Banjir: Luaskan Minda Sepet Anda

Jikalau kita menyebut kepada orang yang berminda sepet akan dua perkara iaitu, pertama, peperangan di Timur Tengah boleh menyebabkan kenaikan harga minyak secara global; dan kedua, kenaikan harga minyak akan menyebabkan kenaikan harga barangan keperluan, mereka lebih tertumpu kepada perkara kedua dan tidak memperdulikan perkara pertama yang menjadi asas kepada perkara kedua.

Ini adalah kerana minda yang sepet lebih mengutamakan perkara yang lebih mempunyai pengaruh kepada kehidupan seharian mereka.

Maka, berbunyilah suara-suara sumbang apabila saya menulis mengenai Kenapa Tidak Isytihar Darurat Bencana semalam.

Perkara yang mereka nampak hanyalah mengenai urusan tuntutan insuran mungkin terjejas sekiranya Darurat Bencana diisytiharkan. Timbullah bijak pandai berminda sepet yang bertanya pula: “Berapa ramaikah di antara 160,000 mangsa banjir yang telah mengambil insuran untuk melindungi rumah dari bencana alam seperti banjir? Berapa ramaikah orang kampung yang telah mengambil perlindungan insuran untuk bencana banjir untuk pondok buruk mereka?”

Jawapannya ialah tidak ramai. Bahkan, saya mungkin boleh menyokong minda sepet mereka dengan mengatakan tiada langsung pondok buruk yang diinsurankan dengan perlindungan bencana banjir. Tetapi, untuk yang tidak tinggal di pondok buruk yang ada membuat perlindungan dari bencana banjir di dalam insuran am mereka, pengecualian tuntutan boleh dikenakan oleh syarikat-syarikat insuran, dan ini akan merugikan mereka.

Maka, minda yang sepet dengan segera bersuara menyatakan bahawa hanya mereka yang berkemampuan untuk menambahkan sejumlah 0.5% dari kos insuran mereka untuk perlindungan banjir sahaja yang akan menerima manafaat sekiranya Darurat Bencana tidak diisytiharkan. Jawapannya ialah: ITU TIDAK BENAR.

Hampir sepuluh hari yang Pada tahun lepas, satu pekeliling telah dikeluarkan untuk mangsa banjir di kalangan kakitangan kerajaan yang mempunyai pinjaman perumahan untuk membuat tuntutan insuran :

/home/wpcom/public_html/wp-content/blogs.dir/938/4219071/files/2014/12/img_0698.jpg

Bayangkan masalah yang boleh mereka hadapi sekiranya Darurat Bencana diisytiharkan.

Walaupun kuasa untuk mengisytiharkan Darurat Bencana berada di tangan Perdana Menteri atas nasihat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat, Perdana Menteri masih perlu berbincang dengan kerajaan di negeri-negeri terjejas untuk pengesahan keadaan darurat kerana kuasa kerajaan negeri-negeri tersebut mengikut undang-undang yang termaktub di bawah Perlembagaan Persekutuan masih wujud. Sekiranya kerajaan di negeri-negeri tersebut tidak merasakan bahawa sesuatu bencana itu sudah diluar kawalan, dan menyebabkan jumlah kemalangan jiwa yang amat besar, boleh menyebabkan keselamatan dan ketenteraman awam di negeri tersebut berada di luar kawalan, dan tidak lagi selamat untuk para pelabur untuk terus beroperasi di situ, maka bolehlah mereka bersetuju untuk mengisytiharkan darurat.

Walau bagaimanapun, tanpa mengisytiharkan Darurat Bencana, Kerajaan Persekutuan telahpun mengerahkan aset-aset di bawah jabatan-jabatan dan kementerian-kementeriannya untuk membantu dalam operasi bantuan bencana banjir bak kata orang kampung, “Beyond the call of duty.” Malah, segala kos operasi bantuan bencana banjir juga ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan Persekutuan, bukan oleh kerajaan di negeri-negeri terbabit.

Yang berminda sepet ini juga mahu Darurat Bencana diisytiharkan agar aset-aset Angkatan Tentera Malaysia dapat dikerahkan di negeri-negeri terbabit. Ingin saya bertanya aset apakah yang digunakan di dalam gambar-gambar berikut?

