Mahathir’s Reformasi

It was a movement to topple the second most-hated dictator of the South East Asia. Tens of thousands would march on the streets of Kuala Lumpur chanting “Undur Mahathir, undur!” and the infamous “Reformasi!” after Anwar Ibrahim was summarily expelled from UMNO and denied a chance for the premiership over reasons Mahathir himself claims to have forgotten or something to that effect.

Leading this group of demonstrators was Anwar’s most loyal lieutenants, Azmin Ali, who was his Principal Private Secretary in the Deputy Prime Minister’s Office. With Anwar still in jail, Azmin is the most favourite choice for Pakatan’s Prime Minister-designate amongst the younger generation.

Or that was what we all thought would happen.

Suddenly, the 92-year old Mahathir manoeuvred his way into being accepted as the Prime Minister again if Pakatan wins the next general elections. DAP and the anti-Azmin camp inside PKR namely Wan Azizah’s camp accepted the nonagenarian but this was rejected by several opposition-friendly NGOs as well as Selangor’s PKR.

Several hints on social media platforms and insiders’ information of Anwar’s opposition to Mahathir being designated as Pakatan’s Prime Minister warranted an article by The Star’s Joceline Tan. The writing is all over the wall – REFORMASI is dead.

In a move seen to insult Mahathir, Azmin offered his Gombak parliamentary seat for Mahathir to contest in in the next general election, an offer rejected outright by the latter.

A leopard never changes its spots – and true to his character, Mahathir announced that he will deal with dissenters quietly – a reminder of his 22-year reign of terror.

Just like Anwar whose colour of underwear was made public for going against Mahathir, Azmin now finds tales of his sexual trysts being made public. We are reminded of the time Anina Saadudin’s steamy WhatsApp messages were made public after falling out with Mahathir’s inner circle.

Anything Azmin is now being attacked, therefore it’s going to be interesting to see how the champion of Reformasi will now go against the man he has been fighting against for the past 20 years.

If he fails, it would be Mahathir’s masterstroke – for killing off the Reformasi movement from inside and finally making it his own Reformasi where dissent can never be tolerated.

Welcome to Mahathir’s Reformasi – or Dictatorship 2.0 as we know it.

Nasib Orang Asli Tidak Pernah Dipinggirkan

Orang_Asli
Sepasang bapa dan anak Orang Asli Semenanjung Malaysia

Sepanjang tahun 1970an hinggalah awal 2000, Tentera Udara DiRaja Malaysia sentiasa mempunyai beberapa buah helikopter Sikorsky S-61A Nuri dan Aérospatiale Alouette III yang sentiasa bersedia untuk memberi perkhidmatan kepada Orang Asli di Semenanjung Malaysia, sama ada untuk kecemasan perubatan mahupun untuk membawa mereka keluar untuk menyertai program-program JHEOA (kini JAKOA) di bandar-bandar besar.

Kini, tanggungjawab tersebut juga ditanggung oleh Unit Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) yang sering kelihatan menerbangkan helikopter-helikopternya di kawasan pedalaman.

WhatsApp Image 2018-01-16 at 10.52.333
Unit Udara JBPM digerakkan ke Gua Musang untuk membantu membawa para pelajar Orang Asli ke sekolah

Baru-baru ini, cuaca buruk telah menyebabkan jalan-jalan yang menghubungkan Gua Musang dengan empat pos Orang Asli di pedalaman terputus, menyebabkan seramai 242 orang pelajar Orang Asli terkandas dan tidak dapat pergi ke sekolah.  Para pelajar tersebut adalah dari Pos Belatim, Pos Balar, Pos Gob dan Pos Bihai.  Dari Pos Bihai melibatkan mereka-mereka dari Kampung Laklok, Kampung Tendrik, Kampung Bihai dan Kampung Hak.

