
Kadangkala aku berasa hairan apa yang difikirkan oleh Jejaka Kepala Batas yang gambarnya tertera di atas.
Mungkin gambar di atas membayangkan beliau begitu risau dengan bil telefon yang semakin meningkat. Atau mungkin kertas di hadapannya itu adalah kad laporan sikap budak berkulit hitam yang biasa dilihatnya bermain-main dengan cucunya…kebiasaannya apabila dengan kehadiran para paparazzi dan papa orang lain juga asalkan mereka memegang kamera.
Bukan senang Jejaka Kepala Batas ini hendak mengharungi hidup sebagai seorang memanda menteri yang mempunyai kurang dari 2/3 kuasa optimanya. Kalau mengikut lumrah Ultraman Dyna, sekiranya tidak berhati-hati maka lampu merah di dadanya akan berkelip sambil mengeluarkan bunyi yang amat annoying sebab belum dapat dikalahkan seterunya, dah kena TAKE FIVE selama 3 minit untuk commercial break untuk ambik nafas dan memberi masa untuk lampu merah kembali bertukar menjadi biru. Belum sempat berehat sejenak, kalau dulu beliau dapat memberi tumpuan penuh kepada kerja, kini terpaksa juga beraksi di ranjang.
Kilang baru la katakan.
Mungkin juga kena makan pil biru untuk mempercepatkan nyalaan lampu biru tersebut.

Ini boleh kasi hilang itu bunyi NI NOR NI NOR NI NOR dan lampu tukar dari merah ke biru semula

“Bro, lu rasa wa nampak gemuk tak pakai baju ni? Lu story tau! Jangan tak story sama wa!”
Adakah itu menjadi punca kemelut politik yang ada dinihari? Mungkin beliau hilang tumpuan terhadap keperluan pentadbiran hinggakan beliau memberi kebebasan kepada budak berkulit hitam yang tidak menyokong HINDRAF itu untuk mempercatur dan mempertaruhkan masa hadapan rakyat.
Disebabkan kealpaannya itu, maka Jejaka Kepala Batas kini dihadapi dengan lebih banyak kemelut politik terutamanya dalam parti KERIS yang diterajuinya.
Nasib baik beliau adalah merupakan Presiden parti tersebut. Dan sebagai Presiden, cara yang paling baik untuk beliau tangani kemelut politik ini adalah dengan cara yang biasa beliau ambil untuk menyelesaikan masalah-masalah lain:

“Tidoq lagi baguih…lepaih ni kena tukaq nama jadi GUS DUR (baGUS tiDUR)”
