Adakah Pakatan Bercadang Untuk Mensabotaj FELDA?

Satu delegasi Pakatan yang digambarkan diketuai oleh ‘Perdana Menteri’ Mahathir telah bertemu dengan 14 orang duta dari negara-negara European Union (EU).

Delegasi Pakatan tersebut yang juga dianggotai oleh Saifuddin Abdullah, Tan Kok Wai, Xavier Jeyakumar dan Mat Sabu telah membuat pertemuan tersebut di kediaman Duta dan Ketua Delegasi EU ke Malaysia, Maria Castillo Fernández.

Dalam perbincangan tersebut, Mat Sabu dikatakan telah mencadangkan agar Malaysia didesak untuk membenarkan negara-negara EU tersebut menerima pemerhati semasa pilihanraya umum yang akan datang.

Apa yang kita ketahui ialah negara-negara EU telah melarang minyak sawit dari diperdagangkan di negara-negara mereka untuk pembuatan biodiesel dua hari yang lepas. Langkah ini bukan sahaja menjejaskan para peneroka FELDA serta para pekebun kecil di Malaysia, malah juga para peneroka dan pekebun kecil di negara jiran kita, Indonesia.

Persoalannya sekarang ialah adakah Pakatan Harapan, dalam kegilaannya untuk merampas tampuk kuasa, telah bersekongkol dengan EU untuk memberi tekanan terhadap kerajaan Barisan Nasional?

Jika kita ambil kira kesanggupan Mahathir untuk menjilat ludahnya sendiri serta bersekongkol dengan mereka yang lazim memburuk-burukkan Raja, Islam dan institusi-institusi Melayu, tidak menjadi pelik sekiranya benar mereka bersekongkol dengan negara luar untuk menjahanamkan ekonomi negara.