JBPM telah menggerakkan dua buah helikopter dari jenis Agusta Westland A109E dan Agusta Westland 139 untuk membantu menghantar para pelajar tersebut ke sekolah.  Pesawat-pesawat tersebut dipandu oleh Penguasa Kanan Bomba I Roslan bin Aziz, Mejar Leong Cheong Meng TUDM, dan dibantu oleh penolong juruterbang Timbalan Penguasa Bomba Faizal bin Latif dan Timbalan Penguasa Bomba Sharizal bin Sahari.  Turut serta ialah tiga orang Kuartermaster Udara iaitu Penolong Penguasa Bomba Ubadah bin Suib, Pegawai Bomba Kanan I Mohd Norhasrul bin Mohd Noordin dan Pegawai Bomba Kanan I Safuan bin Mohamad.

Pesawat jenis Agusta Westland A109E telah mula berkhidmat dengan Unit Udara JBPM pada tahun 2003 manakala Agusta Westland A139 pula mula diterima pada tahun 2010.  Unit tersebut mengoperasikan sebanyak lapan buah helikopter pelbagai jenis.  Unit ini telah bermula dengan empat buah helikopter Mil-Mi-17-1 buatan Russia yang mula diterima pada tahun 1998.  Ini diikuti oleh dua buah helikopter Agusta Westland A109E, dan dua buah Agusta Westland A139.  Salah sebuah helikopter Agusta Westland A109E tersebut telah terhempas dalam cuaca berkabus di FELCRA Kuala Kaung, Lanchang, Pahang semasa membuat pengawasan dari udara pada 16 September 2010.  JBPM juga telah memesan dua buah helikopter jenis Agusta Westland A189 pada tahun 2016.

DTlliqDVQAAGnis
Para pelajar Orang Asli dibawa keluar menaiki pesawat Agusta Westland A109 Unit Udara JBPM

Walaupun cuaca tidak menentu, kedua-dua buah helikopter tersebut telah berjaya membawa keluar seramai 52 orang pelajar dari Pos Balar dan Pos Belatim ke Padang Sivik Gua Musang, manakala 44 orang pelajar dibawa keluar dari Pos Cemal ke Pos Balar pada hari pertama Ops Murni.  Operasi itu telah bermula pada jam 10.10 pagi dan berakhir pada jam 5.10 petang akibat cuaca yang bertambah buruk.

WhatsApp Image 2018-01-16 at 23.55.581
Pesakit Orang Asli dikeluarkan untuk dibawa ke hospital sebaik pesawat mendarat di Gua Musang

Walaupun Ops Murni bertujuan untuk membolehkan para pelajar Orang Asli hadir sessi persekolahan, operasi tersebut diselangi beberapa penerbangan ihsan membawa Orang Asli yang mempunyai sakit kritikal ke Hospital Gua Musang.  Ini menunjukkan kesediaan Unit Udara JBPM untuk bertukar mod operasi demi nyawa dan kesejahteraan masyarakat walaupun nyawa sendiri dipertaruhkan demi menyelamatkan orang lain.

heli10
Pesawat Agusta Westland A109E (9M-BOA) milik Unit Udara JBPM yang terhempas dalam kabus di FELCRA Kuala Kaung, Lanchang, Pahang. Tiga orang anak kapal cedera dalam insiden ini. PgKB I Roslan bin Aziz adalah salah seorang mangsa insiden tersebut

Ramai di kalangan rakyat Malaysia yang tidak tahu mengenai perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan oleh kerajaan untuk masyarakat Orang Asli.  Disebabkan ketidak-pekaan ini, kerajaan sering dicemuh dan dituduh tidak mengambil berat masalah yang dihadapi oleh masyarakat tersebut.  Hakikatnya, untuk pihak JBPM sahaja, sebanyak 47 penerbangan ihsan telah dibuat pada tahun 2015 untuk menerbangkan seramai 111 orang pesakit dan pengiring.  Sebahagian besar adalah dari kalangan masyarakat Orang Asli.

Oleh itu, jangan mudah menuduh bahawa kerajaan tidak mengambil berat terhadap masyarakat luar bandar terutamanya Orang Asli kerana juruterbang-juruterbang seperti PgKB I Roslan dan Mejar Leong sentiasa bersedia memberi keutamaan kepada kesejahteraan masyarakat tersebut.

WhatsApp Image 2018-01-16 at 10.52.33
PgKB I Roslan bin Aziz berbincang mengenai operasi yang telah mereka jalankan setelah tamat penerbangan hari pertama Ops Murni