Isu Pangkalan Udara Strategik

ISU PANGKALAN UDARA STRATEGIK

Nampaknya sedang tular di media sosial video Majlis Paluan Berundur ATM dari Kem TUDM Sungai Besi, Kuala Lumpur sehingga ada pihak yang membangkitkan isu bahawa kem tersebut telah dijual kepada China. Sesungguhnya, ia dakwaan yang tidak berasas sama sekali. Baca penjelasan berikut untuk mengetahui fakta sebenar.

1. Pemindahan TUDM Kuala Lumpur ke Pangkalan Udara Sendayan dibuat berdasarkan faktor rasionalisasi daripada aspek operasi dan keselamatan, dan juga TUDM Kuala Lumpur sudah terlalu lama dan usang, dibangun sejak tahun 1940-an.

2. Operasi penerbangan di TUDM Kuala Lumpur tidak berapa selamat disebabkan kepesatan pembangunan Bandaraya Kuala Lumpur, dengan adanya bangunan tinggi dan kepadatan penduduk.

3. Kawasan TUDM Kuala Lumpur amat terdedah dengan ancaman luar disebabkan lokasi berhampiran lebuhraya dan kawasan perumahan. Dengan ancaman yang ada sekarang ini, ia boleh dilancarkan daripada kawasan-kawasan tersebut.

4. Pendedahan TUDM Kuala Lumpur kepada umum turut menyukarkan pihak TUDM untuk memberi perlindungan mantap sebagai kawasan operasi ketenteraan kerana terdedah kepada aktiviti pengintipan.

5. PU Sendayan & 31 Rejimen Artileri Kem Tun Ibrahim, Kajang adalah antara tapak-tapak relokasi TUDM Kuala Lumpur. Penempatan di beberapa pangkalan udara yang ada adalah mengikut misi dan kesesuaian seperti yang dibuat di PU KL sebelum ini.

6. Ini adalah kali pertama sebuah Pangkalan Udara (Sendayan) dibina untuk keselesaan para pegawai dan anggota TUDM di mana mereka akan mendapat kawasan kerja, kediaman dan infrastruktur yang baru untuk memberi sokongan atas misi-misi latihan TUDM. Selain itu, dengan adanya PU Sendayan ini, TUDM akan dapat menempatkan pusat latihan TUDM di mana buat masa ini latihan-latihan tersebut berpecah dan ada yang dibuat di Subang, Alor Star serta di Kinrara.

7. PU Sendayan ini apabila siap dibina dapat menyatukan TUDM yang akan meletakkan semua ini di bawah satu bumbung bagi tujuan uniformiti dan latihan manakala perintah dan kawalan akan menjadi lebih berkesan.

ISU KEHILANGAN ASPEK SEJARAH PU KUALA LUMPUR

1. Sejarah TUDM Kuala Lumpur akan dikekalkan selepas dipindahkan ke PU Sendayan kerana ia merupakan landasan antarabangsa yang pertama digunakan semasa zaman kemerdekaan. TUDM akan memelihara artifak-artifak sejarah TUDM Kuala Lumpur ini di muzium TUDM. Ini akan dilakukan bagi memastikan sejarah TUDM tidak akan terlupus.

ISU PROJEK BANDAR MALAYSIA DIKUASAI SYARIKAT CHINA

1. Dakwaan kononnya projek Bandar Malaysia di bekas TUDM Kuala Lumpur di ibu negara dikuasai oleh syarikat China kini bukan lagi isu. Sebaliknya tapak strategik seluas 198 hektar itu dikuasai 100% Kementerian Kewangan, berikutan terbatal perjanjian jualan saham (SSA) Bandar Malaysia dengan pihak pemegang saham projek tersebut sebelumnya.

2. TRX City, dengan mengambil kira kepentingan nilai tanah Bandar Malaysia, akan mengekalkan pemilikan penuh terhadap kawasan itu demi memastikan rakyat Malaysia meraih manfaat hasil pembangunannya.

3. Adalah fitnah berniat jahat dengan mengatakan kem TUDM KL diserah kepada Cina dari China.

RUMUSAN

1. Adalah tidak benar kerajaan mengenepikan sejarah penting negara dengan menyerahkan Pangkalan Udara Kuala Lumpur kepada pihak pemaju untuk dibangunkan. Banyak sejarah dan artifak TUDM akan dipelihara untuk pengetahuan generasi akan datang.

