
Panas.
Aku tak tahu macam mana mamat-mamat ni semua boleh bekerja dalam kepanasan yang bakal menghangitkan bulu telurku. Aku hanya dapat membayangkan kedinginan meneguk segelas air limau dari sebuah gelas yang bertatahkan serbuk garam dari mana-mana lubang mengair, bukan lubang berair macam ada orang tu kata – tak malu betul (watering hole) yang ada di kota metropolis.
Angin sepoi langsung tiada dapat dirasai kewujudannya di sini, dan dalam keadaan inilah aku mula teringat akan kata-kata Semi Value
(Dengan intonasi Semi Value) “Kerajaan ingin menase-atkann kapadda sumua ra’ayat supaya jangan banyia membuang ayer.”
Of course la apa yang Semi Value kat atas tu tak ada kena-mengena dengan apa yang aku nak tulis kat sini. Kalau Yummy Baby baca ni mesti dia kata, “Bodoh gila, kan?”
Anyway, aku teringat semasa santapan malam bersama rakan-taulan beberapa malam yang lalu. Makanan memang sedap hinggakan Indah Water punyalah seronok dapat kerja yang boleh mengisi masa akhirnya, selain dari menghantar bil-bil bodoh kononnya membuat pembentungan sedangkan sebuah flet di Cheras melimpah-limpah tangki kumbahan najisnya.
Yang menyeronokkan adalah apabila melihat dan mendengar topik-topik hangat yang diperbincangkan oleh ratu-ratu drama yang dikepalai oleh Wanita Berbulu Mata Gam Gajah yang saban kali pulang dari tanah asing dengan tas-tas tangan berjenama yang boleh didapati dengan harga lebih murah di pasar malam Downtown mahupun Uptown.
Kemudian aku lalui lorong-lorong bertar sambil melihat pencakar langit. Tak luka-luka lagi langit sepertimana aku senang tercakar sekiranya dicakari. Tetapi itu semua tak penting bagi ku. Yang penting adalah bagi aku mengharungi satu minggu yang akan datang di dalam air. Rasanya hitam aku akan bertambah walaupun tidak sehitam budak hitam kepercayaan Jejaka Kepala Batas. Cuma aku risaukan kepala aku yang kurang protection…mungkin sekali akan mengelupas kulitnya kali ini.
Hilang hensem aku. Cipet betul.
