Di atas adalah petikan takrif “Darurat Bencana” yang menjadi tajuk perbualan ramai terutamanya apabila keadaan banjir di lima negeri terutamanya negeri-negeri pantai timur Semenanjung menjadi lebih teruk. Dari takrif tersebut yang diberikan melalui Arahan Majlis Keselamatan Negara No.20, jelas bencana banjir yang melanda kita sekarang masih tidak menepati kehendak maksud “Darurat Bencana.”
Namun, masih ramai yang merasakan bahawa Perdana Menteri harus mengisytiharkan Darurat Bencana tanpa mengetahui akibat pengisytiharaan keadaan tersebut.
Untuk yang tanya kenapa tiada pengisytiharaan darurat bencana, berikut adalah jawapannya: Sekiranya diisytiharkan darurat, mana-mana perkara yang boleh dituntut melalui insurans, tidak akan boleh dituntut termasuklah insurans bangunan dan kenderaan yang diambil untuk premium bencana. Untuk masa ini, di Kelantan, keseluruhan pembiayaan kos banjir telah diambil alih oleh Kerajaan Persekutuan sepenuhnya melalui agensi-agensi Kerajaan. Jawatankuasa Pengurusan Bencana pun telah diambil alih oleh Kerajaan Persekutuan semalam hasil persertujuan pihak Kerajaan Negeri.
Ini adalah kerjasama Kerajaan Persekutuan dan Negeri di mana YAB MB Kelantan juga telah keluarkan kenyataan bahawa buat masa ini tiada keperluan untuk isytiharkan darurat dan semua pengisytiharan juga akan dibincangkan bersama dengan Kerajaan Persekutuan.
Pengisytiharan Darurat juga akan menyebabkan Kerajaan tidak boleh lagi menahan keluar pelabur yang telah membuat pelaburan sebelum ini di kawasan banjir tanpa apa-apa pampasan kepada pihak Kerajaan dan pekerja sekiranya tertakluk kepada perjanjian pelaburan.
Ia secara langsung beri impak kepada negeri tersebut.
Harap maklum.
2 Replies to “Kenapa Tidak Isytihar Darurat Bencana?”
Comments are closed.