freedom of religion. (menghormati kedudukan Islam sebagai AGAMA RESMI, menjamin hak kebebasan beragama)”

Saudara dan saudari perlu membaca dan telitikan dua maksud yang berbeza di atas.

20130503-151420.jpg

Jelas untuk pengundi bukan Melayu/Islam, agama Islam hanya menjadi agama resmi Persekutuan dan bukan agama Persekutuan seperti yang termaktub dalam Artikel 3(1) Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Ini bakal member kebebasan mereka untuk memujuk orang Islam, terutamanya dari kaum Melayu, untuk orang Islam menukar agama, dan juga kebebasan untuk mereka menggunakan apa jua bahasa termasuk kalimah Allah dalam kitab-kitab serta bahan cetak lain-lain agama.

Untuk memahami sebab kalimah Allah tidak dipakai di Semenanjung Malaysia tetapi digunakan di Sabah, Sarawak dan Indonesia, saudara-saudari pembaca perlu memahami sejarah kolonisasi rantau nusantara serta perjanjian-perjanjian di antara Raja-Raja Melayu negeri-negeri Bersekutu dan tidak Bersekutu dengan pihak British.

Sehingga tertubuhnya Malayan Union pada tahun 1946, kecuali Pulau Pinang, Melaka dan Singapura yang membentuk Negeri-Negeri Selat, Tanah Melayu tidak pernah dijajah. Negeri-Negeri Melayu Bersekutu yang dianggotai Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang menandatangani perjanjian perlindungan (independent protectorate) dengan pihak British dengan syarat seorang pentadbir British (Residen) digajikan oleh pihak Raja-Raja Negeri Melayu Bersekutu kerana mempunyai system pentadbiran yang seragam, manakala negeri-negeri lain mempunyai seorang Penasihat (Adviser). Contoh seorang Residen ialah Frank Swettenham, manakala Penasihat kepada Negeri Kedah ialah William George Maxwell.

Berbeza dengan Indonesia yang mana ianya ditakluk dan dijajah oleh Belanda, dan Sabah dan Sarawak yang dimiliki syarikat-syarikat kepunyaan warga British. Oleh sebab itu, di Indonesia, kolonialis Belanda memperkenalkan agama Kristian dan kitab Injil di dalam Bahasa Indonesia serta mengharamkan ibadah lain-lain agama termasuk Islam.

Thomas Stamford Bingley Raffles, yang lebih dikenali sejarah sebagai Sir Stamford Raffles, gabenor British di Singapura, merupakan seorang mubaligh Krisitan yang masyhur. Beliau telah menggunakan kuasanya untuk menjemput rakan-rakan mubaligh dari England ke Borneo Utara dan Sarawak kerana “pulau tersebut didiami oleh satu kaum yang masih hidup belum keluar dari sifat kegasaran.” Di sinilah bermulanya titik permulaan penggunaan kalimah Allah dalam kitab Injil dan lain-lain penerbitan Kristian yang menggunakan bahasa Melayu seperti Buletin Ariffin, Cermin Mata, Sahabat dan Warta Melayu.

Beliau bukannya tidak pernah mencuba untuk mengKristiankan orang Islam di Tanah Melayu, tetapi mendapatinya sukar dilaksanakan memandangkan perjanjian di antara pihak British dengan Raja-Raja Melayu yang mempertahankan agama Islam dan adat-istiadat orang Melayu. Di dalam surat beliau kepada sepupunya, beliau menulis:

“Agama dan undang-undang adalah terlalu sebati sehinggakan memperkenalkan agama Kristian akan membawa kepada kemusnahan, dendam dan perbalahan.” (Buitenzorg, 10hb Februari 1815, Mss. Eur. F.202/6)

Itulah sebabnya apabila ahli-ahli Dewan Undangan Negeri dari parti DAP mengangkat sumpah pada tahun 2008, mereka menunjukkan sikap biadap terhadap Raja-Raja Melayu. Tidak cukup dengan itu, digalakkan pula anak-anak muda Melayu bersikap biadap terhadap institusi Raja. Serang pengaruh Raja-Raja Melayu maka ianya akan melemahkan kepercayaan dan sikap hormat orang Melayu terhadap institusi Raja-Raja Melayu yang menjadi penjaga dan pemelihara agama Islam dan adat-istiadat orang Melayu.

