Otak Katak Puru

Katak Puru adalah di antara lima binatang terbodoh di dunia. Walaupun saiznya yang besar yang bermakna saiz otaknya juga besar, ianya amat bodoh. Ianya dikatakan terbodoh kerana tidak dapat membezakan di antara haiwan lain yang masih hidup mahupun yang telah mati, terutamanya di musim mengawan.

Di Australia, Katak Puru jantan jenis Cane Toad biasa dilihat cuba bersenyawa berjam-jam lamanya dengan Katak Puru betina yang telah penyet digelek tayar kereta. Dan kebodohannya tidak terhad hanya kepada katak puru lain, ianya juga pernah dilihat cuba bersenyawa dengan cicak kobeng yang sudah mati, ular yang sudah mati, dan juga tikus yang telah dilenyek tayar kenderaan.

Dan kegigihan katak puru ini cuba bersenyawa dengan haiwan yang telah mati dapat dilihat apabila ia sanggup menghabiskan masa berjam-jam untuk menarik minat haiwan-haiwan yang telah mati ini untuk bersenyawa dengannya.

Begitulah keadaannya dengan segelintir haiwan bergelar manusia di Malaysia ini. Tengahari tadi saya disajikan dengan hiburan Whatsapp dari seekor katak puru versi manusia yang bekerja sebagai seorang jurutera di salah sebuah syarikat minyak dan gas swasta terkemuka.

Berikut adalah mesej Whatsapp yamg dikirim beliau dalam grup Whatsapp kami:

“Zahid Hamidi said : “Forget the past and vote BN.”

Maksudnya, lupakan yang telah lepas dan undi lah BN.

Eh, 1MDB bukan sejarah… GST bukan sejarah… Harga ikan kembong RM21 sekilo bukan sejarah…. Harga barang keperluan naik melambung bukan sejarah… Kenaikan harga petrol dan diesel bukan sejarah….

Orang UMNO kata, harga petrol dan diesel bergantung kepada harga minyak dunia….

Bila kita tanya berapa harga minyak dunia sekarang…? haram tak tahu….

Harga minyak dunia sekarang ialah USD68.85 per barrel.

1 barrel tu banyak mana…? 1 barrel = 159 liter.

USD68.85 = RM268.14

Jadi, 159 liter = RM268.14

Jadi, 1 liter = RM1.68

Harga sepatutnya : RM1.68/liter

Itu harga yang sepatutnya, tanpa subsidi dari kerajaan… iaitu RM1.68 seliter, kalau nak ikut harga pasaran dunia.

Tapi berapa harga runcit yang dijual kepada rakyat sekarang…? RM2.31 seliter…!!!

RM2.31 – RM1.68 = RM0.63

Jadi, sebenarnya rakyat yang memberi subsidi kepada kerajaan sebanyak RM0.63 bagi setiap 1 liter petrol yang dibeli….!! Sekarang…!!

Ini yang Zahid suruh rakyat lupa….?”

———————————————————–

Kalau mesej ini datangnya dari seorang pelajar sekolah, saya boleh maafkan. Tetapi ianya datang dari seorang jurutera syarikat minyak dan gas. Beliau hanya mengambil kira harga minyak mentah, dan tidak mengambil kira kos-kos lain.

Setelah minyak dikeluarkan dari perut bumi melalui proses penggerudian, minyak mentah yang dikeluarkan ini diuji tahap kelekitan (kepadatan) dan tahap kandungan sulfur. Minyak mentah yang padat dan tinggi kandungan sulfur adalah sukar untuk ditapis.

Minyak mentah ini dibawa ke loji-loji penapisan untuk ditapis. Kos pengangkutan ini juga perlu diambil kira.

Kemudian kita ada kos penapisan. Dari setiap barrel minyak tersebut, ianya ditapis untuk menghasilkan bahan-bahan seperti minyak pelincir, tar untuk membuat jalan, gas penapis cecair, minyak kapalterbang dan hanya sekitar 51 peratus menjadi minyak petrol dan disel. Setiap jenis penapisan mempunyai kosnya yang tersendiri yang mesti juga diambil kira.

Kemudian, minyak yang telah diproses ini perlu dihantar kepada para pemborong atau terminal penapis. Ini juga mempunyai kosnya.

Minyak ini kemudiannya diedar kepada para pengedar di mana ia dicampur dengan bahan campuran (additives). Ini melibatkan dua jenis kos.

Akhirnya, minyak ini dijual kepada stesen-stesen minyak kepunyaan syarikat-syarikat minyak terkemuka dan pengedar terbuka. Kos penghantaran juga mesti diambil kira.

Sebelum ianya dipam dari stesen minyak ke dalam kenderaan kita, kos dan keuntungan pengusaha stesen minyak juga perlu diambil kira.