2. PU Kuala Lumpur telah hilang nilai strategiknya dan tidak sesuai lagi untuk menempatkan unit-unit tentera. Kedudukannya juga menjadikan pengintipan dan serangan oleh musuh menjadi begitu mudah.

3. Angkatan Tentera Malaysia memperolehi kemudahan-kemudahan yang jauh lebih baik dan bersesuaian setelah perpindahan ini berlaku.

4. Malaysia bukan satu-satunya negara yang menutup pangkalan-pangkalan tentera. United Kingdom telah dan bakal menutup sebanyak 56 pangkalan-pangkalan tentera termasuk Woolwich Barracks dan Fort George yang berusia hampir 300 tahun dan kaya dengan unsur-unsur sejarah. Berbeza dengan Malaysia, penutupan pangkalan-pangkalan tentera di UK tidak melibatkan sebarang penggantian.

Oleh itu janganlah kita mempolitikkan pertahanan negara dan hargai Angkatan Tentera Malaysia serta hak mereka untuk bertugas dan tinggal di pangkalan-pangkalan yang jauh lebih moden dan selesa sesuai dengan tugas mereka yang berat untuk menjaga kemananan, kesejahteraan dan kedaulatan negara.

Adakah Pakatan Bercadang Untuk Mensabotaj FELDA?

Satu delegasi Pakatan yang digambarkan diketuai oleh ‘Perdana Menteri’ Mahathir telah bertemu dengan 14 orang duta dari negara-negara European Union (EU).

Delegasi Pakatan tersebut yang juga dianggotai oleh Saifuddin Abdullah, Tan Kok Wai, Xavier Jeyakumar dan Mat Sabu telah membuat pertemuan tersebut di kediaman Duta dan Ketua Delegasi EU ke Malaysia, Maria Castillo Fernández.

Dalam perbincangan tersebut, Mat Sabu dikatakan telah mencadangkan agar Malaysia didesak untuk membenarkan negara-negara EU tersebut menerima pemerhati semasa pilihanraya umum yang akan datang.

Apa yang kita ketahui ialah negara-negara EU telah melarang minyak sawit dari diperdagangkan di negara-negara mereka untuk pembuatan biodiesel dua hari yang lepas. Langkah ini bukan sahaja menjejaskan para peneroka FELDA serta para pekebun kecil di Malaysia, malah juga para peneroka dan pekebun kecil di negara jiran kita, Indonesia.

Persoalannya sekarang ialah adakah Pakatan Harapan, dalam kegilaannya untuk merampas tampuk kuasa, telah bersekongkol dengan EU untuk memberi tekanan terhadap kerajaan Barisan Nasional?

Jika kita ambil kira kesanggupan Mahathir untuk menjilat ludahnya sendiri serta bersekongkol dengan mereka yang lazim memburuk-burukkan Raja, Islam dan institusi-institusi Melayu, tidak menjadi pelik sekiranya benar mereka bersekongkol dengan negara luar untuk menjahanamkan ekonomi negara.

The China Mahathir So Loved

stock-photo-lawatan-rasmi-perdana-menteri-datuk-seri-mahathir-mohamad-ke-china-158640
Mahathir visiting China in 1985 (courtesy of Penerangan Malaysia)

The ‘Ping Pong Diplomacy’ between Malaysia and China that happened in 1971 was a marked departure from the policy on China set by Tunku Abdul Rahman.  While Tunku blamed China for its support for the Communist Party of Malaya (CPM), Tun Abdul Razak saw it necessary to engage China to end its support for the CPM.

When Mahathir took over the premiership in 1981, he placed importance on economic development and not so much foreign policy.  Three years earlier, Deng Xiao Ping had also placed China under a process of economic modernisation.  However, although there was an increase in bilateral economic and trade exchanges with China, the percentage of that compared to the overall trade declined.  In the 10 years since the beginning of formal diplomatic relations, economic and trade exchanges between the two countries was at 3.5 percent of Malaysia’s total trade.  This number fell to just 1.5 percent in 1984 (Stephen Leong, “Malaysia and the People’s Republic of China in the 1980s: Political Vigilance and Economic Pragmatism”, Asian Survey, Vol. 27, No. 10, October 1987, p.1114).

In a speech at Qing Hua University, Beijing in November 1985, an alarmed Mahathir said: “My own country`s bilateral trade with China has in fact declined since 1980 and this is despite the widely held view that China`s modernisation would increase the opportunities for trade and economic links.”

