Is There A Campaign Against Langkawi?

Sit and do nothing for cheap in Langkawi

I often travel to the islands off Peninsular Malaysia – to the East Coast islands whenever I go scuba diving, and to Langkawi to get away from KL-stress.

It is given that in general, prices of food and accommodation are higher on the islands due to the cost of transporting goods from the mainland, and that the number of rooms are limited, especially on the east coast islands.

The difference between Langkawi and the east coast islands of Perhentian, Redang and Tioman is that you have the luxury of choosing where to eat and where to stay in Langkawi as it is larger in size compared to the rest. If you stay away from the tourist areas, it can be cheaper than in KL.

For example, during the recent LIMA 2023, the five of us stayed there for nine days: two days before the exhibition started, five days during the exhibition, and two days after the exhibition ended.

The fully-air-conditioned homestay that we stayed in cost us only RM1,400 (RM31.11 per person per day). And it was located less than ten minutes away from the airport. It came with a washing machine, so we did our own laundry. There was hot water shower, too! It also came with Wi-fi and ASTRO, a full kitchen with microwave oven and a 250-litre refrigerator.

We also rented a Perodua Axia for the whole duration at RM90 per day (RM18 per person). we filled RM40.00 worth of petrol into its tank only once (RM0.90 per person per day).

For breakfast, we’d drive to the stalls at the nearby kampungs. Roti Canai Kosong would cost you RM1.50, Nasi Lemak with Ikan Bilis, Sambal and half an egg would cost you RM2.00. Lunch that consists of steamed white rice, Asam Pedas Ikan Pari, Mixed Vegetables and Sotong Goreng cost me RM15.00 with drinks. Dinner was about the same. That’s about RM35.00 per day.

The cost of living per day per person in Langkawi for us was RM85.00, flights excluded. Now, the above was during super-peak season.

Compare that to Pulau Perhentian Besar. A cheap accommodation (a room) would cost you around RM180 per night (RM90 per person). No TV and little else. A plate of Nasi Goreng Bodo (just fried rice and with hardly anything else inside) is RM8.00. Nasi Goreng Special is RM20.00. Maggi Soup is RM15.00. That comes to about RM122 per day per person.

Generally, it would be the same on Perhentian Kecil.

In Pulau Redang, Nasi Lemak is RM15.00. Half Boiled Egg is RM6.00, Toast is RM5.00. The rest are about the same as in Perhentian. A cheap air-conditioned room is around RM150 per night (RM75 per person), that would be as mediocre as the ones in Perhentian. A day would cost RM135 per person.

In Tioman, you could get a basic room at RM125 per night (RM62.50). A meal can cost between RM20 to RM40 per person (about RM80 to RM160 per day per person).

It costs RM74 return by bus to Mersing from KL, a six to seven hour journey. You need to go on a ferry to get to Tioman from Mersing which will cost you RM70 return., another 1.5 hour journey. That’s RM144 per person.

To get to Pulau Redang you would have to get on a bus to Kuala Terengganu which will cost you RM88 return (six to seven hour journey), and another 1.5 hour journey by ferry that will cost RM110 return. That comes to RM198 per person.

To get to Pulau Perhentian, a 8-hour bus journey to Kuala Besut can cost about RM100 return. It costs RM70 return from the jetty to the islands making the total travel cost RM170.

It costs RM90 return on a 7-hour bus journey to Kuala Perlis and RM46 return by ferry from Kuala Perlis on an hour’s journey. That makes RM136 per person.

You can also opt to go via Kuala Kedah. And if you have extra to spare, you can try other modes of travel. Plus, there is so much more than just the beaches in Langkawi! You can find out more about travelling to Langkawi and the things to do there by visiting this webpage.

Looking at the comparisons, Langkawi is definitely value for money compared to the rest of the islands. No doubt each island has its strengths and weaknesses, and there are business owners that charge tourists exorbitantly, but Langkawi has so much more to offer, and you have other alternatives to shop and eat there.

Thus, it makes me wonder why is Langkawi being subjected to negative publicity? Is it because the state government is administered by people who, headed by an outspoken Menteri Besar, are not aligned to the Federal government? That would be unfair – punishing the people of Langkawi for making their democratic decision.

What is democracy then?

Et Tu, Brutoh

​

​

You belajar dulu jadi Menteri, lepas tu baru bercakap. Sebab, kita kena ingat. Dalam politik ni kita jangan cakap besar!

