Teknologi Maklumat Terkini

I was inspired by DNAS’s latest posting which is in malay, I shall try as much as I can to use pure malay in this posting. However, I cannot recall the malay version of technology, as the malays were backwards until they learnt the word “technology”:

Duduk aku di sini sambil menatap layar komputer ini dan mula mengimbau akan kegunaan teknologi maklumat semasa kempen pilihanraya umum yang baru lepas. Ini menunjukkan bahawa cara para calon berceramah tidak lagi terhad kepada ceramah umum yang sering kita lihat.

Saya mula menggunakan sebuah komputer pada tahun 1982; ketika itu kami di Sekolah Melayu Jalan Stesen di Kuala Kangsar sedang dalam percubaan untuk menubuhkan kelab komputer kami sendiri. Di antara komputer terawal yang kami gunakan adalah dari jenis Sinclair ZX Spectrum yang mempunyai ingatan-baca sahaja sebanyak 16 ribu byte (16KB) dan memerlukan kami menggunakan bahasa BASIC. Dengan komputer tersebutlah kami membuat tatacara-tatacara dalam bahasa tersebut dan menghantar satu salinan tatacara tersebut kepada penerbit majalah komputer di Kerajaan Bersatu. Biasanya salinan tersebut dibuat menggunakan susunan lewah cakera bebas seperti pita kaset yang biasa dapat dilihat sehingga awal tahun 1990-an.

Kemudian, sekitar tahun 1984, semasa saya melanjutkan pengajian saya di Kerajaan Bersatu saya telah membeli sebuah komputer rumah jenis Commodore 64 yang mempunyai ingatan baca sahaja sebanyak 64 ribu byte (64KB). Untuk bermain sebarang permainan, anda memerlukan sebuah batang ria untuk mengendalikan permainan tersebut.

Kini, komputer rumah adalah berjuta kali ganda lebih berkuasa daripada apa yang pernah saya perolehi lebih suku abad yang lalu. Ia juga boleh melakukan tugasan pelbagai dan memudahkan kerja seseorang pengguna di samping menjadi lebih mesra pengguna.

Walau bagaimanapun, saya kini sedang menulis cataring ini dari sebuah kedai kopi siber di Subang Jaya kerana saya telah berjaya merosakkan sebanyak dua buah komputer peribadi jenis buku catitan dalam masa 3 bulan. Itu mungkin merupakan satu kejayaan peribadi yang tidak bangun membuat, malah bangun kena buat.

Apa-apapun, saya amat berharap agar Jazzmatazzed tidak terkencing membaca cataring ini.

Sekian, alif ba ta wassalammu.

————————————————————————————

Translations:

Ingatan-Baca-Sahaja – Read-Only Memory (ROM)

Tatacara-Tatacara – Programs

Kerajaan Bersatu – United Kingdom

Susunan Lewah Cakera Bebas – Redundant Arrays of Inexpensive Disks (RAID)

Komputer Rumah – Home Computer

Tugasan Pelbagai – Multitasking

Pengguna – User

Mesra Pengguna – User Friendly

Cataring – Blog

Kedai Kopi Siber – Cybercafe

Buku Catitan – Notebook

Bangun Membuat – Active

Bangun Kena Buat – Passive