Don’t Send A Child To Do A Man’s Job

DON’T SEND A CHILD TO DO A MAN’S JOB

Itu pepatah lama orang-orang kampung. Banyak rungutan telah dapat kita lihat mengenai Menteri Belia dan Sukan yang dikatakan terlalu mentah untuk menjadi seorang menteri. Di antaranya ialah bermain Playstation dalam pejabat tetapi mengabaikan kerjanya.

Semalam Tunku Mahkota Johor (TMJ) telah menegur menteri tersebut agar tidak membodek kerabat diraja Johor dan supaya menyimpan sikap kuat bodek tersebut untuk lain-lain orang.

Teguran tersebut telah dibuat setelah menteri tersebut membuat ucapan tahniah di Twitter di atas hari keputeraan Tunku Temenggong Johor (TTJ). Kenapa beliau buat begitu juga menjadi tanda persoalan kerana TTJ tidak mempunyai akaun Twitter.

Sebagai menteri penuh, cara yang betul ialah beliau menulis ucapan tersebut dalam sepucuk surat yang ditulis dengan bahasa Istana menggunakan letterhead Kementerian Belia dan Sukan.

Setiausaha Sulit Kanan beliau pula perlu menulis sepucuk covering letter kepada Setiausaha Sulit Kanan TTJ dan disertakan surat menteri memohon untuk dipersembahkan kepada TTJ.

Bukannya dengan menggunakan bahasa rojak macam dibuat untuk kawan-kawan di Twitter. Itu namanya kurang adab.

Hasilnya, TMJ kini menuntut peruntukan Kementerian untuk SUKMA yang akan dihoskan oleh negeri Johor, sekali lagi menunjukkan bahawa kita tidak boleh menyuruh budak belum matang untuk membuat kerja orang dewasa.

https://www.sinarharian.com.my/article/4187/BERITA/Sukan/Mana-janji-peruntukan-Sukma-Johor