Itulah kata-kata Menteri Kerajaan Padang Rengas yang ditujukan kepada Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak Abdul Karim Rahman Hamzah selepas Abdul Karim menyatakan ketidaksetujuan beliau dengan cadangan mengenakan cukai bilik bagi hotel-hotel di negeri Sarawak.

You cakap besar, you tunjuk samseng, kita lebih samseng lagi.

Saya rasa tidak ada sesiapa pun yang akan mempertikaikan siapa samseng paling besar di negara ini.

‘Brutoh Lu!”

Tindakan Nazri tersebut telah dipandang oleh bukan sahaja rakyat negeri Sarawak, malah seluruh Malaysia sebagai biadab dan keterlaluan.  Ianya diihat sebagai takbur dan merosakkan usaha Najib Razak yang menjadi Perdana Menteri pertama yang membawa lebih banyak pembangunan kepada Sabah dan Sarawak setelah diabaikan sekian lama oleh Perdana Menteri yang mempunyai 22 tahun peluang.

Ianya seolah-olah beliau tidak menghormati semangat setiakawan parti-parti komponen Barisan Nasional, dan juga seolah-olah beliau bertindak sebagai seorang Menteri di dalam kerajaan beliau sendiri.

Tidak cukup dengan penghinaan yang telah dilakukan, beliau terus menghina Abdul Karim dengan gelaran “Menteri Setahun Jagung.”

Nazri menggelar Abdul Karim “Menteri Setahun Jagung”

Reaksi pertama ditunjukkan oleh Ketua Menteri Sarawak, Abang Zohari yang lebih dikenali sebagai Abang Jo.  Beliau telah mengeluarkan kenyataan menarik keluar penyertaan negeri Sarawak dari Lembaga Pelancongan Negara.

Kenyataan dari Pejabat Ketua Menteri Sarawak

Bagaimanapun, Nazri dengan bongkaknya berkata “Kehidupan akan berterusan dan tiada apa-apa pun yang terjejas (dari penarikan diri negeri Sarawak itu).”

Reaksi seterusnya dari Menteri-Menteri kabinet Malaysia adalah dari Abdul Rahman Dahlan yang berasal dari Sabah dan juga Fadillah Yusof dari Sarawak yang juga merupakan Pengerusi Belia Barisan Nasional negeri Sarawak.

Twitter Abdul Rahman Dahlan yang menyelar tindakan Nazri

Mungkin Nazri merasakan dirinya besar.  Bukan sahaja beliau akui beliau lebih samseng dari orang lain, malah merasakan juga bahawa beliau lebih besar dari orang lain.  Beliau pernah berkata bahawa beliau lebih besar dari Ketua Jabatan Hal Ehwal Khas, Puad Zarkashi, semasa mengulas kenyataan Puad menyuruh kedua-dua individu yang menyebabkan kemelut terkini FGV untuk meletak jawatan.

Walaupun dalam video di atas Menteri Kerajaan Padang Rengas tersebut menyatakan bahawa tiada sesiapa patut bercakap besar dalam politik, beliau sering bercakap tak serupa bikin.

Sikap besar kepala beliau dikongsi bersama oleh isteri muda beliau yang juga merupakan Timbalan Menteri Kerajaan Padang Rengas, Haflin.  Haflin, yang bukan Datin Bergelar kerana merupakan BUKAN isteri pertama yang masih hidup, telah mengejek Abdul Karim melalui akaun Instagram beliau.

Ejekan Haflin mengenai kenyataan “setahun jagung”

Haflin juga telah mengherdik mereka yang tidak bersetuju dengan perbuatan Nazri.

Haflin memarahi orang yang membuat komen negatif terhadap Nazri

Haflin adalah Timbalan Menteri Kerajaan Padang Rengas kerana sering menjalankan tugas-tugas di luar negeri bagi ihak beliau sedangkan Kementerian Pelancongan masih ada Timbalan Menteri, KSU, TKSU serta Ketua Pengarah Kementerian yang sepatutnya membuat tugas tersebut.

​

​

Siapa Haflin? Adakah beliau juga besar dari Abdul Karim dan Puad Zarkashi?

Apabila disoal siapakah dia dalam Kementerian Pelancongan, ini jawapan beliau:

Saya rasa orang-orang yang sering membalun Rosmah Mansor pun kini tahu Rosmah tak kepoh macam si Haflin.  Malah Rosmah banyak menghabiskan masa memberi makan dan mengaji bersama anak-anak yatim dan para pelajar tahfiz hampir setiap malam di kediaman beliau.