Kita dapat lihat dengan jelas bagaimana mubaligh-mubaligh Kristian mula menyiarkan risalah-risalah dan lain-lain penerbitan dalam Bahasa Malaysia bertujuan untuk memesongkan aqidah umat Islam di Negara ini. Sebagai contoh, di Johor, sebanyak 250 buah buku bertajuk seperti Kaabah, Mengenal Rasul dan Wahyu Illahi disebarkan tetapi dirampas oleh Jabatan Agama Islam Johor dan Kementerian Dalam Negeri. Dalam sebuah negeri yang 58 peratus penduduknya beragama Islam, manakala hanya 2 peratus penganut agama Kristian, untuk siapakah yang saudara-saudari pembaca sekalian rasa risalah-risalah ini dicetak?

Semua ini dilakukan demi kuasa. Dan demi berkuasa, insan yang bernama Anwar Ibrahim sering berdolak-dalik dalam isu penggunaan kalimah Allah oleh penganut agama lain.

Pada 24hb Jun 2010 di Woodrow Wilson International Centre di Washington D.C, Anwar Ibrahim telah mengulas isu kalimah Allah dan menyatakan:

“Trend di Malaysia, yang pertama sekali isu kalimah Allah. Ia benar-benar tidak waras sekiranya tidak teruk untuk mengesyorkan, bahawa anda memaksa, bukan Muslim menerima undang-undang yang menafikan hak mereka, memanggil Tuhan mereka dengan apa-apa nama. Anda boleh memanggil nama-nama lain kecuali Allah. Tetapi perkara ini hanya boleh datang daripada golongan Pemerintah yang tidak berpandangan jauh, bersifat perkauman, tidak bersikap toleran dan tidak demokratik. Kami di dalam Pakatan Rakyat, bukan sahaja PKR dan DAP, malahan PAS telah mengambil pendirian bahawa kami tidak boleh menerima undang-undang ini. Kami mesti menghormati hak agama atau kepercayaan lain untuk memanggil Tuhan mereka dengan nama Allah.”

Saudara dan saudari sekalian, cukuplah Melayu diperbodohkan atau buat-buat bodoh terutamanya dalam isu yang melibatkan agama Islam serta maruah bangsa Melayu. Silap kita memangkah nescaya yang bakal menerima akibat khilaf kita adalah anak cucu kita. Janganlah kita fikirkan bahawa kita akan tetap selamat sekiranya calon tersebut Melayu PKR atau PAS menentang bukan Melayu dari MCA atau MIC. Kita perlu lihat siapa peneraju dan terbuktikah beliau mempertahan dan memperkasakan kedudukan Islam dan Melayu di Negara ini. Lihat juga siapa menjadi dalang utama di dalam Pakatan Rakyat – tidak lain tidak bukan DAP yang tidak pernah berubah sejak tahun 1969.

20130503-152324.jpg

Ingat saudara-saudari sekalian, satu undi untuk PKR mahupun PAS adalah merupakan satu undi terhadap penguasaan DAP ke atas agama Islam dan bangsa Melayu.

Sekian, terima kasih.

The Case for God – Part 3

In the previous installment I discussed the concept of Trinity to explain how it undermines the divinity of God according to Christianity, thus making the application of the name Allah for a such God an overkill and not appropriate for the actual meaning of Allah.

