Kerajaan Persekutuan berhasrat untuk membina sejuta rumah mampu milik di semua negeri di Malaysia, termasuk di negeri-negeri yang ditadbir oleh Pakatan Harapan. Namun, nilai hartanah yang tinggi, terutamanya di negeri-negeri di bawah pentadbiran Pakatan Harapan, menjadi batu penghalang hasrat tersebut.
Masalah Di Selangor
Semasa di bawah pentadbiran Barisan Nasional, rumah mampu milik merupakan tanggungjawab badan-badan kerajaan negeri seperti Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS). Namun, sejak pentadbiran diambil alih oleh Pakatan Rakyat pada tahun 2008, PKNS bertukar menjadi sebuah agensi yang mengejar keuntungan.
Pebangunan hartanah merupakan sumber hasil bagi kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan melalui yuran tukar penggunaan tanah, pembahagian-pembahagian kecil dan lain-lain hal berkenaan dengan tanah. Kesemua kos-kos ini telah meningkat sejak pengambil alihan pentadbiran oleh Pakatan.

Penjualan tanah di bawah harga pasaran adalah salah satu cara untuk mengadakan rumah kos murah. Namun, kebiasaan tersebut telah dihapuskan. Malah, PKNS sendiri kini terpaksa membida untuk tanah pada harga pasaran?
Kita perlu meneliti prosedur-prosedur yang dikenakan terhadap para pemaju oleh pelbagai jabatan kerajaan negeri dan pihak-pihak berkuasa tempatan.
Birokrasi dan sikap berdolak-dalik merupakan sebab-sebab lazim yang melambatkan proses dan ini menambahkan lagi kos. Perbelanjaan dan faedah pinjaman bank perlu dibayar walaupun projek belum dapat dimulakan. Kita belum lagi berbincang mengenai rasuah dan ini boleh memberi kesan besar terhadap kos kerana kadar yang diminta oleh ‘orang-orang tengah’ untuk ‘melicinkan proses’ boleh menjadi besar dan untuk setiap tandatangan yang diperlukan.
Tidak meghairankanlah jika sebahagian besar pemaju berpendapat bahawa pihak kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan merupakan batu halangan terhadap rumah mampu milik kerana tanah merupakan hak dan kuasa kerajaan negeri dan bukan kerajaan persekutuan. Maka, kerajaan persekutuan tiada hak untuk memperbetulkan keadaan ini.
Masalah di Pulau Pinang
Kalau gambarajah di atas menunjukkan bayaran premium tanah yang meningkat di Selangor, kita lihat gambarajah seterusnya yang menunjukkan lonjakan caj cukai hartanah di Selangor dan Pulau Pinang sejak 2008:

Kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan perlu serius dalam mengotakan janji mereka untuk mengadakan rumah-rumah kos rendah dan rumah mampu milik. Di penghujung penggal kedua berkuasa di Pulau Pinang, DAP masih belum menyerahkan rumah mampu miliknya yang pertama, malah menyalahkan kerajaan persekutuan di atas kegagalannya sendiri.
Kampung-kampung tradisi, terutamanya penempatan tradisi orang-orang Melayu, dirobohkan untuk memberi laluan kepada para pemaju membangunkan kondominium mampu tengok dan lain-lain pembangunan komersil. Kerajaan negeri Pulau Pinang juga bersikap tidak bertanggung jawab menjual tanah-tanah milik kerajaan negeri kepada para pemaju hinggakan hanya tinggal baki tujuh peratus sahaja tanah kerajaan negeri di Pulau Pinang. Ini bermakna peuang untuk mendirikan rumah-rumah mampu milik di Pulau Pinang semakin halus.
Para pemaju kecil juga tidak berpeluang untuk mengambil bahagian dalam pembangunan di Pulau Pinang akibat caj-caj yang dikenakan terhadap para pemaju begitu tinggi. Kita lihat gambarajah seterusnya:

