For 6 years I had campaigned for veteran artistes Aziz Sattar and S Shamsuddin to be bestowed the title “Datuk” for their contribution as symbians to the late Tan Sri P Ramlee. Finally, Aziz Sattar has been made a “Datuk” by the Yang DiPertuan Agong.
Below is the letter I copied to Utusan Malaysia on the 7th June 2001.
Hargai jasa seniman veteran
Saudara Pengarang,
HARI Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong baru-baru ini membuat saya sama-sama menumpang gembira dengan dua orang rakan. Yang pertama, ASP Abdul Razak yang dianugerahkan pingat Seri Pahlawan Gagah Perkasa (SP) dan keduanya penganugerahan pingat kepada Tan Sri S.M Salim.
Penganugerahan pingat Panglima Setia Mahkota kepada S.M Salim adalah bertepatan sekali kerana beliau dilihat sebagai penggiat seni yang diminati ramai dan telah banyak berjasa membela seni tanah air. Di samping beliau, sutradara terkenal, Yusuf Haslam juga kini bergelar Datuk.
Tahniah kita ucapkan kepada mereka. Bagaimanapun, masih terdapat penggiat seni yang masih belum mendapat sebarang pengiktirafan. Sebagai contoh, Rosiah Chik, yang hingga kini masih mempertahankan lagu-lagu Melayu asli. Tidak kurang juga Aziz Sattar dan S. Shamsuddin yang saya kira tanpa mereka pasti siri Bujang Lapok pasti kurang serinya. Apatah lagi setelah empat dekad Bujang Lapok dipertontonkan, ia masih diminati ramai terutamanya generasi muda sekarang.
Kita telah menyaksikan bagaimana golongan muda seperti Datuk Shake telah lama diberi penghormatan tersebut tetapi penggiat seni generasi lama masih kurang mendapat pengiktirafan. Mungkin penganugerahan gelaran Tan Sri kepada S.M Salim membuka ruang untuk golongan yang seangkatan dengannya.
Diharap pihak yang menggangap diri mereka wakil para penggiat seni berusaha supaya mereka ini diberi penghormatan sewajarnya. Secara tidak langsung langkah ini juga boleh menaikkan martabat penggiat seni Melayu.
Janganlah kita mengenang seseorang setelah dia tiada lagi bersama kita. – KAPT. (B) ABDUL RAHMAT OMAR TUN MOHD. HANIFF, Kuala Lumpur
You must be logged in to post a comment.