Mahathir saw China as a very important partner that could help the modernisation of Malaysia’s economy so much so that the delegation that he brought with him on that first visit in 1985 was huge. In a speech given during that visit he said:

I have brought with me a large delegation of leading Malaysian entrepreneurs and businessmen. It is my hope that with your cooperation they would be able to fully explore further opportunities for trade and economic cooperation.

Mahathir made six other visits to China between 1993 and 2001, a display of the importance of China in his economic policies.  A year after he began his administration, trade with China stood at USD307 million.  This jumped to USD1.4 billion ten years later.  A year before he stepped down, it was at USD14 billion.

Mahathir led another large trade delegation to China in 1993 and 1994 with China returning the favour towards the end of 1994.  Of China’s communist ideology, Mahathir in his speech during the 2nd Malaysia-China Forum in Beijing in August 1996 said:

China has come in for special attention. For years it had been condemned for being Communist and isolationist, practising a close centrally planned economy. Now it has opened up and has adopted a version of the universally acclaimed market system. Instead of being welcomed to the fold, it is looked upon with fear and suspicion. The World Bank has sounded the alarm by predicting that China will emerge in the 21st Century as the greatest world economic power. And fear of China has mounted.”

stock-photo-lawatan-rasmi-perdana-menteri-datuk-seri-mahathir-mohamad-ke-china-332796
Mahathir’s visit to China (courtesy of Penerangan Malaysia)

Hence, we can see that it has never bothered Mahathir that China is a communist country, and working with China does not turn a country into a communist one.  China was so important to Mahathir that he wanted to see his proposal for a regional consultative group, namely the East Asia Economic Group (EAEG) take flight with US and US-leaning countries accepting China.  This, however, was not to be.  To his dismay, Japan refused as it was closely linked to the USA which had formed APEC; South Korea refused as the EAEC proposed by Mahathir would have placed Japan at the centre of the organisation.

During the Asian Financial Crisis of 1997-98, the Chinese Government assumed a highly responsible attitude. It provided assistance to all the affected countries including Malaysia within the framework of the IMF arrangements and through bilateral channels.  The decision of not devaluating the Renminbi, for which China paid a high price, assisted ASEAN countries affected by the crisis to pull through.

During his visit to China in August 1999, Mahathir thanked China in his speech:

China`s concern for the well-being of East Asia in the financial crisis has been most laudable. The regional economies and the global community at large greatly appreciate China`s decision — despite strong pressures — not to devalue the Yuan. Beijing`s cooperation and high sense of responsibility has spared the region of a much worse consequence. Renminbi devaluation would almost certainly result in a new round of currency devaluation by the affected economies.”

The crisis had brought both Malaysia and China closer together, both Mahathir and China promised better cooperation.  In June 1999, Malaysia and China agreed to invest around USD2.5 billion to develop a Trans-Asia Railway from Singapore to Kunming passing, without doubt, through Malaysia.  Mahathir welcomed China to play an active role in the railroad construction.

When Premier Zhu Rongji visited Malaysia in November 1999, an overwhelmed Mahathir said in his speech:

We appreciate the decision of the PRC to participate in the pulp and paper projects in Sabah. I understand that this project is valued at RM4.3 billion is the PRC’s largest investment in the region. We hope as many PRC companies will try to explore the investment opportunities available in Malaysia.”

However, it is so wrong now for China to help Malaysia build the East Coast Rail Link (ECRL).  Every single investment by China in Malaysia is seen as ‘selling away our rights and sovereignty’ but it was not the case back then.

I often wonder if Mahathir is jealous that Najib Razak is doing better, or if he (or his agents) is not getting a slice of the cake?  He seems to be the only one making noise about China’s investments in Malaysia although, at less than three percent of the total FDI, is at the 10th place of the largest Foreign Direct Investments in Malaysia – the largest being Singapore.  Why is China being made the scapegoat?

stock-photo-lawatan-rasmi-perdana-menteri-datuk-seri-mahathir-mohamad-ke-china-336069
Mahathir, Siti Hasmah, and a very young Marina visit the Great Wall of China. We wonder what post Marina held that she tagged along on an official trip and if she had travelled by normal flights herself as Najib’s family did. If not, who foot her bill for her? (courtesy of Penerangan Malaysia)

Which is why DAP supremo Lim Kit Siang has been silent on the issue of Forest City for the longest time – as he can see how it benefits his parliamentary constituency, very much unlike Mahathir whose hatred for Najib surpasses the needs of his political partners and voters.

