Perempuan
Pernah satu ketika
hidupmu persis nyanyian Suzanne Vega
luka walaupun namamu bukan Luka
namun perjalanan harianmu
menempuh neraka yang serupa
Kau harungi hidup
memberanikan diri
walaupun kekurangan conviction
melewati denai-denai kehidupan
mencari kebahagiaan
Matamu yang pada suatu ketika
bergenang dengan air
kini kian ceria
apabila kau mungkin telah menjumpai
Firdausi di dunia
Derai tawamu bak suria menyinar
Senyum manismu penyejuk kalbu
Sentuhanmu bagai menghidupkan sejuta saraf
Kasihmu menghidupkan jiwa yang telah lama mati
Cuma kau perlu dengar
Perempuan
Nasihat terbaik yang pernah diberikan
buat suku pertama tahun ini
“Lupakan sahaja si taukeh daging”
Amin!
