So Did The Police Beat Some Students? Part 2

After the first revelation via the press statement by the Vice Chancellor of UPSI sent yesterday, I received an E-mail from an undisclosed source that contained a copy of an E-mail sent by the UPSI College Principal.

FYA
—– Original Message —–
From: “Mohammad Aziz Shah Mohamed Arip” <xxxx.xxxx@fppm.upsi.edu.my>
To: “Kakitangan Universiti Pendidikan Sultan Idris” <xxxxxxxxxx@upsi.edu.my>
Sent: Monday, January 2, 2012 3:11:56 AM
Subject: ALIRKAN TENAGA POSITIF 2012 – RENUNGAN SEMULA RUSUHAN DI PINTU UTAMA UPSI

SELAMAT TAHUN BARU 2012 YANG PENUH DENGAN KEJAYAAN SEKALI LAGI. 
IZINKAN SAYA BERKONGSI SEDIKIT. SAYA SANGAT SEDIH, SAYU DAN TERDIAM MELIHAT BETAPA KELICIKAN PIHAK LUAR DAN PARTI POLITIK MENGAMBIL KESEMPATAN PERISTIWA RUSUHAN PADA MALAM TAHUN BARU DI PINTU HADAPAN UPSI. 

JUSTERU, TAGGUNGJAWAB KITA, PENSYARAH DAN JUGA ULAMA IALAH HENTIKAN FITNAH DAN ALIRKAN TENAGA POSITIF BARU PADA TAHU BARU;

BERDASARKAN MAKLUMAT BERSAMA INDIVIDU YANG BERADA DI TEMPAT KEJADIAN KENYATAAN POLIS BERTINDAK GANAS DAN KEJAM ADALAH TIDAK BENAR DAN FITNAH. SEBALIKNYA, PARA PERUSUH YANG KEBANYAKKAN ORANG LUAR UPSI (HANYA 2 ORANG PELAJAR UPSI TERLIBAT IAITU ADAM ADLI DAN YUYU LUNA) TELAH BERTINDAK GANAS MAHU MEMANJAT DAN MEROBOHKAN PINTU UTAMA UPSI.. IBU KANDUNG KITA. POLIS SUDAH BERIKAN MEREKA MASA BERUCAP DAN MENJALANKAN UPACARA MEREKA YANG PENUH PENGHINAAN KEPADA ORANG LAIN. NAMUN, ARAHAN UNTUK BERSURAI TIDAK DIENDAHKAN SEBALIKNYA PINTU UTAMA UPSI MULA DI PANJAT DAN HENDAK DIROBOHKAN. TINDAKAN PROVOKASI INI MENYEBABKAN POLIS MULA MENGAMBIL TINDAKAN TEGAS DAN MENAHAN MEREKA TETAPI PARA PERUSUH TELAH MENENTANG MENYEBABKAN BERLAKU SEDIKIT PERGADUHAN FIZIKAL. PERUSUH SANGGUP BERLARI, MENJERIT DAN TERLANGGAR PINTU KACA KLINIK SYIFA (ADA PENDAPAT MENGATAKAN SENGAJA UNTUK MENDAPATKAN KECEDERAAN), LALU BERDARAH DENGAN AGAK BANYAK LALU GAMBAR DIAMBIL UNTUK FITNAH POLIS MEMUKUL MEREKA DAN PROVOKASI MERAIH SIMPATI TERMASUK DARI ULAMA)-(BUKTI PERISTIWA PERUSOH TERLANGGAR CERMIN KLINIK SYIFA BOLEH DITONTON DALAM YOUTUBE). PERUSUH JUGA MENGELUARKAN KATA KESAT DAN BERLAKON CEDERA PARAH. JUSTERU, BERITA MANGSA KOMA DAN CEDERA PARAH JUGA HARUS DINILAI SEMULA KERANA LAPORAN HOSPITAL HANYA SEORANG YANG DIRAWAT SEBAGAI PESAKIT LUAR DI HOSPITAL SLIM RIVER. MUNGKIN HANYA PROVAKASI POLITIK MERAIH SIMPATI… DALAM KES INI JUGA SAYA SANGAT TERKILAN KERANA KEBANYAKKAN ULAMA-ULAMA YANG DIHORMATI TERLALU CEPAT MEMBERI KOMEN BERDASARKAN BERITA DAN SUMBER PROVOKASI, SEPATUTNYA MENUNGGU SEHINGGA MENDENGAR DARI DUA PIHAK (SEPERTI DALAM AJARAN ISLAM). SAYA JUGA TERGAMAM MELIHAT BETAPA PIHAK LUAR BEGITU PANTAS MENGGUNAKAN SISTEM IT DAN MEMANIPULASI SETIAP KENYATAAN INDIVIDU TERTENTU UNTUK DIMANIPULASIKAN DEMI KEPENTINGAN MEREKA. INI ADALAH TIDAK JUJUR. POLITIK PIHAK LUAR YANG MENJADIKAN UPSI SEBAGAI MEDAN POLTIK MEMERLUKAN SEMUA PIHAK MATANG MEMBERI KOMEN DAN SURAT. SAYA JUGA TIDAK MENYOKONG SEBARANG TINDAKAN PROVAKASI SEMULA OLEH UPSI SEBAGAI TINDAKBALAS… KERANA KITA AKAN MERENDAHKAN MAQAM DIRI DAN BERMARUAH SEPERTI MEREKA. TETAPI SAYA PERCAYA KITA PERLU MENYALURKN MAKLUMAT YANG BETUL, DAN SANGAT TEGAS BERTINDAK DAN MENGAMBIL TINDAKAN TATATERTIB BERANI DAN TEGAS BERDASARKAN HAK, PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG YANG KTA ADA. SAYA SANGAT PERCAYA TINDAKAN PERUSUH INI TIDAK DISOKONG HAMPIR KESELURUHAN WARGA UPSI YANG SAYANGKAN PROFESION PERGURUAN. BAGI PELAJAR GALASLAH HARAPAN IBU BAPA, TARGET 4.0, BERFIKIR MATANG, BANYAK BERISTIGFAR DALAM HATI DAN YAKINLAH UNTUK MENJADI PENDIDIK KEPADA NEGARA… JIKA RAKAN-RAKAN BERSETUJU DENGAN PENDAPAT SAYA SEBARKANLAH KEPADA SEMUA – IKHLAS PENGETUA KOLEJ UPSI – DR MOHAMMAD AZIZ SHAH MOHAMED ARIP

