
“Ah…dah pi Sabah dah…la boleh lena sat”
I wrote this on an UMNO online forum:
Lagi 4 hari, Anwar Ibrahim dah boleh bertanding dalam pilihanraya.
Hari tu Pak Lah pergi Sabah dan kena maki sebakul sebab orang Sabah rasa kena shortchange selepas memberi 100% kemenangan kepada BN, tapi dapat habih tinggi jawatan Timbalan Menteri.
Pak Lah kata dia perlukan masa untuk mempertimbangkan permintaan-permintaan tersebut. Masa dia ambil keputusan untuk kecilkan saiz kabinet, tak pulak dia perlu masa. Dua hari terus announce. Mana punya bahalol anak haram nasihatkan dia suruh kecilkan kabinet pun entah…tapi hakikatnya, Pak Lah tidak mampu berfikir secara logik. Buat apa nak kecilkan kabinet bila jawatan-jawatan tersebut boleh diisi oleh rakan-rakan seNEGARA kita dari Sabah dan Sarawak?
Bila dengar lebih 30 orang ahli parlimen dari Sabah nak lompat masuk PKR, baru sibuk nak ke sana….dalam begitu boleh lagi nak masa untuk fikir.
Pungkoq hang la Pak Lah! Hampeh!
Minggu depan Anwar dah boleh bertanding. Adalah mangkuk ayun yang akan letak kerusi untuk membenarkan Anwar bertanding dalam pilihanraya kecil Parlimen. Ingat UMNO kuat ke nak mengekang kemasukan Anwar ke dalam Parlimen dan melompatnya ahli-ahli parlimen Sabah?
Menang sahaja Anwar, ahli-ahli Parlimen ni semua lompat masuk PKR. MCA dan MIC akan join sama dalam Pakatan Rakyat sebab cina dan India masih marah kepada KERIS yang dihunus, dan kuil yang diruntuh oleh pemimpin UMNO yang dahulunya begitu angkuh dan tidak sensitif.
Kita sibuk nak cuci masjid nak relevan balik konon…walhal kita akan jadi pembangkang kini dan selamanya kalau Pak Lah masih perlukan masa untuk berfikir. Yang sibuk masih nak memperjuangkan ketuanan melayu akan sampai ke tua la layu!
Nak baik dari penyakit cancer, buang sel-sel cancer.
Pemilihan UMNO 2008 – Pilihlah Perubahan!