During a conference on Assessing ASEAN’s Readiness by Country at the Napalai Ballroom, Dusit Thani hotel in Bangkok on 17 September 2013, the nonagenarian said:

We have been trading with China for almost 2,000 years. China was very big, most developed nation in the past, they could have conquered us but they didn’t. They came and lived in Malaysia but they didn’t conquer us. And I don’t want to be in any confrontation with China. China is a good trading nation with 1.4 billion people.

And suddenly after 2,000 years of peaceful co-existence, just because Najib Razak is now the Prime Minister of Malaysia, the China that Mahathir so loved wants to invade us?

That, to me, sounds blatant hypocrisy.

(This posting was first published by The Mole)

Pakatan Hampas

Kerajaan Persekutuan berhasrat untuk membina sejuta rumah mampu milik di semua negeri di Malaysia, termasuk di negeri-negeri yang ditadbir oleh Pakatan Harapan.  Namun, nilai hartanah yang tinggi, terutamanya di negeri-negeri di bawah pentadbiran Pakatan Harapan, menjadi batu penghalang hasrat tersebut.

Masalah Di Selangor

Semasa di bawah pentadbiran Barisan Nasional, rumah mampu milik merupakan tanggungjawab badan-badan kerajaan negeri seperti Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).  Namun, sejak pentadbiran diambil alih oleh Pakatan Rakyat pada tahun 2008, PKNS bertukar menjadi sebuah agensi yang mengejar keuntungan.

Pebangunan hartanah merupakan sumber hasil bagi kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan melalui yuran tukar penggunaan tanah, pembahagian-pembahagian kecil dan lain-lain hal berkenaan dengan tanah.  Kesemua kos-kos ini telah meningkat sejak pengambil alihan pentadbiran oleh Pakatan.

2d7f4cc5-07fa-4819-9022-91f68461288b
Kenaikan bayaran premium tanah di Selangor sahaja adalah sebanyak 299 peratus sejak 2008

Penjualan tanah di bawah harga pasaran adalah salah satu cara untuk mengadakan rumah kos murah.  Namun, kebiasaan tersebut telah dihapuskan.  Malah, PKNS sendiri kini terpaksa membida untuk tanah pada harga pasaran?

Kita perlu meneliti prosedur-prosedur yang dikenakan terhadap para pemaju oleh pelbagai jabatan kerajaan negeri dan pihak-pihak berkuasa tempatan.

Birokrasi dan sikap berdolak-dalik merupakan sebab-sebab lazim yang melambatkan proses dan ini menambahkan lagi kos.  Perbelanjaan dan faedah pinjaman bank perlu dibayar walaupun projek belum dapat dimulakan.  Kita belum lagi berbincang mengenai  rasuah dan ini boleh memberi kesan besar terhadap kos kerana kadar yang diminta oleh ‘orang-orang tengah’ untuk ‘melicinkan proses’ boleh menjadi besar dan untuk setiap tandatangan yang diperlukan.

Tidak meghairankanlah jika sebahagian besar pemaju berpendapat bahawa pihak kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan merupakan batu halangan terhadap rumah mampu milik kerana tanah merupakan hak dan kuasa kerajaan negeri dan bukan kerajaan persekutuan.  Maka, kerajaan persekutuan tiada hak untuk memperbetulkan keadaan ini.

Masalah di Pulau Pinang

Kalau gambarajah di atas menunjukkan bayaran premium tanah yang meningkat di Selangor, kita lihat gambarajah seterusnya yang menunjukkan lonjakan caj cukai hartanah di Selangor dan Pulau Pinang sejak 2008:

03a7f838-0a50-4723-8078-47328d86f2c2
Lonjakan caj cukai hartanah kepada penduduk tempatan sejak Pakatan mentadbir Selangor dan Pulau Pinang

Kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan perlu serius dalam mengotakan janji mereka untuk mengadakan rumah-rumah kos rendah dan rumah mampu milik.  Di penghujung penggal kedua berkuasa di Pulau Pinang, DAP masih belum menyerahkan rumah mampu miliknya yang pertama, malah menyalahkan kerajaan persekutuan di atas kegagalannya sendiri.