Dari gambarajah di atas kita dapat lihat kerakusan kerajaan negeri Pulau Pinang di bawah pentadbiran DAP hanya mementingkan keuntungan dan membelakangkan keperluan rakyat.
Di bawah kerajaan DAP, sumbangan perumahan kos rendah dikenakan sebanyak RM150,000 bagi setiap unit. Di bawah BN tiada caj dikenakan. Setiap gerai penjaja dikenakan RM58,000 – kenaikan sebanyak RM55,000 berbanding dengan semasa di bawah pentadbiran BN. Untuk penyediaan kemudahan komuniti seperti padang, dewan serbaguna, masjid dan surau dan sebagainya, kerajaan DAP mengenakan caj sebanyak RM500 sekaki persegi berbanding RM25 sekaki persegi di bawah BN. Untuk infrastruktur seperti jalan dan saliran, kerajaan DAP mengenakan RM15 sekaki persegi berbanding tiada caj di bawah BN untuk jalan, dan RM50,000 seekar untuk saliran berbanding RM10,000 di bawah BN.
Satu lagi bukti kerajaan DAP tidak menghiraukan keperluan rakyat ialah mengenakan caj sebanyak RM500 sekaki persegi untuk setiap tadika yang disediakan. Tiada caj dikenakan oleh pentadbiran BN Pulau Pinang sebelum ini.
Berapa pula premium tanah yang dikenakan oleh kerajaan DAP Pulau Pinang? Kita telah melihat lonjakan dahsyat di negeri Selangor sejak 2008, kita lihat pula keadaannya di Pulau Pinang:

Nampak gayanya premium tanah yang dikenakan oleh kerajaan DAP Pulau Pinang melonjak dengan begitu banyak sekali berbanding semasa di bawah pentadbiran BN pada tahun 2007. Pengurangan hanya berlaku dua kali iaitu pada tahun 2008 semasa mula-mula memegang pentadbiran negeri. Mungkin ketika ini mereka hendakkan maklumbalas positif mengenai cara DAP mentadbir negeri. Kemudian kenaikan dikenakan sedikit demi sedikit dan melonjak besar selepas memegang tampuk pentadbiran kerajaan negeri selepas 2013, kemudian turun sedikit pada tahun 2016 selepas Lim Guan Eng dihadapkan ke mahkamah di atas satu perbuatan rasuah – salahguna kuasa dan jawatan untuk kepentingan dirinya.
Ringkasannya
Caj-caj dan bayaran premium yang dikenakan terhadap para pemaju di Pulau Pinang menyebabkan rumah mampu milik di Pulau Pinang yang berkeluasan 1,000 kaki persegi menjadi RM120,000 seunit berbanding RM42,000 seunit semasa di bawah pentadbiran BN. Apabila dikenakan kadar faedah sebanyak 5 peratus setahun untuk tempoh pinjaman 30 tahun, bayaran faedah akan menjadi RM116,569.73 atau RM671.03 setiap bulan. Kos keseluruhan akan menjadi RM236,569.73 setiap unit. Adakah kadar bulanan ini mampu dibayar oleh mereka yang dari golongan berpendapatan rendah?
Keengganan kerajaan negeri Selangor di bawah PKR memberi kerjasama dengan agensi perumahan kerajaan pusat seperti PR1MA dan PPR mendatangkan masalah untuk kerajaan pusat membantu kerajaan negeri membina rumah-rumah kos rendah dan mampu milik. Setakat ini hanya 11,000 unit rumah sahaja yang daat didirikan berbanding sasaran 70,000.
Ini berbeza sekali dengan kerajaan negeri Kelantan di bawah PAS yang menerima bantuan kerajaan pusat dengan tangan terbuka. Setakat Ogos 2017, 418 unit PPR telah dibina di Machang manakala 1,000 unit telah dibina di Kota Bharu. Ini menunjukkan walaupun berlainan fahaman politik, kerajaan PAS sanggup mengenepikan perjuangan demi kesejahteraan rakyat, tidak seperti Pakatan Harapan yang tidak langsung memberi harapan kepada para pengundi.
Pandai-pandailah anda menilaikan sendiri siapa yang mendahulukan kepentingan rakyat dan siapa yang mendahulukan kepentingan keuntungan.
You must be logged in to post a comment.