Melayu Tak Bertimbang Rasa?

Benarkah Melayu angkuh dan pinggirkan minoriti?

Melayu Islam diingatkan tidak terlalu selesa, angkuh hingga pinggirkan minoriti.”

Begitulah bunyinya tajuk utama akhbar Utusan Malaysia yang melaporkan perhimpunan bulanan Kementerian Kewangan yang dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam ucapan beliau, Anwar mengingatkan orang Melayu Islam supaya tidak meminggirkan kaum minoriti. Kata beliau, “Ketika lawatan saya ke Kemboja baru-baru ini, saya berbuka puasa bersama Perdana Menteri Kemboja yang menganjurkan majlis iftar dengan 6,000 umat Islam. Umat Islam di Kemboja hanya 10 peratus, tetapi diberi penghormatan dan saya juga diberi peluang memberi ucapan dan ke masjid di sana.” (Utusan Malaysia – 4 April 2023).

Tidak pelik sebuah negara bukan Islam meraikan masyarakat beragama Islam. Meraikan kaum minoriti merupakan salah satu tanda aras demokrasi bagi setiap buah negara. Sebagai contoh, kerajaan Israel yang dikenali sebagai anti-Islam juga pernah mengadakan majlis berbuka puasa.

Israel menghargai kebebasan beragama dan akan lakukan apa sahaja untuk membenarkannya – Benny Gantz

Israel menghargai kebebasan beragama dan akan lakukan apa sahaja untuk membenarkannya,” kata Menteri Pertahanan Israel Benny Gantz tahun lepas (The Jerusalem Post – 26 April 2022).

Saya lihat betapa pentingnya untuk kukuhkan hubungan di antara Israel dan negara-negara serantau dan kekalkan kebebasan beragama di Israel untuk penganut semua agama,” kata Menteri Luar Israel Eli Cohen semasa menganjurkan majlis berbuka puasa Ahad lepas (Jewish News Syndicate – 3 April 2023).

Saya lihat betapa pentingnya untuk kukuhkan hubungan di antara Israel dan negara-negara serantau dan kekalkan kebebasan beragama di Israel untuk penganut semua agama – Eli Cohen

Namun, apa realitinya? Pada hari Sabtu 1 April 2023, askar Israel menembak mati seorang pemuda Palestin di perkarangan Masjidil Aqsa.

Dari 18 hari hari cuti umum yang diumumkan kerajaan Kemboja, berapa harikah yang melibatkan lain-lain agama atau kaum? Jawapannya: 0.

Dari 15 hari hari cuti umum yang diumumkan kerajaan Israel, berapa harikah yang melibatkan lain-lain agama atau kaum? Jawapannya: 0.

Dari 12 hari hari cuti umum yang diumumkan kerajaan Kemboja, berapa harikah yang melibatkan lain-lain agama atau kaum? Jawapannya: 4 (tidak termasuk Thaipusam dan Good Friday).

Adakah Melayu tidak bertimbang rasa hingga wujudnya klausa-klausa dalam Perlembagaan Persekutuan yang menetapkan hak lain-lain kaum, contohnya Perkara 3(1) berhubung kebebasan beragama, Perkara 11, Perkara 152(1) dan 152(1)(a), dan juga Perkara 153?

Lihat sahaja Amerika Syarikat yang menganggap dirinya sebagai tiang seri demokrasi. Banduan Islam diberinya daging babi untuk berbuka puasa

Adakah ini bermakna Amerika Syarikat lebih bertimbang rasa berbanding Melayu Islam di Malaysia?

Saya rasa tak perlulah memperkecilkan orang Melayu dan agama Islam hanya untuk populariti. Itu namanya menghina.