AirAsia X: Jawapan Saya Kepada BERNAMA

Tengahari tadi pihak BERNAMA mengajukan soalan kepada saya mengenai pendapat sesetengah pihak yang mempertikaikan Juruterbang pesawat menggalakkan para penumpang penerbangan D7 237 untuk berdoa. Berikutnya adalah jawapan saya:

Untuk memahami keadaan krew dan pesawat kita perlu fahami jenis kecemasan yang dihadapi pesawat.

Pesawat jenis Airbus A330 sememangnya boleh berlepas, terbang dan mendarat dengan hanya menggunakan sebelah enjin. Namun ianya sekiranya bilah kipas enjin yang dipadamkan adalah berada dalam keadaan terimbang.
Dalam keadaan penerbangan AirAsia X D7 237 salah satu bilah kipas turbin telah patah dan menghentam salah satu oil pump dan merosakkan sistem hidraulik sebelum “ditelan” (ingested) oleh enjin. Apa lagi kerosakan yang dialami enjin tersebut tidak diketahui.
Ketidak seimbangan bilah kipas ini mengakibatkan gegaran teruk kepada rangka pesawat dan tindakan seterusnya ialah untuk juruterbang mematikan enjin tersebut dan berpatah balik.

Namun untuk dua jam seterusnya gegaran yang kurang sedikit kekuatannya masih berlaku kerana satu fenomena yang digelar “efek kincir angin” di mana bilah kipas tersebut diputarkan oleh angin akibat pesawat itu menujah ke hadapan.
Walau bagaimanapun, disebabkan ianya tidak berputar secara seimbang, satu lagi fenomena yang dikenali sebagai ‘dynamic spillage’ membentuk satu kon udara di hadapan enjin tersebut berlawanan dengan udara yang ditolak ke belakang oleh tujahan tersebut.
Keadaan ini boleh mengakibatkan kemungkinan ‘mounting bolt fatigue’ dan seterusnya tertanggalnya enjin tersebut. Ketidak seimbangan ini boleh berakhir dengan malapetaka besar.
Kehilangan enjin akan mengakibatkan kerosakan ‘fuel lines’, ‘electrical lines’ yang amat diperlukan oleh pesawat untuk terus terbang turun.
Kini rangka pesawat itu juga akan diberi pemeriksaan terperinci untuk menentukan ianya selamat untuk diterbangkan semula.
Juruterbang tersebut faham akan keadaan tersebut dan memberitahu para penumpang bahawa keadaan di geladak penerbangan adalah terkawal namun sekiranya ada yang ingin mendoakan keselamatan boleh berbuat sedemikian.
Apa peliknya berdoa sedangkan banyak lagi syarikat penerbangan yang memainkan video doa Musafir sebelum penerbangan termasuk British Airways untuk penerbangan khas Haji dan Umrah.
Lazimnya yang sering mempersoalkan keperluan doa adalah dari kalangan orang yang tidak beragama.

Bila Rantai Dilepaskan

Selamat kita menjalani ibadah puasa selama sebulan di dalam bulan Ramadhan di mana syaitan-syaitan diikat dengan rantai.

Tatkala anak bulan Syawal kelihatan, maka berakhirlah bulan Ramadhan semasa masuknya waktu Maghrib, dan dengan itu syaitan-syaitan dilepaskan dari ikatan.

Dan dari sebelum kewujudan Adam itu lagi, hamba Allah yang digelar Iblis telah memohon kebenaran daripada Allah ‘Azza Wa Jalla untuk menyesatkan manusia dan didatangkan dalam berbagai rupa kepada manusia.


Seorang bekas menteri yang merupakan budak suruhan parti DAP yang juga bekas ahli parti PKR dan presiden parti KITA telah mengkritik tindakan juruterbang pesawat Air Asia X yang meminta para penumpang mendoakan keselamatan mereka apabila enjin sebelah kiri pesawat tersebut mengalami kerosakan 90 minit setelah berlepas dari Perth, Australia.

Kata beliau, sekiranya Kapten pesawat tersebut mahu berdoa, eloklah Air Asia menggajikan seorang Imam.

Dalam reaksi balas terhadap kenyataan Zaid Ibrahim itu, Ahli Parlimen Pasir Mas Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz menyelar Zaid.

Saya cuba mengagak bila Datuk Zaid Ibrahim berdoa kepada tuhannya? Bila saatnya?


Pesawat Airbus A330 tersebut telah mengalami kerosakan enjin di sebelah kiri (Enjin No.1) yang bukan sahaja telah mengakibatkan gegaran teruk kepada rangka pesawat malah mengakibatkan pesawat tersebut tidak dapat mengekalkan paras ketinggian penerbangannya.

Gegaran ini berterusan walaupun setelah enjin dipadamkan akibat fenomena yang digelar ‘windmill effect‘ di mana udara yang melalui bilah kipas turbin enjin yang dimatikan menyebabkan putaran kipas berterusan (free-wheeling) yang menghasilkan gegaran.

Gegaran berterusan ini boleh juga menyebabkan enjin tersebut tertanggal dari sayap, atau mengoyakkan hos minyak (fuel lines) atau merosakkan sistem elektrik yang kritikal.

Kehilangan enjin melalui tertanggalnya enjin tersebut dari sayap boleh mengakibatkan malapetaka yang amat sukar dielak dan menyebabkan kehilangan kesemua nyawa krew dan penumpang pesawat tersebut.

Kerosakan enjin tersebut dipercayai telah  diakibat oleh kegagalan struktur salah satu bilah kipas turbin enjin tersebut yang telah tertanggal dan kemudiannya memusnahkan sebuah pam minyak (oil pump) dan sistem hidraulik sebelum ‘ditelan’ oleh enjin tersebut dan menyebabkan lain-lain kerosakan.

Kerosakan seumpama ini dikategorikan sebagai satu insiden yang amat serius kerana hampir mengakibatkan kehilangan pesawat serta nyawa krew dan penumpang.

Maka, adalah berpatutan Kapten pesawat, selain meminta para penumpang mematuhi arahan anak-anak kapal, juga meminta agar mereka mendoakan keselamatan mereka semua.

Inilah yang dipersoalkan oleh Zaid kerana bagi diri beliau, ianya seolah-olah Kapten pesawat telah pasrah dan tidak lagi mahu ambik tindakan kecemasan, dan berserah kepada tuhan untuk menentukan nasib mereka pada ketika itu.

Mungkin Zaid lebih cenderung kepada menyuruh mereka berbuat apa jua yang dapat menghiburkan hati mereka termasuk mungkin juga meminum sebanyak mungkin minuman beralkohol yang mungkin dijual di dalam pesawat tersebut.

Sekurang-kurangnya mereka akan mati dalam keadaan gembira seperti mereka di dalam gambar berikut ini.


Sebab itu saya katakan, syaitan akan menjelma dalam berbagai rupa. Dan mereka bebas kembali menghasut anak Adam dengan berakhirnya Ramadhan.