Nazri bagaikan tidak menghiraukan kesan yang mungkin akan menjejaskan usaha Barisan Nasional Sarawak untuk memenangi pilihanraya DUN Pujut.  Dalam video di atas, Nazri menyatakan bahawa DUN Pujut memang milik DAP. Sekiranya BN Sarawak kalah di Pujut maka ianya tidak memberi kesan kepada BN.

Persoalannya ialah: adakah tindak-tanduk Nazri ini dilakukan untuk mengalihkan tumpuan para pemerhati politik dan rakyat dari kemelut yang dihadapi rakan baik beliau Lim Guan Eng?

Buddy-buddy gittew – Samseng Utara dan Samseng Padang Rengas

Lim Guan Eng yang kini bukan sahaja cuba menyelamatkan diri dari dibicarakan di atas tuduhan perlakuan rasuah, tetapi juga mengenai kepincangan pentadbiran kerajaan negeri Pulau Pinang serta kelemahan pengurusan kewangan negeri.  Nazri yang secara terbuka berkawan dan memberi sokongan kepada Lim Guan Eng mungkin berfikir beliau perlu mengalihkan perhatian ramai dari isu Lim Guan Eng kepada Sarawak.

Tidak hairanlah apabila wanita pengamal media sosial tersohor Cik Lim Sian See juga membuat kenyataan mengenai perangai samseng Nazri yang dipelajari dari sahabat karibnya dari Pulau Pinang itu.

Gambar yang dikongsi oleh Cik Lim Sian See mengenai Nazri dan Tokong

Mahu tidak mahu Najib Razak juga yang kini terpaksa membersihkan najis yang telah dilepaskan oleh Nazri.  Telah terlalu banyak yang dilabur oleh Najib Razak untuk menentukan pembangunan yang dibawa ke Sabah dan Sarawak akan membantu menaik taraf kehidupan rakyat di kedua-dua buah negeri tersebut dengan harapan mereka terus memberi sokongan padu kepada kerajaan Barisan Nasional baik di peringkat negeri mahupun pusat.  Terpaksalah Najib Razak membuat satu keputusan yang jitu untuk mengatasi najis yang telah dilemparkan oleh Nazri kepada rakyat Sarawak.

Sudah tiba masanya samseng tersebut diajar makna adab kerana perbuatannya terhadap sokongan yang diraih Najib Razak dari Sarawak itu tidak lain tidak bukan tetapi umpama Julius Caesar ditikam oleh Brutus dari belakang.

​

​

Brutoh la!

Tersepitnya Orang Melayu

Orang Melayu kian tersepit. Kos sara hidup menggunung. Itulah rintihan yang sering saya dengar saban hari.

Saya bersembang dengan seorang rakan yang mengendalikan pengoperasian sebuah syarikat penerbangan. Menurutnya, permintaan untuk tempat duduk dalam pesawat untuk pergi menunaikan Umrah berjumlah 1,500 kerusi setiap hari.

Jikalau kita tolak 10 hari untuk Hari Raya Aidil Adha dan 40 hari untuk musim Haji, kita ada 315 hari setahun untuk menunaikan ibadah Umrah. Ini menjadikan jumlah orang Melayu yang pergi menunaikan ibadah Umrah seramai 450,000 orang setahun.

Sekiranya setiap dari 450,000 orang ini pergi dengan pakej termurah yang purata harga pakej sebanyak RM5,000 seorang, maka orang Melayu dari Malaysia membelanjakan sebanyak RM2.25 billion setahun membeli pakej Umrah. Jumlah ini tidak termasuk perbelanjaan tambahan seperti membeli ayam goreng Al-Baik sebagai makanan tambahan, minyak atar, sejadah, jubah, tasbih dan lain-lain untuk kegunaan sendiri atau saudara-mara rakan-taulan, atau cokelat kurma di Pasaraya Dawood.

Begitulah tersepitnya orang Melayu. Ini belum cerita mengenai beg LV yang dibeli di Malaysia untuk dibawa ke pejabat, bercuti di Korea, baby shower, bachelor party, iPhone terbaharu, kopi di kedai kopi hipster dan reload prepaid untuk data agar boleh meroyan di Internet menceritakan betapa terhimpitnya mereka ini.

Saya amat mengasihani keadaan mereka seperti seekor ikan yang sayang akan pasir di pantai.