As mentioned in the previous installment, too, I find the argument that Allah is the common denominator for God in this region a joke. The common denominator in the Indo-Malay speaking world would be Tuhan instead of Allah. However, Allah is the term that is inside the Quran for as long as time can remember. I cannot say the same for the Bible as it no longer reflects the Old Testament. Anyhow, you cannot find the name Allah inside the Old Testament. Just a Hebrew name that does not even resemble both the Arabic and Roman spelling of Allah. Even so, Elohim as called by the Jews, refers to The God that has no Son, nor an equivalent called the Holy Spirit. Mind you, even the Jews are totally against the concept of deifying a human being. I am sure my wife’s Iban relatives who are Christian would understand the term “Tuhan” without any problem since Bahasa Malaysia is derived from the Malay language, and the term for God in Malay is Tuhan.

We have seen the subtle tactics of missionaries of those days in the first installment and how their modus operandi is now refined by present-day missionaries. This blogger had had the opportunity to meet up with Muslims proselytized during the month of Ramadhan of 2012 and was told of the very fine and subtle methods used to proselytize Muslims in Malaysia. Back in the late 19th and early 20th century, the Malay people were not only bombarded with the Malay Bible, but also Christian publications in Malay such as Buletin Ariffin, Cermin Mata, Sahabat and Warta Melayu. Little has changed, but made only better. Recently, Johor’s Department of Islamic Affairs, together with the Home Ministry, confiscated 250 Christian literature in the Malay language. Imagine these books having titles such as Kaabah, Mengenal Rasul and Wahyu Illahi. With the state of Johor having around 58 percent Muslims, 2 percent Christians, and 40 percent other religions, who were these Malay literature targeting? Ibans? Christians? Chinese? Read more about the attempt to proselytize Muslims in BigDog’s post.

So, what about the use of Allah by Christians in Indonesia, Egypt etc.?

Tell me how good has that been for Indonesia and Egypt? How well do the Muslims and Christians get along in those countries? The very reason we do not have beheading of Christians in Kelantan or lynching of Muslims in Sarawak is because we do not step on each others toes.

But I guess, for the purpose of gaining support and diverting the attention of voters from issues currently plaguing the DAP so close tot the next general elections, Lim Guan Eng raised the “use of Allah in Bible” issue again. And the Muslims in the Pakatan Rakyat chose to keep quiet about it except for the MP for Parit Buntar, Mujahid Yusof Rawa who questioned Guan Eng’s motive. I suppose for most PR Muslims, it is okay for Muslims to be proselytize as long as they get to wrestle power from the present government. To cloud the vision of their supporters from their internal issues of corruption, cronyism and nepotism, they decided to rally the support of the mostly Chinese Christians by raising the Allah issue again, knowing very well it would somehow hurt the relationship between UMNO and the Christians within the Barisan Nasional. I hope no fool would fall for this treachery.

What is the purpose of using the name Allah in Bibles, having a Malay Bible, and Christian publications in Malay if not to proselytize the Muslims? With all due respect to my Christian friends, why hasn’t the Vatican been using Allah or Elohim? Why do they stick to the name they know? And what is the most familiar term for God here in Malaysia if not Tuhan?

Like I mentioned in the first instalment. I am called John, and wherever I go, I will still be called John. No one in Germany would call me Johann, no Arab would call me Yahya, no one in Sweden would call me Jan or Jon. So, if your common denominator is Tuhan, call as it is. Not adopt from some other language. Or else, I would question why aren’t you calling God “Deus.” Please don’t fall for the politics of hate propagated by those who are irresponsible.

We have been living together, respecting each other for more than five decades peacefully except for one dark moment in 1969. Let us not let the political ambition of some to destroy the peace and prosperity that we have maintained for so long.

May I remind the Christians, in particular the Catholics about what is mentioned in the Catholic Encyclopedia about Allah:

Let it be noted that although Allah is an Arabic term, it is used by all Moslems, whatever be their language, as the name of God

If you still cannot see that, then there will soon be trouble in this peaceful nation. So, who is not respecting who?