AirAsia X: Jawapan Saya Kepada BERNAMA

Tengahari tadi pihak BERNAMA mengajukan soalan kepada saya mengenai pendapat sesetengah pihak yang mempertikaikan Juruterbang pesawat menggalakkan para penumpang penerbangan D7 237 untuk berdoa. Berikutnya adalah jawapan saya:

Untuk memahami keadaan krew dan pesawat kita perlu fahami jenis kecemasan yang dihadapi pesawat.

Pesawat jenis Airbus A330 sememangnya boleh berlepas, terbang dan mendarat dengan hanya menggunakan sebelah enjin. Namun ianya sekiranya bilah kipas enjin yang dipadamkan adalah berada dalam keadaan terimbang.
Dalam keadaan penerbangan AirAsia X D7 237 salah satu bilah kipas turbin telah patah dan menghentam salah satu oil pump dan merosakkan sistem hidraulik sebelum “ditelan” (ingested) oleh enjin. Apa lagi kerosakan yang dialami enjin tersebut tidak diketahui.
Ketidak seimbangan bilah kipas ini mengakibatkan gegaran teruk kepada rangka pesawat dan tindakan seterusnya ialah untuk juruterbang mematikan enjin tersebut dan berpatah balik.

Namun untuk dua jam seterusnya gegaran yang kurang sedikit kekuatannya masih berlaku kerana satu fenomena yang digelar “efek kincir angin” di mana bilah kipas tersebut diputarkan oleh angin akibat pesawat itu menujah ke hadapan.
Walau bagaimanapun, disebabkan ianya tidak berputar secara seimbang, satu lagi fenomena yang dikenali sebagai ‘dynamic spillage’ membentuk satu kon udara di hadapan enjin tersebut berlawanan dengan udara yang ditolak ke belakang oleh tujahan tersebut.
Keadaan ini boleh mengakibatkan kemungkinan ‘mounting bolt fatigue’ dan seterusnya tertanggalnya enjin tersebut. Ketidak seimbangan ini boleh berakhir dengan malapetaka besar.
Kehilangan enjin akan mengakibatkan kerosakan ‘fuel lines’, ‘electrical lines’ yang amat diperlukan oleh pesawat untuk terus terbang turun.
Kini rangka pesawat itu juga akan diberi pemeriksaan terperinci untuk menentukan ianya selamat untuk diterbangkan semula.
Juruterbang tersebut faham akan keadaan tersebut dan memberitahu para penumpang bahawa keadaan di geladak penerbangan adalah terkawal namun sekiranya ada yang ingin mendoakan keselamatan boleh berbuat sedemikian.
Apa peliknya berdoa sedangkan banyak lagi syarikat penerbangan yang memainkan video doa Musafir sebelum penerbangan termasuk British Airways untuk penerbangan khas Haji dan Umrah.
Lazimnya yang sering mempersoalkan keperluan doa adalah dari kalangan orang yang tidak beragama.

%d bloggers like this: