SeaDemon Says

Posts Tagged ‘socialism

Undang-undang di Malaysia adalah hasil pergabungan di antara akal, adat dan ugama.  Adat adalah merupakan kanun yang tidak bertulis yang dijadikan pegangan hidup oleh orang-orang Melayu sejak dari dahulu lagi.  Untuk dijadikan pegangan rasmi, maka adat diterjemahkan kepada undang-undang bertulis, dan digabungkan dengan akal dan syarak sepertimana yang terdapat dalam undang-undang terdahuu seperti Undang-Undang 99 Negeri Perak dan Undang-Undang Darat/Laut negeri Melaka yang berlandaskan adat dan syariah.

Maka, undang-undang syariah di Tanah Melayu ini telah wujud sebelum pihak Inggeris memperkenalkan undang-undang sivil untuk digunapakai pihak pentadbir selain hal ehwal adat istiadat Melayu dan agama Islam.

Kassim Ahmad berkata kerajaan tiada hak untuk campurtangan dalam hal ehwal Islam

Semalam, kita dikejutan sekali lagi oleh bekas tahanan ISA Kassim Ahmad yang berkata kerajaan tidak sepatutnya campur tangan dalam hal ehwal agama.

Beliau berkata sedemikian dalam satu artikel portal Malaysian Insight yang bertajuk “Kerajaan Tak Perlu Campurtangan Urusan Islam, kata Kassim.”

Kassim berkata, adalah perlu untuk meminda Perlembagaan Persekutuan dengan mengeluarkan “Islam adalah agama Persekutuan.

Portal yang dikendalikan oleh Jahabar Sadiq yang didakwa oleh portal Malaysia Today sebagai dibiayai oleh parti DAP itu memberi gelaran “Sarjana Islam” kepada Kassim yang terkenal dengan pendirian anti-Hadithnya.

Kassim pernah ditahan oleh pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) atas dakwaan menghina Islam dan mengingkari pihak berkuasa agama pada tahun 2015 dalam satu seminar bertajuk “Seminar Pemikiran Kassim Ahmad: Satu Penilaian” yang turut dihadiri oleh U-Turn Mahathir.

Kassim pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada November 1976 kerana berfahaman sosialis komunis.  Fahaman ini didokongi beliau sejak zaman universiti lagi apabila menganggotai Kelab Sosialis Universiti semasa menuntut di Universiti Malaya Singapura.

Petikan Hansard Parlimen pada 23 Mac 1979 yang membincangkan penahanan Kassim Ahmad

Pada 23 Mac 1979, P Patto dari parti DAP telah menyoal Allahyarham (Tan Sri ketika itu) Ghazali Shafie selaku Menteri Dalam Negeri mengenai tahanan Kassim.  Ghazali berkata adalah masih perlu bagi penahanan Kassim di bawah ISA diteruskan.

Namun, dua minggu setelah menjawat jawatan Perdana Menteri, U-Turn Mahathir merupakan orang yang menandatangani arahan pada 30 Julai 1981 supaya Kassim Ahmad dibebaskan.

Kassim adalah pelopor anti-Hadith yang sering menggunakan alasan bahawa hadith telah ditulis sekitar 200 tahun selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW.  Fahaman beliau ini berlandaskan penulisan Dr Rashad Khalifa dari Mesir dalam sebuah buku bertajuk “The Computer Speaks: God’s Message to the World.”

Buku ini memberikan bukti-bukti secara saintifik bahawa Al-Quran tidak memerlukan sokongan Hadith kerana telah cukup memadai untuk dijadikan rujukan pedoman umat Islam.

Rashad Khalifa adalah pengasas United Submitters International, sebuah gerakan Qur’aniyun yang menolak hadith.  Rashad juga mendakwa diri beliau sebagai seorang nabi dan mendakwa juga telah diberitahu oleh Jibril bahawa Ayat 3 Surah Yasin adalah merujuk kepada beliau (Rashad).

Fahaman Rashad juga tidak jauh dari seorang lagi “Sarjana Islam” dari Hungary iaitu Ignác Goldziher.  Goldziher, atau nama sebenarnya Yitzhak Goldziher adalah seorang Sarjana dari budapest berbangsa Yahudi.

Yitzhak Goldziher

Goldziher pernah menulis kajian beliau bertajuk Muhammedanische Studien pada tahun 1890 yang mendakwa hadith adalah rekaan manusia 200 tahun setelah kewafatan Nabi Muhammad SAW.  Dakwaan Goldziher ini disangkal oleh Patricia Crone pada tahun 2002 dalam buku beliau bertajuk Roman, Provincial and Islamic Law terbitan Cambridge University Press.

Berdasarkan ajaran Rashad, Kassim telah menolak Hadith sebagai bida’ah yang direka manusia setelah kewafatan Nabi Muhammad SAW dan punca perpecahan umat Islam.  Maka hadith adalah ajaran sesat yang diada-adakan oleh manusia.