Kampung-kampung tradisi, terutamanya penempatan tradisi orang-orang Melayu, dirobohkan untuk memberi laluan kepada para pemaju membangunkan kondominium mampu tengok dan lain-lain pembangunan komersil.  Kerajaan negeri Pulau Pinang juga bersikap tidak bertanggung jawab menjual tanah-tanah milik kerajaan negeri kepada para pemaju hinggakan hanya tinggal baki tujuh peratus sahaja tanah kerajaan negeri di Pulau Pinang.  Ini bermakna peuang untuk mendirikan rumah-rumah mampu milik di Pulau Pinang semakin halus.

Para pemaju kecil juga tidak berpeluang untuk mengambil bahagian dalam pembangunan di Pulau Pinang akibat caj-caj yang dikenakan terhadap para pemaju begitu tinggi.  Kita lihat gambarajah seterusnya:

69d859e3-71eb-4371-8052-c3049c2fc1cb
Kenapa kerajaan negeri Pulau Pinang begitu galak menaikkan kadar caj-caj? Siapa yang membuat untung sedangkan rakyat tidak lagi mampu memiliki sebarang hartanah di dalam negeri tersebut?

Dari gambarajah di atas kita dapat lihat kerakusan kerajaan negeri Pulau Pinang di bawah pentadbiran DAP hanya mementingkan keuntungan dan membelakangkan keperluan rakyat.

Di bawah kerajaan DAP, sumbangan perumahan kos rendah dikenakan sebanyak RM150,000 bagi setiap unit.  Di bawah BN tiada caj dikenakan.  Setiap gerai penjaja dikenakan RM58,000 – kenaikan sebanyak RM55,000 berbanding dengan semasa di bawah pentadbiran BN.  Untuk penyediaan kemudahan komuniti seperti padang, dewan serbaguna, masjid dan surau dan sebagainya, kerajaan DAP mengenakan caj sebanyak RM500 sekaki persegi berbanding RM25 sekaki persegi di bawah BN.  Untuk infrastruktur seperti jalan dan saliran, kerajaan DAP mengenakan RM15 sekaki persegi berbanding tiada caj di bawah BN untuk jalan, dan RM50,000 seekar untuk saliran berbanding RM10,000 di bawah BN.

Satu lagi bukti kerajaan DAP tidak menghiraukan keperluan rakyat ialah mengenakan caj sebanyak RM500 sekaki persegi untuk setiap tadika yang disediakan.  Tiada caj dikenakan oleh pentadbiran BN Pulau Pinang sebelum ini.

Berapa pula premium tanah yang dikenakan oleh kerajaan DAP Pulau Pinang?  Kita telah melihat lonjakan dahsyat di negeri Selangor sejak 2008, kita lihat pula keadaannya di Pulau Pinang:

b391f7f7-5a7d-470a-b9d1-ec8da7aa38aa
1,671 peratus kenaikan sejak 2008. Beginilah rakusnya DAP apabila berkuasa

Nampak gayanya premium tanah yang dikenakan oleh kerajaan DAP Pulau Pinang melonjak dengan begitu banyak sekali berbanding semasa di bawah pentadbiran BN pada tahun 2007.  Pengurangan hanya berlaku dua kali iaitu pada tahun 2008 semasa mula-mula memegang pentadbiran negeri.  Mungkin ketika ini mereka hendakkan maklumbalas positif mengenai cara DAP mentadbir negeri.  Kemudian kenaikan dikenakan sedikit demi sedikit dan melonjak besar selepas memegang tampuk pentadbiran kerajaan negeri selepas 2013, kemudian turun sedikit pada tahun 2016 selepas Lim Guan Eng dihadapkan ke mahkamah di atas satu perbuatan rasuah – salahguna kuasa dan jawatan untuk kepentingan dirinya.

Ringkasannya

Caj-caj dan bayaran premium yang dikenakan terhadap para pemaju di Pulau Pinang menyebabkan rumah mampu milik di Pulau Pinang yang berkeluasan 1,000 kaki persegi menjadi RM120,000 seunit berbanding RM42,000 seunit semasa di bawah pentadbiran BN.  Apabila dikenakan kadar faedah sebanyak 5 peratus setahun untuk tempoh pinjaman 30 tahun, bayaran faedah akan menjadi RM116,569.73 atau RM671.03 setiap bulan.  Kos keseluruhan akan menjadi RM236,569.73 setiap unit.  Adakah kadar bulanan ini mampu dibayar oleh mereka yang dari golongan berpendapatan rendah?

