Katak Puru adalah di antara lima binatang terbodoh di dunia. Walaupun saiznya yang besar yang bermakna saiz otaknya juga besar, ianya amat bodoh. Ianya dikatakan terbodoh kerana tidak dapat membezakan di antara haiwan lain yang masih hidup mahupun yang telah mati, terutamanya di musim mengawan.
Di Australia, Katak Puru jantan jenis Cane Toad biasa dilihat cuba bersenyawa berjam-jam lamanya dengan Katak Puru betina yang telah penyet digelek tayar kereta. Dan kebodohannya tidak terhad hanya kepada katak puru lain, ianya juga pernah dilihat cuba bersenyawa dengan cicak kobeng yang sudah mati, ular yang sudah mati, dan juga tikus yang telah dilenyek tayar kenderaan.
Dan kegigihan katak puru ini cuba bersenyawa dengan haiwan yang telah mati dapat dilihat apabila ia sanggup menghabiskan masa berjam-jam untuk menarik minat haiwan-haiwan yang telah mati ini untuk bersenyawa dengannya.
Begitulah keadaannya dengan segelintir haiwan bergelar manusia di Malaysia ini. Tengahari tadi saya disajikan dengan hiburan Whatsapp dari seekor katak puru versi manusia yang bekerja sebagai seorang jurutera di salah sebuah syarikat minyak dan gas swasta terkemuka.
Berikut adalah mesej Whatsapp yamg dikirim beliau dalam grup Whatsapp kami:
“Zahid Hamidi said : “Forget the past and vote BN.”
Maksudnya, lupakan yang telah lepas dan undi lah BN.
Eh, 1MDB bukan sejarah… GST bukan sejarah… Harga ikan kembong RM21 sekilo bukan sejarah…. Harga barang keperluan naik melambung bukan sejarah… Kenaikan harga petrol dan diesel bukan sejarah….
Orang UMNO kata, harga petrol dan diesel bergantung kepada harga minyak dunia….
Bila kita tanya berapa harga minyak dunia sekarang…? haram tak tahu….
Harga minyak dunia sekarang ialah USD68.85 per barrel.
1 barrel tu banyak mana…? 1 barrel = 159 liter.
USD68.85 = RM268.14
Jadi, 159 liter = RM268.14
Jadi, 1 liter = RM1.68
Harga sepatutnya : RM1.68/liter
Itu harga yang sepatutnya, tanpa subsidi dari kerajaan… iaitu RM1.68 seliter, kalau nak ikut harga pasaran dunia.
Tapi berapa harga runcit yang dijual kepada rakyat sekarang…? RM2.31 seliter…!!!
RM2.31 – RM1.68 = RM0.63
Jadi, sebenarnya rakyat yang memberi subsidi kepada kerajaan sebanyak RM0.63 bagi setiap 1 liter petrol yang dibeli….!! Sekarang…!!
Ini yang Zahid suruh rakyat lupa….?”
———————————————————–
Kalau mesej ini datangnya dari seorang pelajar sekolah, saya boleh maafkan. Tetapi ianya datang dari seorang jurutera syarikat minyak dan gas. Beliau hanya mengambil kira harga minyak mentah, dan tidak mengambil kira kos-kos lain.
Setelah minyak dikeluarkan dari perut bumi melalui proses penggerudian, minyak mentah yang dikeluarkan ini diuji tahap kelekitan (kepadatan) dan tahap kandungan sulfur. Minyak mentah yang padat dan tinggi kandungan sulfur adalah sukar untuk ditapis.
Minyak mentah ini dibawa ke loji-loji penapisan untuk ditapis. Kos pengangkutan ini juga perlu diambil kira.
Kemudian kita ada kos penapisan. Dari setiap barrel minyak tersebut, ianya ditapis untuk menghasilkan bahan-bahan seperti minyak pelincir, tar untuk membuat jalan, gas penapis cecair, minyak kapalterbang dan hanya sekitar 51 peratus menjadi minyak petrol dan disel. Setiap jenis penapisan mempunyai kosnya yang tersendiri yang mesti juga diambil kira.
Kemudian, minyak yang telah diproses ini perlu dihantar kepada para pemborong atau terminal penapis. Ini juga mempunyai kosnya.
Minyak ini kemudiannya diedar kepada para pengedar di mana ia dicampur dengan bahan campuran (additives). Ini melibatkan dua jenis kos.
Akhirnya, minyak ini dijual kepada stesen-stesen minyak kepunyaan syarikat-syarikat minyak terkemuka dan pengedar terbuka. Kos penghantaran juga mesti diambil kira.
Sebelum ianya dipam dari stesen minyak ke dalam kenderaan kita, kos dan keuntungan pengusaha stesen minyak juga perlu diambil kira.
Jadi, berapakah kos akhir yang dikenakan kepada para pengguna setelah semua kos proses-proses di atas diambil kira? Sudah tentu bukan RM1.68 seliter.
Hal ini pernah dibangkitkan sejak tiga tahun lepas dan telah diterangkan beratus atau beribu kali. Kalau ini kaedah perkiraan yang digunakan, kenapa tak guna harga susu getah bila membeli tayar kereta?
Namun ianya masih dikongsikan okeh mereka-mereka yang berkelulusan tinggi yang seperti katak puru tadi, masih cuba menghidupkan isu yang sudah mati.
You must be logged in to post a comment.