Sedangkan pakar hadith dari Universiti King Saud, Muhammad Mustafa Al-A’zami, membuktikan bahwa penulisan hadith sudah dimulai sejak Nabi Muhammad SAW masih hidup.

Sahabat-sahabat Nabi yang telah menulis hadith termasuk Umul Mu’minin Aisyah, Abdullah bin Abbas, Jabir bin Abdullah, Abdullah bin Amr bin Al-Asy, Umar bin Khattab dan Ali bin Abi Thalib.

Dan orang seperti Kassim ini boleh diberi gelaran “Sarjana Islam” oleh portal Malaysian Insight dalam artikel yang menghina agama Islam dan mempersoalkan kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan Malaysia.

 

Orang yang sesat lagi menyesatkan inilah juga yang disokong rakan seperjuangan beliau.

Sokong Kassim! Jangan tak sokong!

Tidaklah menghairankan kerana U-Turn Mahathir juga pernah menyokong buku tulisan Kassim bertajuk “Hadis: Satu Penilaian Semula” yang pernah diharamkan oleh Majlis Fatwa pada tahun 1986.

Dia yang anti Hadith, UMNO juga terpalit

Kassim juga setakat gagalkan mengemukakan bukti bahawa perpecahan umat Islam adalah akibat Hadith dan bukan politik. Beliau yang gemar menggunakan ayat-ayat Al-Quran tertentu bagi menguatkan hujah beliau telah dengan sengaja tidak mengutarakan sekali Firman Allah SWT dalam surah An-Nahl ayat 64 iaitu:

“Dan Kami tidak menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Al-Kitab (Al Quran) ini, melainkan agar kamu dapat menjelaskan kepada mereka apa yang mereka perselisihkan itu dan menjadi petunjuk dan rahmat bagi kaum yang beriman.”

Adakah golongan Qur’aniyun ini akan menidakkan Firman Allah SWT seperti di atas?


Begitulah kata-kata seorang bekas pejuang bangsa Melayu yang pernah menggelarkan DAP sebagai ‘bapa segala rasis.’

“Malah dalam pertemuan saya dengan pimpinan DAP, mereka bersetuju bahawa Perdana Menteri Malaysia mestilah orang Melayu dan bukan dari parti DAP,” kata Muhyiddin dalam satu kenyataan membidas ucapan Najib Razak semasa  Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini.

Kenyataan Muhyiddin ini menunjukkan betapa terdesaknya beliau untuk terus relevan dalam arena politik, mengemis jawatan daripada DAP dan sanggup menggadai maruah demi kepentingan diri.

Muhyiddin mungkin lupa akan dua perkara. Pertama, semasa Pilihanraya Umum Ke-13, DAP telah memenangi 38 dari 89 kerusi yang dimenangi oleh Pakatan Rakyat. PKR mendapat 30 kerusi manakala PAS 21. Tidak mustahil DAP akan meletakkan lebih ramai calon Melayu pada pilihanraya umum yang akan datang.

Orang Melayu perlu faham prinsip dan landasan perjuangan DAP.  Untuk itu kita perlu lihat kepada perlembagaan parti DAP itu sendiri:


Di perenggan pertama, kita dapat lihat perkataan ‘demokratik sosialis.’ Kita faham maksud demokratik.

Sosialis ialah suatu teori politik dan ekonomi yang menjadikan segala hasil dan keuntungan seseorang individu itu dimiliki bersama oleh seluruh masyarakat.

Di dalam buku tulisan Karl Marx bertajuk ‘Das Kapitalsosialisme adalah satu keadaan yang menggulingkan fahaman kapitalisme menuju kepada komunisme.

Kita dapat lihat perkara ini diulangi dalam perenggan keempat.

Ini bermaksud apa sahaja peluang yang selama ini dipelihara untuk golongan Bumiputera akan dihapuskan supaya kesemua bangsa dapat menikmatinya. Ini boleh bermaksud penghapusan hak istimewa Bumiputera dan pengagihan hasil kutipan zakat kepada semua.


Perlembagaan sekular di sini bermaksud menjadikan Islam sebagai agama rasmi Malaysia. Anda mungkin tertanya bukankah itu hakikatnya sekarang?

Jawapannya ialah TIDAK. Perlembagaan Persekutuan jelas menyatakan bahawa agama Islam ialah agama Persekutuan. Bukannya agama rasmi. Inilah sebabnya para Raja di setiap negeri dipertanggungjawabkan memelihara kedaulatan agama Islam di negeri masing-masing.

Perkataan ‘kesaksamaan peluang‘ itulah yang diperjuangkan pada tahun 2014 oleh boneka DAP dalam Majlis Perundingan Perpaduan Negara (NUCC) melalui satu draf rang undang-undang yang pernah mereka perlihatkan kepada umum.

