Koreking The Past – Part 1: Tudung…Wajib Atau Tidak?

Back in February 2004, some quarters in my UMNO division harped on the issue of tudung and asked the Ketua Wanita and Ketua Puteri to wear tudung. I challenged the Chairman of Religious Bureau to debate on the matter. Copying and pasting:

———————————————————————————————————————–

Written by the Chairman:

— In pju-online@yahoogroups.com, salam madu wrote:
> asl,respon kpd pemakaian tudung.saya katakan wajib kerana terdapat
dalil yg mengatakan aurat seorang perempuan itu adalah seluruh tubuh
badannya kecuali muka dan tapak tangan dan lelaki antara bawah pusat
hingga kelutut.malah dalam Al-Quran terdapat ayat yg menerangkan
tentang aurat wanita.Jadi apabila suatu perintah(wahyu) itu datang
daripada Allah maka hukumnya wajib.dan janganlah kita membincangkan
apa yang wajib bagi kita kerana dikhuatiri akan memesongkan akidah.
> hari ini semua ulama mengutuk fatwa yg dikeluarkan oleh sheikh
ahmad Al-tantawi tentang isu pemakaian tudung di perancis.
>
> salam……perempuan yg tidak menutup auratnya semasa keluar
bekerja akan sentiasa berada didalam keadaan berdosa….dan kita yg
memandang juga berdosa(dosa kecil).
> Subhanallah.

—————————————————————————————————————–

My response:

Itu yang diperbincangkan di sini. Kita tidak harus mengambil
semuanya berdasarkan face value. Apa yang telah saya berikan adalah
dalil-dalil yang merupakan ayat-ayat al-Quran. Malah tiadak ada
sebarang dalil yang mengatakan tidak memakai tudung itu haram
ataupun berdosa. Saya langsung tidak menyangkal atau menidakkan
sebarang ayat, malah saya membentangkan apa yang terdapat dalam al-
Quran.

Malah, apa yang saudara Bad keluarkan mengenai hadith yang
mengatakan aurat perempuan itu kesemuanya kecuali tapak tangan dan
muka sebenarnya tidak begitu tepat. Wanita diharamkan daripada
menutup muka dan kedua tapak tangannya sahaja. Itu adalah bahagian
bekerja. Malah diharamkan juga bagi lelaki yang menutup keseluruhan
badannya hingga tidak menampakkan bahagian tangannya, atau duduk
dengan menampakkan bahagian sulitnya. Itu dari Jabir dan hadith itu
Sahih Muslim.

Lain dari qubul dan dubur itu sebenarnya hanyalah pendapat ulamak.
Dan kita harus ingat bahawa Mazhab itu sebenarnya hanyalah pendapat
dan tafsiran seseorang imam, bukan sesuatu yang berdosa jika tidak
kita ikuti. Tidak ada satu nas pun yang mengatakan berdosanya umat
jika tidak memilih mazhab. Kalau berdosa kita tidak mengikut mazhab
Syafie, mengapa bila tunaikan haji dan umrah nak kena niat ikut
mazhab lain? Tidakkah itu menjadikan mazhab (pemikiran) Syafie itu
tidak sempurna?

Sepertimana yang saya katakan, terpulang kepada tafsiran masing-
masing imam. Imam Syafie terkenal dengan “strictness” iaitu biar tak
buat langsung jadi selamat (sebagai contoh bersentuhan di antara
lelaki dan wanita bukan muhrim membatalkan wuduk, walhal tiada nas
mengatakan begitu). Imam Hanafi pula lebih kepada cara-cara orang
Parsi, manakala guru kepada Imam Syafie sendiri, iaitu Imam Maliki
mengatakan bahawa wanita yang bersembahyang dengan kedua-dua buah
dadanya tidak ditutup maka sembahyangnya itu tetap sah, apatah lagi
jika dia bukan dalam keadaan bersembahyang.

Ayat 26 surah al-A’raf adalah ayat hakiki mengenai aurat. Ayat itu
menyebut mengenai tiga jenis pakaian manusia menurut Allah SWT.
Pertama: tutup qubul dan dubur, atau, Kedua: menutup keseluruhan
tubuh seperti burung sebagai perhiasan, atau, Ketiga: kesederhanaan,
kecergasan dan keadilan (libasataqwa).

Satu lagi ayat mengenai aurat hanyalah menyebut tentang aurat Adam
dan Hawa (al-A’raf 22), iaitu mereka menutup qubul dan dubur mereka
dengan daun pohon syurga. Tidak lebih dari itu. Sebab itu kita kena
fahami asal-usul makna aurat itu sendiri…iaitu sesuatu yang
mengaibkan, atau yang ditutup dalam keadaan mengejut dan malu. Maka
yang lazim ditutup sebab malu ialah qubul dan dubur.

Rasulullah SAW bersabda (hadith Sahih): Apabila seseorang dari kamu
mengahwini hambanya maka janganlah ia lihat pada auratnya.” Riwayat
yang lain mengatakan: “Maka janganlah kamu lihat kepada anggota yang
di bawah pusat dan di atas lutut.”

Muhammad SAW bersabda lagi: “Tidakkah engkau tahu bahawa paha itu
aurat?”

Tak ada siapa yang terpesong akidah di sini. Kalau saudara Bad
setuju dengan terpesongnya akidah sekiranya kita memperbincangkan
isu haram halal tudung maka kita dalam UMNO ini memang kufur
sepertimana yang diwar-warkan oleh PAS. Sebab para pemimpin wanita
kita, isteri-isteri pemimpin kita, termasuklah YB Dato’ Ketua
Bahagian, tidak memakai tudung dan berdosa besar kita tidak menegur
atau menyokong. Malah jalan kena tunduk.

Jika perempuan diarah menutup, maka arahan itu hanyalah arahan
mazhab berdasarkan pendapat ulama ataupun imam. Kalau kita nak ikut
bulat-bulat, maka haram kita menyertai UMNO sebab mengangkat orang
bukan Islam sebagai pembantu ataupun ketua kita. Kita tidak boleh
rigid apabila timbul isu agama. Disebabkan keadaan itulah maka Islam
kini menjadi salah satu agama yang paling dibenci dan enggan dianuti
oleh hamba-hamba Allah SWT yang masih belum Islam.

Itu belum lagi masuk isu seterusnya iaitu: BABI ITU ISLAM. ANJING
MASUK SYURGA, DAN ADA DOSA YANG SYAITAN TIDAK MAHU TERBABIT.

Dalam kita membincangkan hal ini, kita kena tahu sama ada kita ni
bertaqlid atau berittiba’.

Sebahagian besar kita bertaqlid.

Saya lebih suka berittiba’.

(TO BE CONTINUED)