Kerja Berat

Clean beaches now!

Wa cakap lu. Dah sejam wa duduk sini pakai towel aje. Kalau letak pulut kuning, ayam masak merah, setanggi dua tiga batang, kasi wa duduk bersila pejam mata, mesti keluar nombor ekor.

Bukan senang nak berak walaupun wa antara orang yang tak ada masalah kalau nak berak. Pagi, gerenti seround. Malam sebelum tidur mesti seround lagi, paling tidak pun sebelum mandi petang. Ini semua angkara jadi askar dulu…memang bontot pun kena disiplin.

Tapi kengkadang, berak ni mendatangkan masalah gak. Especially kalau perut jenis tak bersivik. Asal makan aje nak berak. Wa punya cousin ada sorang macam tu. Kalau nak drive long distance, mesti nak kena plan dia punya jalan dan time makan. Kalau tak, memang susah.

Wa punya habit plak….kalau ada tempat baru, mesti nak buat taik. Tak kira apa. Dulu masa idup kat Pulau Pinang, semua feri tu wa dah susun taik. Pulau Undan, Pulau Rimau, Pulau Talang-Talang, Pulau Kapas…semua dah wa calit. R&R jangan cerita la. hampir semua wa dah singgah bikin territory.

Nak melepas ni memang nak kena dalam keadaan yang hampir bersih dan tenang. Wa tak leh lupa masa melontar kat Mina dulu. Dah lah jamban jauh-jauh…limited. Orang ada 3 juta. Semua nak berak time yang sama. Ingat lagi baca mandrem “Kepala Ekor Kepala Ekor… kononnya nak suruh kepala taik jangan keluar. Berpeluh menahan. Sekali kosong aje terus masuk. baru nak menyangkung ada dah arab bangang ketuk pintu suruh cepat. Pundek betul. Tak senang nak berak. Next day bila dah tahalul awal dan nak melontar lagi kat 3 jamrah, terus tak makan. Baru selesa.

Satu lagi bahana ialah apabila tak boleh berak akibat perjalanan terlalu jauh, ataupun tempat baru. Ada la wa punya kawan sorang ni…tak boleh nak melepas bila pergi melawat negeri orang, hinggakan terpaksa balun cili padi untuk menjadi pemangkin kepada proses pencernaan, dan memudahkan proses peristalsis berlaku agar by-product yang bakal dihasilkan dapat keluar dengan mudah. Setakat ni tak tau apa perkembangan kalau ada yang kembang atau masih kuncup.

Takpe la…apa-apa pun, kalau lu tak merokok, lu boleh bawak laptop lu, baca blog posting ni dalam jamban. Gerenti keluar dengan mudah.