RUU NUCC tersebut, jika diluluskan, akan menyebabkan Yang DiPertuan Agong serta Raja-Raja Melayu hilang keistimewaan melantik Perdana Menteri, Menteri Besar, Peguam Negara, Ketua Polis Negara, Panglima Angkatan Tentera dan lain-lain jawatan penting dari kalangan Bumiputera beragama Islam.

Malah RUU NUCC itu juga membolehkan jawatan-jawatan tersebut diisi oleh mereka yang menjalani kehidupan sebagai LGBT, bertentangan dengan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan. Inilah yang dimaksudkan dengan Perlembagaan Sekular.

Ini dikuatkan lagi oleh matlamat-matlamat perjuangan DAP yang disebut di dalam perlembagaan parti tersebut:

screen-shot-2016-12-05-at-12-00-19

Apa yang ingin dilakukan oleh DAP ialah untuk kerajaan yang disertainya mengubah Perlembagaan Persekutuan agar cita-cita yang disebutkan di atas melalui RUU NUCC dapat dilaksanakan.

screen-shot-2016-12-05-at-12-00-41

Lupakah sudah kita akan kejadian memurtadkan orang-orang yang beragama Islam di gereja Methodist Damansara Utama (DUMC)?  Saya pernah menulis mengenai perkara tersebut setelah bertemu dengan mereka-mereka yang pernah dimurtadkan di gereja yang berada di kawasan parlimen Tony Pua dari DAP. Dr Hassan Ali yang ketika itu merupakan Exco Agama Islam di Selangor menzahirkan kekecewaan beliau terhadap kepimpinan negeri yang diterajui Melayu PKR yang terpaksa tunduk kepada kehendak DAP.

Orang Melayu jangan lupa bagaimana Menteri Besar Selangor bangsa Melayu yang datangnya dari parti PKR juga akhirnya digulingkan oleh konco-konco DAP kerana mengingkari perintah DAP.

Perkara yang sama juga berlaku di negeri Perak di mana Menteri Besar yang dilantik selepas PRU ke-12 datangnya dari parti PAS tetapi merupakan anak saudara kepada dua orang pembesar DAP Perak.  Di antara akibat orang Melayu parti lain diperkudakan DAP, kontrak menjahit pakaian ADUN Perak diberikan kepada syarikat milik ibu saudaranya.

Hanya tiga bulan selepas berkuasa, 48,000 orang-orang Cina diberi hak milik tanah di kampung-kampung baru untuk selama 999 tahun, suatu penghinaan terhadap 32,444 orang-orang Melayu di negeri Perak yang hidup di Rancangan Kampung Tersusun yang dicadangkan diberi hak pemilikan hanya untuk 99 tahun yang tidak dilaksanakan.

fullsizerender-3

fullsizerender-copy

Apabila tak dapat apa yang dimahukan, maka bergulinglah dan tunjuk biadaplah mereka di hadapan DYMM Sultan Perak sebagai tanda protes dan sokongan terhadap tetuan DAP mereka.

img_3916 img_3915

Inilah yang dimahui dan dijadikan perjuangan oleh kaldai Cina DAP bernama Muhyiddin Yassin – seorang bekas Menteri Besar yang dihalau keluar dari negeri Johor oleh Almarhum Sultan Iskandar, yang kubur bapanya dipacak salib setelah mengubah cuti hujung minggu negeri Johor dari hari Jumaat ke hari Ahad.

salib

Nampaknya memang menjual maruah Melayu dan Islam demi kepentingan politik peribadi menjadi sifat semulajadi Muhyiddin.  Beliau sanggup menjadi seorang Perdana Menteri biarpun dalam bentuk boneka kepada DAP.  Beliau sanggup mengemis dijalanan bagi pihak DAP agar diberi keutamaan menjadi Perdana Menteri.

Kita maklum bagaimana PAS dibelot oleh DAP walaupun mempunyai perjanjian bertulis semasa PAS masih menganggotai Pakatan Rakyat.  Ini menunjukkan betapa DAP terutamanya Lim Guan Eng tidak amanah, tidak boleh dipercayai dan tidak berpegang kepada janji. Maka janji DAP untuk menjadikan Melayu sebagai Perdana Menteri apabila berkuasa nanti juga tidak akan ditunaikan, atau ditunaikan tetapi tidak dipegangi.


Kalau perjanjian bertulis dengan PAS pun DAP boleh mungkir, inikan pula perjanjian air liur dengan Muhyiddin. Maka tidak mustahil suatu hari nanti pengemis hina barua DAP ini akan membayar ufti pula kepada Maharaja DAP hanya untuk kekal berkuasa.

img_3911


Taqweem al-SeaDemon

June 2017
M T W T F S S
« May    
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
2627282930  

Blog Stats

  • 1,206,308 hits

Twitter

Archives