Jadi, berapakah kos akhir yang dikenakan kepada para pengguna setelah semua kos proses-proses di atas diambil kira? Sudah tentu bukan RM1.68 seliter.

Hal ini pernah dibangkitkan sejak tiga tahun lepas dan telah diterangkan beratus atau beribu kali. Kalau ini kaedah perkiraan yang digunakan, kenapa tak guna harga susu getah bila membeli tayar kereta?

Namun ianya masih dikongsikan okeh mereka-mereka yang berkelulusan tinggi yang seperti katak puru tadi, masih cuba menghidupkan isu yang sudah mati.

Yang Tinggal Hanyalah Kekosongan Di Antara Sepasang Telinga

Beruk cimpanzi mempunyai nilai IQ bersamaan 40.  Manusia yang normal mempunyai IQ di antara 90 hingga 109.  Sekiranya anda mempunyai IQ yang kurang dari 80, maka IQ anda hanya sedikit lebih baik dari IQ seekor cimpanzi. Oleh sebab itu cimpanzi mudah diajar menggunakan “flash cards” ataupun “kotak.”  Mari kita tonton video ini:

http://www.youtube.com/watch?v=r5nTVF3uits

Seronok, kan?

Baiklah.  Pada hari ini saya ingin menceritakan bagaimana Malaysia dikatakan telah menjual PETRONAS ataupun Projek RAPID di Pengerang kepada Arab Saudi sepertimana yang dinyatakan oleh beberapa tokoh Pakatan termasuk dengan para penyokong mereka.

Contoh pertama:

Cuba teka. Berapakah nilai IQ makhluk ini?
Cuba teka. Berapakah nilai IQ makhluk ini?

Adakah Malaysia telah menjual sebanyak 50 peratus saham Projek RAPID seperti yang didakwa oleh makhluk di atas?

Kita katakan kotak di bawah mewakili keseluruhan Projek RAPID:

square

Projek RAPID ini membabitkan pembinaan kilang penapis minyak mentah, pemisah nafta yang akan menghasilkan kira-kira tiga juta tan etilena, propilena, C4 dan C5 olefin (melalui proses yang dikenali sebagai “cracking”) setahun dan sebuah kompleks polimer dan petrokimia yang boleh mengeluarkan pelbagai bahan kimia berkaitan.

Projek ini juga mengandungi projek pembinaan terminal laut dalam, terminal regasifikasi (penukaran cecair kepada gas), terminal LNG, projek unit pengasing udara, projek pembekalan air mentah dan lain-lain.

Supaya cimpanzi-cimpanzi faham dengan lebih mudah, kita bahagikan kotak di atas kepada empat seperti di bawah:

boxes

Sekarang kotak di atas dibahagikan kepada A, B, C dan D yang mewakili kesemua projek-projek yang saya sebutkan di atas, yang dijalankan atau bakal dijalankan di Projek RAPID.

Untuk memudahkan cimpanzi-cimpanzi memahami perwakilan petak-petak kecil di atas, kita katakan bahawa projek penapisan minyak mentah dan “cracking” adalah diwakili oleh Petak ‘C’.  Secara kebetulan, huruf ‘C’ juga ialah huruf awalan untuk Cimpanzi.

Saudi Aramco telah membeli sebanyak 50 peratus dari saham Petak ‘C’ dengan nilai RM31 billion.  Maka, Petak ‘C’ kini menunjukkan pegangan saham sebanyak 50 peratus milik Saudi Aramco dan 50 peratus lagi milik PETRONAS.

boxes

Soalan saya sekarang ialah, bagaimana makhluk di atas, yang mewakili makhluk-makhluk yang sewaktu dengannya, boleh mencanangkan penipuan bodoh bahawa Projek RAPID kini 50 peratus milik Saudi?

Kebodohan ini juga terbit semasa makhluk-makhluk tersebut mencanangkan bahawa satu aset strategik tentera telah dijual kepada China. Bila terbukti bahawa dakwaan mereka itu satu penipuan yang nyata, mereka marah, tetapi tidak boleh memberi hujah berfakta untuk menidakkan kebodohan mereka itu.

Yang canang bodoh, yang sokong pencanang pun sama bodoh.

Saya kira anda faham dengan penjelasan mudah yang telah diberikan di atas.  Saya yakin anda mempunyai nilai IQ sebanyak 90 ataupun lebih.

Cimpanzi pun mungkin akan faham sebab saya menggunakan contoh kotak, iaitu satu cara paling berkesan untuk mengajar cimpanzi.

Sekiranya tidak, samalah anda dengan makhluk di atas, dan di bawah.

Apa yang tinggal brader?
Apa yang tinggal brader?