Keengganan kerajaan negeri Selangor di bawah PKR memberi kerjasama dengan agensi perumahan kerajaan pusat seperti PR1MA dan PPR mendatangkan masalah untuk kerajaan pusat membantu kerajaan negeri membina rumah-rumah kos rendah dan mampu milik.  Setakat ini hanya 11,000 unit rumah sahaja yang daat didirikan berbanding sasaran 70,000.

Ini berbeza sekali dengan kerajaan negeri Kelantan di bawah PAS yang menerima bantuan kerajaan pusat dengan tangan terbuka.  Setakat Ogos 2017, 418 unit PPR telah dibina di Machang manakala 1,000 unit telah dibina di Kota Bharu.  Ini menunjukkan walaupun berlainan fahaman politik, kerajaan PAS sanggup mengenepikan perjuangan demi kesejahteraan rakyat, tidak seperti Pakatan Harapan yang tidak langsung memberi harapan kepada para pengundi.

Pandai-pandailah anda menilaikan sendiri siapa yang mendahulukan kepentingan rakyat dan siapa yang mendahulukan kepentingan keuntungan.

Pakatan Can Promise Sarawak The World

The question is, can it even deliver those promises?

In a recent article posted on Tian Chua’s Malaysia-Chronicle, Pakatan made a promise to Sarawakians – a promise that they claim the Barisan Nasional can never match.

If you have problems accessing the website, don’t worry. It has been spread via WhatsApp as usual and the content is as follows:

———————————————-

A DEAL NAJIB CAN NEVER MATCH: SARAWAK TO KEEP 50% TAX REVENUE, 20% OIL & GAS ROYALTY, DECISION & EDUCATION RIGHTS TO BE RETURNED TO STATE GOVT – HARAPAN

Politics | January 20, 2018 by | 0 Comments

Pakatan Harapan’s Sarawak manifesto pledges that the state will retain 50 percent of all tax revenues collected in the state.

The state will also receive 20 percent from oil and gas royalties or its equivalent value from the federal government, according to the manifesto titled ‘New Deal for Sarawak Part Two’, which was released today.

“The government of Sarawak shall use these funds to shoulder the fiscal responsibility of the federal government in education and health,” the manifesto states.

Harapan also promised to set up a Petronas equivalent in the state, to be named Sarawak Petrogas, which would be wholly owned by the state government.

Sarawak Petrogas, which will be directly answerable to the Sarawak legislative assembly, will jointly manage oil and gas resources within the territorial borders and waters of Sarawak, together with Petronas, the manifesto says.

This is similar to Petroleum Sarawak, an oil and gas company started by the current Sarawak state government, which is meant to be an equal partner with Petronas for oil and gas activities in the state.

‘State can localise education syllabi’

With the decision rights returned to Sarawak in education and healthcare, the state can localise the education syllabi, review staffing and administrative policies, improve and upgrade the quality of all hospitals in the state and equip hospitals with cancer and heart centres, among others.

Harapan will also focus on speeding up the supply of clean water and electricity to all houses in Sarawak, both suburban and rural, as well as roads connecting rural native heartlands to stimulate economic growth in the interiors of Sarawak.

It will also ensure top priority is given to competent and eligible Sarawakians for employment and promotion in federal government departments and agencies in Sarawak.

World-class coaching facilities and a sports institute will be developed in Sarawak, the manifesto states, to equip and harness the potential of Sarawakian athletes.

Aside from its commitment to restore Sarawak to its original status within the context of the Malaysia Agreement 1963, Harapan said it would also form a Royal Commission to review various legislations that affect Sarawak’s rights to its natural resources.

These legislations include the Continental Shelf Act 1966, the Petroleum Development Act 1974 and the Territorial Sea Act 2012.

Harapan said Part Three of its New Deal for Sarawak would be released at a later date.

MKINI

—————————————-

Hallelujah!

But before you even start to dance with joy, let me remind you that this is another one of those ad nauseam promises made, which can never be fulfilled, and will later be blamed on the Federal Constitution and the Federal Government.

Pakatan Harapan Sarawak cannot deliver fully on this promise because it is merely a state entity and cannot arrogate to the state what are Federal rights. As usual, Pakatan Harapan will refer to its non-existent utopian Federal Constitution when making such promises.