So Did The Police Beat Some Students?

I received a copy of a press release from the Vice-Chancellor (Students Affairs) of UPSI on the incident where 15 students were arrested for demonstrating at the University. Some students claimed that they got seriously injured after being roughed up by the police.

Or were they?

Kenyataan Akhbar Kronologi Peristiwa Perhimpunan Haram Depan UPSI pada 1 Januari 2012.

 

Pada jam 5pm UPSI dapat maklumat  bahawa kumpulan mahasiswa Solidariti Mahasiswa Malaysia akan berkumpul di UM untuk mengadakan demonstrasi di UPSI. Demonstrasi ini adalah untuk mendesak kerajaan memansuhkan AUKU dan menuntut pertuduhan pada Adam Adli digugurkan.

Jam 10pm , kumpulan SMM dari UM dengan 3 kenderaan telah menuju  ke UPSI. Wartawan dan beberapa kumpulan kecil mewakili pembangkang  berkumpul di depan pintu utama UPSI dan kawasan sekitar

Pihak Keselamatan UPSI telah menutup semua laluan masuk ke upsi sepenuhnya, berkawal bersama bantuan suksis. Pihak polis berpakaian freeman mengawasi jalan-jalan utama di bahagian pintu timur dan utama selain rondaan traffic serta peronda (show force)

Demi menjaga maruah UPSI seramai 80 pelajar UPSI daripada beberapa kolej yang cintakan keamanan bersedia mempertahan UPSI dari gangguan pihak luar – dengan slogan “we love upsi “. Majoriti pelajar tidak suka dengan cara pihak luar campur tangan hal dalaman upsi. Upsi bertindak tanpa mana-mana tekanan pihak luar. Rata-rata Face book dan blog yang cintakan upsi, menyatakan sokongan agar bumi upsi tidak diganggu oleh pihak luar dan pelajar berhak pertahan nama baik institusi pendidikan ini.