/home/wpcom/public_html/wp-content/blogs.dir/938/4219071/files/2014/12/img_0688.jpg

/home/wpcom/public_html/wp-content/blogs.dir/938/4219071/files/2014/12/img_0671.jpg

/home/wpcom/public_html/wp-content/blogs.dir/938/4219071/files/2014/12/img_0700.jpg

Tidakkah mereka nampak seramai 1,000 orang anggota tentera darat, 50 buah bot telah dikerahkan ke negeri Kelantan sahaja? Ini tidak termasuk aset-aset seperti bot-bot dan pesawat milik Tentera Udara dan Tentera Laut!

Itulah yang tidak ternampak oleh minda-minda sepet. Mereka hanya nampak perkataan insuran yang telah saya tulis, dan Perdana Menteri umumkan semalam.

Perkara kedua yang telah saya tulis dan tidak ternampak juga oleh minda-minda sepet ialah berkenaan para pelabur boleh mengeluarkan pelaburan mereka dari negeri-negeri terbabit sekiranya keadaan Darurat Bencana berlaku tanpa membayar sebarang kos kepada kerajaan negeri-negeri tersebut. Tetapi, seperti yang saya nyatakan di permulaan artikel ini, pelaburan asing tidak memberi kesan secara langsung kepada minda-minda sepet. Perkara seperti itu adalah terlalu rumit bagi mereka dan hanya kerajaan negeri sahaja yang patut memikirkan kesannya. Minda sepet hanya hendak tahu mengenai insuran yang mereka tidak beli, dan harga teh tarik yang mereka gemari sahaja. Sama ada saudara-mara, rakan-taulan mereka akan mempunyai pekerjaan setelah Darurat Bencana diisytiharkan bukan menjadi keutamaan mereka.

Oleh itu, saya amat berharap mereka yang waras dan mempunyai minda yang ufuknya luas, dapat memahami keadaan dan prihatin terhadap bukan sahaja sesuatu keadaan, tetapi juga bagaimana keadaan tersebut boleh memberi kesan langsung kepada orang-orang yang di penghujung ufuk pandangan dan minda mereka.

Itu sahaja harapan saya kerana yang sepet tetap akan mengatakan pandangan yang sepet itulah yang betul.

Kenapa Tidak Isytihar Darurat Bencana?

image

Di atas adalah petikan takrif “Darurat Bencana” yang menjadi tajuk perbualan ramai terutamanya apabila keadaan banjir di lima negeri terutamanya negeri-negeri pantai timur Semenanjung menjadi lebih teruk. Dari takrif tersebut yang diberikan melalui Arahan Majlis Keselamatan Negara No.20, jelas bencana banjir yang melanda kita sekarang masih tidak menepati kehendak maksud “Darurat Bencana.”

Namun, masih ramai yang merasakan bahawa Perdana Menteri harus mengisytiharkan Darurat Bencana tanpa mengetahui akibat pengisytiharaan keadaan tersebut.

Untuk yang  tanya kenapa tiada pengisytiharaan darurat bencana, berikut adalah jawapannya: Sekiranya diisytiharkan darurat, mana-mana perkara yang boleh dituntut melalui insurans, tidak akan boleh dituntut termasuklah insurans bangunan dan kenderaan yang diambil untuk premium bencana. Untuk masa ini, di Kelantan, keseluruhan pembiayaan kos banjir telah diambil alih oleh Kerajaan Persekutuan sepenuhnya melalui agensi-agensi Kerajaan. Jawatankuasa Pengurusan Bencana pun telah diambil alih oleh Kerajaan Persekutuan semalam hasil persertujuan pihak Kerajaan Negeri.

Ini adalah kerjasama Kerajaan Persekutuan dan Negeri di mana YAB MB Kelantan juga telah keluarkan kenyataan bahawa buat masa ini tiada keperluan untuk isytiharkan darurat dan semua pengisytiharan juga akan dibincangkan bersama dengan Kerajaan Persekutuan.

Pengisytiharan Darurat juga akan menyebabkan Kerajaan tidak boleh lagi menahan keluar pelabur yang telah membuat pelaburan sebelum ini di kawasan banjir tanpa apa-apa pampasan kepada pihak Kerajaan dan pekerja sekiranya tertakluk kepada perjanjian pelaburan.

Ia secara langsung beri impak kepada negeri tersebut.

Harap maklum.