Even if it is a Pakatan Harapan Federal Government promise, it cannot fully deliver without the consent of the 11 Peninsular Malaysia states and Sabah because the Malaysia Agreement 1963 is an agreement inter se.

Any increase in the rights of one state vis a vis its position with the Federal Government diminishes the position of the other states vis a vis that one state as well as with the Federal Government . It will need the agreement of the other states in the Federation.

Therefore, Pakatan Harapan should stop making false promises and giving the people false hopes just because they (Pakatan Harapan) have false intelligence.

Mahathir’s Reformasi

It was a movement to topple the second most-hated dictator of the South East Asia. Tens of thousands would march on the streets of Kuala Lumpur chanting “Undur Mahathir, undur!” and the infamous “Reformasi!” after Anwar Ibrahim was summarily expelled from UMNO and denied a chance for the premiership over reasons Mahathir himself claims to have forgotten or something to that effect.

Leading this group of demonstrators was Anwar’s most loyal lieutenants, Azmin Ali, who was his Principal Private Secretary in the Deputy Prime Minister’s Office. With Anwar still in jail, Azmin is the most favourite choice for Pakatan’s Prime Minister-designate amongst the younger generation.

Or that was what we all thought would happen.

Suddenly, the 92-year old Mahathir manoeuvred his way into being accepted as the Prime Minister again if Pakatan wins the next general elections. DAP and the anti-Azmin camp inside PKR namely Wan Azizah’s camp accepted the nonagenarian but this was rejected by several opposition-friendly NGOs as well as Selangor’s PKR.

Several hints on social media platforms and insiders’ information of Anwar’s opposition to Mahathir being designated as Pakatan’s Prime Minister warranted an article by The Star’s Joceline Tan. The writing is all over the wall – REFORMASI is dead.

In a move seen to insult Mahathir, Azmin offered his Gombak parliamentary seat for Mahathir to contest in in the next general election, an offer rejected outright by the latter.

A leopard never changes its spots – and true to his character, Mahathir announced that he will deal with dissenters quietly – a reminder of his 22-year reign of terror.

Just like Anwar whose colour of underwear was made public for going against Mahathir, Azmin now finds tales of his sexual trysts being made public. We are reminded of the time Anina Saadudin’s steamy WhatsApp messages were made public after falling out with Mahathir’s inner circle.

Anything Azmin is now being attacked, therefore it’s going to be interesting to see how the champion of Reformasi will now go against the man he has been fighting against for the past 20 years.

If he fails, it would be Mahathir’s masterstroke – for killing off the Reformasi movement from inside and finally making it his own Reformasi where dissent can never be tolerated.

Welcome to Mahathir’s Reformasi – or Dictatorship 2.0 as we know it.

Nasib Orang Asli Tidak Pernah Dipinggirkan

Orang_Asli
Sepasang bapa dan anak Orang Asli Semenanjung Malaysia

Sepanjang tahun 1970an hinggalah awal 2000, Tentera Udara DiRaja Malaysia sentiasa mempunyai beberapa buah helikopter Sikorsky S-61A Nuri dan Aérospatiale Alouette III yang sentiasa bersedia untuk memberi perkhidmatan kepada Orang Asli di Semenanjung Malaysia, sama ada untuk kecemasan perubatan mahupun untuk membawa mereka keluar untuk menyertai program-program JHEOA (kini JAKOA) di bandar-bandar besar.

Kini, tanggungjawab tersebut juga ditanggung oleh Unit Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) yang sering kelihatan menerbangkan helikopter-helikopternya di kawasan pedalaman.

WhatsApp Image 2018-01-16 at 10.52.333
Unit Udara JBPM digerakkan ke Gua Musang untuk membantu membawa para pelajar Orang Asli ke sekolah

Baru-baru ini, cuaca buruk telah menyebabkan jalan-jalan yang menghubungkan Gua Musang dengan empat pos Orang Asli di pedalaman terputus, menyebabkan seramai 242 orang pelajar Orang Asli terkandas dan tidak dapat pergi ke sekolah.  Para pelajar tersebut adalah dari Pos Belatim, Pos Balar, Pos Gob dan Pos Bihai.  Dari Pos Bihai melibatkan mereka-mereka dari Kampung Laklok, Kampung Tendrik, Kampung Bihai dan Kampung Hak.

