Sedang aku meniarap melayani petikan daripada Yoshida Brothers dan lagu ributnya, aku mula terkenang akan suatu masa dahulu di mana bernaung aku di bawah puing-puing kehidupan umpama tangan atau jari atau kepala seorang pengebom bunuh diri di sebuah pekan berhabuk bernama Falluja di mana agaknya memberi Fellatio kepada diri sendiri merupakan satu method of escapism bagi mereka-mereka yang tidak mempunyai peti televisyen untuk menonton Star Trek: The Next Generation untuk melihat raja perempuan Borg bernama Collective dan buah dada yang membonjol akibat ingin melepaskan diri masing-masing dari dalam baju yang ketat itu. Mungkin pada asalnya Gene Rodenberry ingin mengutarakan para pendapat hak milik Freiderich Nietzche; akan tetapi revolusi bunga-bungaan sekitar tahun 1960-an telah membangkitkan naluri syahwatnya dan mula melencong ke arah Sigmund Freud pula.
Di luar sana titis-titis hujan sudah lama berhenti dari membasahi bumi yang arid disebabkan proses kegondolan yang dilaksanakan di bawah pemerintahan seorang budak Jawa berambut putih berpipikan Botox yang sering kelihatan memegang penyapu tetapi kini begitu sepi dan lebih sepi dari adik Sharlinie yang posternya masih segar ditampal di serata bumi yang tiada belas kasihan ini. Longkang yang dahulunya sungai yang dihidupi mergasatwa marine kini kaya dengan bahan galian yang terhakis, seraya mempromosi minuman kegemaran rakyat Malaysia, iaitu teh tarik, yang mungkin juga telah memainkan peranan menambahkan berat badanku sebanyak 15 kilogram sejak tahun 1990.
Aku masih berada dalam keadaan seperti mencapai nirvana tetapi otakku ini berasa begitu buntu; malah lebih buntu daripada otak Pak Lah yang terpaksa diperah untuk membentuk sebuah kabinet yang mungkin berfungsi persis sebuah kabinet dapur yang tidak lain tidak bukan hanyalah tempat menyimpan barangan dan tiada kegunaan lain untuk mereka. Tetapi mungkin juga kebuntuan otak Pak Lah kini adalah satu hikmah kerana beliau seumpama tiada mempunyai sebarang sel di antara kedua-dua telinga beliau pra-PRU 12.
Mungkin nukilanku kali ini membawa lebih penyakit darah tinggi mahupun migraine bagi sesetengah pembaca, malah mungkin ada juga yang terkencing dalam seluar. Hakikatnya, sesekali perlu aku meluahkan perasaanku dalam bahasa yang agak normal.
Biarlah aku mengundur diri buat kali ini dan menyorok di bawah perdu pohon taugeh.
