Kimi sent a YM message to me just now asking about Birgit, the German instructor from Seahorse Dive Center on Perhentian Besar.
Birgit’s been on Perhentian Besar for the past 8 years. A few months ago her calf was bitten by some animal and she now has to go across to the Kuala Besut’s government clinic for dressing. I asked him why, and he gave me a link (that can be used for 7 days from the date of this posting). This is probably news on Birgit:
Sabtu, 23 Disember 2006
Penyelamat 11 nyawa
Oleh Ahmad Shahrul Nizam Muhammad dan Mohamad Ishak
KUALA BESUT: Seorang wanita warga asing yang tinggal di Pulau Perhentian, di sini, sejak lebih lapan tahun lalu menjadi wira apabila menggunakan kepakarannya sebagai perenang dan penyelam untuk menyelamatkan 11 penumpang bot nelayan yang sedang terkapai-kapai selepas bot dinaiki mereka karam dipukul ombak besar petang semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 petang itu, wanita warga Eropah berusia lingkungan 50-an yang masih belum diketahui identitinya itu dikatakan menjadi `master-mind’ apabila menyelamatkan sebahagian besar penumpang terbabit yang berusia lingkungan tiga hingga 50 tahun.
Sebelum kejadian, semua penumpang terbabit termasuk wanita berkenaan yang dikatakan bertugas sebagai jurulatih skuba berpengalaman di Pulau Perhentian dikatakan dalam perjalanan keluar dari jeti Kuala Besut, di sini, untuk pulang ke pulau berkenaan apabila enjin bot yang mereka naiki rosak selepas berada kira-kira satu kilometer dari jeti.
Keadaan itu menyebabkan bot berkenaan hanyut sebelum dipukul ombak besar lalu tenggelam dan semua penumpang terkapai-kapai di lautan berombak.
Difahamkan, melihat keadaan itu, wanita berkenaan yang dikatakan sudah sebati dengan penduduk Pulau Perhentian bertindak nekad dengan berenang di laut berombak dan mencapai beberapa pelampung serta papan bagi membolehkan semua mangsa berpaut untuk mengelak mereka lemas sebelum diselamatkan.
Seorang mangsa, Che Hussin Che Mat ,43, berkata tidak berapa lama selepas keluar dari jeti, dia melihat ombak setinggi lima meter menuju ke arah bot dinaiki mereka.
Menurutnya, bot yang mereka naiki terus tidak berfungsi selepas tiga kali dipukul ombak menyebabkan enjin dimasuki air sebelum bot berkenaan terbalik.
“Bot itu terbalik begitu pantas sebelum tenggelam menyebabkan saya sekeluarga bersama tujuh lagi penumpang terapung kira-kira sejam di permukaan air yang berombak.
“Saya menjerit mendapatkan isteri, Kamilah Deraman, 44, serta dua anak, Noratira, 4, dan Norhafiza, 3,†katanya ketika ditemui di Hospital Besut, semalam.
Che Hussin berkata, dalam keadaan panik itu, dia sempat mencapai tong plastik untuk dijadikan pelampung sambil menyelamatkan anaknya Norhafiza yang tenggelam timbul dipukul ombak besar.
“Pada masa sama, Isteri saya berpaut pada kayu sempat memaut seorang lagi anak, Noratira, walaupun banyak terminum air laut,†katanya.
Che Hussin berkata, dia sekeluarga baru pulang dari Langkawi selepas menghabiskan cuti persekolahan anaknya.
“Saya bersyukur semua selamat walaupun banyak barangan berharga seperti kain dan pinggan mangkuk yang dibeli di Langkawi tenggelam,†katanya.
Sementara itu, Penolong Ketua Unit Jertih, Jabatan Pertahanan Awam (JPA3), Wan Bukhari Wan Mus, berkata semua penumpang berjaya diselamatkan penduduk di perkampungan nelayan Kuala Besut.
Menurutnya, penduduk yang menaiki bot bergegas ke tempat kejadian sebelum menyelamatkan mangsa termasuk kanak-kanak berusia tiga dan empat tahun.
“Semua mereka dipercayai tidak memakai jaket keselamatan dan terselamat selepas berpaut pada pelampung dan kayu yang diperoleh penumpang warga asing yang juga orang pulau itu,†katanya.
This definitely sounds like Birgit caught in a storm on her way back from the government clinic at Kuala Besut.