JBPM telah menggerakkan dua buah helikopter dari jenis Agusta Westland A109E dan Agusta Westland 139 untuk membantu menghantar para pelajar tersebut ke sekolah.  Pesawat-pesawat tersebut dipandu oleh Penguasa Kanan Bomba I Roslan bin Aziz, Mejar Leong Cheong Meng TUDM, dan dibantu oleh penolong juruterbang Timbalan Penguasa Bomba Faizal bin Latif dan Timbalan Penguasa Bomba Sharizal bin Sahari.  Turut serta ialah tiga orang Kuartermaster Udara iaitu Penolong Penguasa Bomba Ubadah bin Suib, Pegawai Bomba Kanan I Mohd Norhasrul bin Mohd Noordin dan Pegawai Bomba Kanan I Safuan bin Mohamad.

Pesawat jenis Agusta Westland A109E telah mula berkhidmat dengan Unit Udara JBPM pada tahun 2003 manakala Agusta Westland A139 pula mula diterima pada tahun 2010.  Unit tersebut mengoperasikan sebanyak lapan buah helikopter pelbagai jenis.  Unit ini telah bermula dengan empat buah helikopter Mil-Mi-17-1 buatan Russia yang mula diterima pada tahun 1998.  Ini diikuti oleh dua buah helikopter Agusta Westland A109E, dan dua buah Agusta Westland A139.  Salah sebuah helikopter Agusta Westland A109E tersebut telah terhempas dalam cuaca berkabus di FELCRA Kuala Kaung, Lanchang, Pahang semasa membuat pengawasan dari udara pada 16 September 2010.  JBPM juga telah memesan dua buah helikopter jenis Agusta Westland A189 pada tahun 2016.

DTlliqDVQAAGnis
Para pelajar Orang Asli dibawa keluar menaiki pesawat Agusta Westland A109 Unit Udara JBPM

Walaupun cuaca tidak menentu, kedua-dua buah helikopter tersebut telah berjaya membawa keluar seramai 52 orang pelajar dari Pos Balar dan Pos Belatim ke Padang Sivik Gua Musang, manakala 44 orang pelajar dibawa keluar dari Pos Cemal ke Pos Balar pada hari pertama Ops Murni.  Operasi itu telah bermula pada jam 10.10 pagi dan berakhir pada jam 5.10 petang akibat cuaca yang bertambah buruk.

WhatsApp Image 2018-01-16 at 23.55.581
Pesakit Orang Asli dikeluarkan untuk dibawa ke hospital sebaik pesawat mendarat di Gua Musang

Walaupun Ops Murni bertujuan untuk membolehkan para pelajar Orang Asli hadir sessi persekolahan, operasi tersebut diselangi beberapa penerbangan ihsan membawa Orang Asli yang mempunyai sakit kritikal ke Hospital Gua Musang.  Ini menunjukkan kesediaan Unit Udara JBPM untuk bertukar mod operasi demi nyawa dan kesejahteraan masyarakat walaupun nyawa sendiri dipertaruhkan demi menyelamatkan orang lain.

heli10
Pesawat Agusta Westland A109E (9M-BOA) milik Unit Udara JBPM yang terhempas dalam kabus di FELCRA Kuala Kaung, Lanchang, Pahang. Tiga orang anak kapal cedera dalam insiden ini. PgKB I Roslan bin Aziz adalah salah seorang mangsa insiden tersebut

Ramai di kalangan rakyat Malaysia yang tidak tahu mengenai perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan oleh kerajaan untuk masyarakat Orang Asli.  Disebabkan ketidak-pekaan ini, kerajaan sering dicemuh dan dituduh tidak mengambil berat masalah yang dihadapi oleh masyarakat tersebut.  Hakikatnya, untuk pihak JBPM sahaja, sebanyak 47 penerbangan ihsan telah dibuat pada tahun 2015 untuk menerbangkan seramai 111 orang pesakit dan pengiring.  Sebahagian besar adalah dari kalangan masyarakat Orang Asli.

Oleh itu, jangan mudah menuduh bahawa kerajaan tidak mengambil berat terhadap masyarakat luar bandar terutamanya Orang Asli kerana juruterbang-juruterbang seperti PgKB I Roslan dan Mejar Leong sentiasa bersedia memberi keutamaan kepada kesejahteraan masyarakat tersebut.

WhatsApp Image 2018-01-16 at 10.52.33
PgKB I Roslan bin Aziz berbincang mengenai operasi yang telah mereka jalankan setelah tamat penerbangan hari pertama Ops Murni