Undang-undang di Malaysia adalah hasil pergabungan di antara akal, adat dan ugama. Adat adalah merupakan kanun yang tidak bertulis yang dijadikan pegangan hidup oleh orang-orang Melayu sejak dari dahulu lagi. Untuk dijadikan pegangan rasmi, maka adat diterjemahkan kepada undang-undang bertulis, dan digabungkan dengan akal dan syarak sepertimana yang terdapat dalam undang-undang terdahuu seperti Undang-Undang 99 Negeri Perak dan Undang-Undang Darat/Laut negeri Melaka yang berlandaskan adat dan syariah.
Maka, undang-undang syariah di Tanah Melayu ini telah wujud sebelum pihak Inggeris memperkenalkan undang-undang sivil untuk digunapakai pihak pentadbir selain hal ehwal adat istiadat Melayu dan agama Islam.

Semalam, kita dikejutan sekali lagi oleh bekas tahanan ISA Kassim Ahmad yang berkata kerajaan tidak sepatutnya campur tangan dalam hal ehwal agama.
Beliau berkata sedemikian dalam satu artikel portal Malaysian Insight yang bertajuk “Kerajaan Tak Perlu Campurtangan Urusan Islam, kata Kassim.”
Kassim berkata, adalah perlu untuk meminda Perlembagaan Persekutuan dengan mengeluarkan “Islam adalah agama Persekutuan.”
Portal yang dikendalikan oleh Jahabar Sadiq yang didakwa oleh portal Malaysia Today sebagai dibiayai oleh parti DAP itu memberi gelaran “Sarjana Islam” kepada Kassim yang terkenal dengan pendirian anti-Hadithnya.
Kassim pernah ditahan oleh pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) atas dakwaan menghina Islam dan mengingkari pihak berkuasa agama pada tahun 2015 dalam satu seminar bertajuk “Seminar Pemikiran Kassim Ahmad: Satu Penilaian” yang turut dihadiri oleh U-Turn Mahathir.
Kassim pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada November 1976 kerana berfahaman sosialis komunis. Fahaman ini didokongi beliau sejak zaman universiti lagi apabila menganggotai Kelab Sosialis Universiti semasa menuntut di Universiti Malaya Singapura.

Pada 23 Mac 1979, P Patto dari parti DAP telah menyoal Allahyarham (Tan Sri ketika itu) Ghazali Shafie selaku Menteri Dalam Negeri mengenai tahanan Kassim. Ghazali berkata adalah masih perlu bagi penahanan Kassim di bawah ISA diteruskan.
Namun, dua minggu setelah menjawat jawatan Perdana Menteri, U-Turn Mahathir merupakan orang yang menandatangani arahan pada 30 Julai 1981 supaya Kassim Ahmad dibebaskan.
Kassim adalah pelopor anti-Hadith yang sering menggunakan alasan bahawa hadith telah ditulis sekitar 200 tahun selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW. Fahaman beliau ini berlandaskan penulisan Dr Rashad Khalifa dari Mesir dalam sebuah buku bertajuk “The Computer Speaks: God’s Message to the World.”
Buku ini memberikan bukti-bukti secara saintifik bahawa Al-Quran tidak memerlukan sokongan Hadith kerana telah cukup memadai untuk dijadikan rujukan pedoman umat Islam.
Rashad Khalifa adalah pengasas United Submitters International, sebuah gerakan Qur’aniyun yang menolak hadith. Rashad juga mendakwa diri beliau sebagai seorang nabi dan mendakwa juga telah diberitahu oleh Jibril bahawa Ayat 3 Surah Yasin adalah merujuk kepada beliau (Rashad).
Fahaman Rashad juga tidak jauh dari seorang lagi “Sarjana Islam” dari Hungary iaitu Ignác Goldziher. Goldziher, atau nama sebenarnya Yitzhak Goldziher adalah seorang Sarjana dari budapest berbangsa Yahudi.

Goldziher pernah menulis kajian beliau bertajuk Muhammedanische Studien pada tahun 1890 yang mendakwa hadith adalah rekaan manusia 200 tahun setelah kewafatan Nabi Muhammad SAW. Dakwaan Goldziher ini disangkal oleh Patricia Crone pada tahun 2002 dalam buku beliau bertajuk Roman, Provincial and Islamic Law terbitan Cambridge University Press.
Berdasarkan ajaran Rashad, Kassim telah menolak Hadith sebagai bida’ah yang direka manusia setelah kewafatan Nabi Muhammad SAW dan punca perpecahan umat Islam. Maka hadith adalah ajaran sesat yang diada-adakan oleh manusia.
Sedangkan pakar hadith dari Universiti King Saud, Muhammad Mustafa Al-A’zami, membuktikan bahwa penulisan hadith sudah dimulai sejak Nabi Muhammad SAW masih hidup.
Sahabat-sahabat Nabi yang telah menulis hadith termasuk Umul Mu’minin Aisyah, Abdullah bin Abbas, Jabir bin Abdullah, Abdullah bin Amr bin Al-Asy, Umar bin Khattab dan Ali bin Abi Thalib.
Dan orang seperti Kassim ini boleh diberi gelaran “Sarjana Islam” oleh portal Malaysian Insight dalam artikel yang menghina agama Islam dan mempersoalkan kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan Malaysia.
Orang yang sesat lagi menyesatkan inilah juga yang disokong rakan seperjuangan beliau.

Tidaklah menghairankan kerana U-Turn Mahathir juga pernah menyokong buku tulisan Kassim bertajuk “Hadis: Satu Penilaian Semula” yang pernah diharamkan oleh Majlis Fatwa pada tahun 1986.

Kassim juga setakat gagalkan mengemukakan bukti bahawa perpecahan umat Islam adalah akibat Hadith dan bukan politik. Beliau yang gemar menggunakan ayat-ayat Al-Quran tertentu bagi menguatkan hujah beliau telah dengan sengaja tidak mengutarakan sekali Firman Allah SWT dalam surah An-Nahl ayat 64 iaitu:
“Dan Kami tidak menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Al-Kitab (Al Quran) ini, melainkan agar kamu dapat menjelaskan kepada mereka apa yang mereka perselisihkan itu dan menjadi petunjuk dan rahmat bagi kaum yang beriman.”
Adakah golongan Qur’aniyun ini akan menidakkan Firman Allah SWT seperti di atas?
You must be logged in to post a comment.