Sekitar jam 2.10 pagi pelajar-pelajar  akhirnya memulakan demonstrasi di depan pintu utama dengan melaungkan slogan menentang kerajaan dan menuduh upsi dan tnc mengugut pelajar, dan mereka mengeluarkan kata kesat (barua, anjing) terhadapPerdana Menteri, Kementerian Pengajian Tinggi, kerajaan, UMNO dan pemimpin UPSI. Mereka membawa kain rentang putih dan keranda daripada kotak serta membawa gambar PM sebagai simbolik pemansuhan AUKU. Polis membenarkan dengan pengawasan untuk mereka melaksanakan ucapan, jeritan, bacaan puisi dan upacara simbolik pemansuhan AUKU.  Pada waktu ini Adam Adli dibawa terus ke depan pagar upsi dijulang utk berucap berkaitan kebebasan akademik, ada dikalangan mereka juga menjerit agar pagar dibuka dan memanjat pagar pintu utama. Mereke terus melaungkan slogan power mahasiswa selang seli dengan ucapan, tanpa henti dengan nada suara jeritan. Mereka disokong oleh beberapa wakil dari parti pembangkang sepanjang demo berlaku.

2 20am Polis menempatkan kenderaan dan anggota LSF (light strike force – bukan FRU) bagi menghadapi sebarang kemungkinan dan apabila LSF tiba mengambil tempat didepan simpang klinik shifa, kumpulan mereka (lelaki dan wanita) telah mengambil tindakan baring di atas jalan raya, bertindak sebagai perisai manusia serta konfran polis supaya tidak mengapa-apakan mereka atau berdepan tindakan revolusi pelajar seperti mesir dan Tunisia. Yang paling lantang antara mereka adalah Khalid Ismet, pelajar undang2 um (pakai baju merah, muka macam cina) cuba provokasi pihak LSF dan polis. Polis sekadar mengawasi, tiada sebarang kekerasan atau apa-apa tindakan provokasi.

235am mereka telah bergerak menghampiri pintu pagar utama dan melaungkan “Buka Pintu” dan mereka telah memanjat pintu pagar dan menjerit supaya “membuka pintu dan jangan menjadi barua UMNO”. Pintu pagar upsi telah digegarkan oleh mereka , ada yang memanjat pagar untuk memasuki dan apabila masa yang diberikan tamat, ocpd mengarahkan polis penangkap membuat tangkapan kepada kelompok tersebut selain ingin mengelakkan mereka menceroboh ke dalam upsi dan dibimbangi akan bergaduh dengan anggota pelajar suksis upsi, serta  pemimpin pelajar yang berada dalam kampus. Pelajar-pelajar UPSI di dalam pagar tidak rela kampus mereka dicerobohi oleh para pelajar luar.

Oleh kerana mereka  tidak mengindahkan arahan polis supaya bersurai dengan aman, mereka telah bergelut dengan pihak polis untuk membebaskan rakan mereka yang telah ditangkap dan waktu itulah rusuhan berlaku dan ada di antara mereka telah memecahkan pintu kaca (berkunci) Klinik Syifa dengan alasan rakan mereka sakit sesak nafas  untuk dapatkan rawatan. Mereka dengan ganas memecahkan 3 panel dinding cermin klinik shifa. Polis tidak sesekali menggunakan kekerasan masa nak menangkap dan tidak memukul, mereka yang melawan sehingga terjatuh, malah anggota polis juga terjatuh semasa usaha menangkap mereka. Kecederaan berdarah yang dialami salah sorang dari mereka bukan kerana kekerasan polis tetapi terluka semasa mereka memecahkan dinding cermin klinik panel. Pihak polis telah menangkap 17 orang dan membawa mereka ke Balai Polis Tanjung Malim untuk ditahan, termasuk Adam Adli.

 

Keadaan kembali tenang selepas polis menahan 17 orang tersebut dan mengarahkan semua bersurai, polis tidak menahan pelajar wanita kecuali seorang pelajar upsi yang hadir ke balai dengan sukarela dan ditahan di sana. Polis meneruskan pengawasan terutama jalan utama depan upsi sehingga pagi bagi mengelak perkara tidak diingini berlaku.

Tindakan sepenuh pada tanggungjawab polis kerana diluar kawasan upsi dan tnchepa mengarahkan agar staf/pelajar berada didalam dan tidak membuat provokasi, sekadar memerhati walaupun dituduh dengan pelbagai kata-kata kesat.

 

ACP/KS DATO’ DR JUNAIDY ABU BAKAR

TIMBALAN NAIB CANSELOR (HAL EHWAL PELAJAR)

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

TANJONG MALIM