Rakyat Bukan Hakim Negara

 

Sudah menjadi kelaziman ahli politik masa kini terutamanya di kalangan pembangkang untuk membuat kenyataan kepada umum kononnya mereka bersih dan tidak bersalah setelah pihak berkuasa menangkap atau menggeledah premis mereka.

Tujuan kenyataan tersebut dibuat tidak lain tidak bukan tetapi untuk membina persepsi umum bahawa mereka menjadi mangsa kezaliman politik dan agensi-agensi penguatkuasaan adalah alat bagi pemerintah untuk menindas pihak pembangkang.

Setelah Lim Guan Eng dihadapkan ke mahkamah atas pertuduhan rasuah dan salahguna kuasa tahun lepas, beliau dengan segera mengadakan satu sidang akhbar yang digunakan secukupnya untuk membidas pihak kerajaan terutamanya SPRM yang didakwanya telah sengaja cuba untuk menghalang beliau dari bersuara.

Guan Eng menuduh BN membuat silap mata dengan menangkap beliau

Tanpa menunggu perbicaraan dilangsungkan dan tanpa menunggu bahan bukti serta keterangan para saksi, Azmin Ali (yang pentadbirannya juga kini disiasat SPRM) dengan pantas mengisytiharkan beliau yakin Lim Guan Eng bersih dari perlakuan rasuah.

Azmin yakin Guan Eng tidak bersalah walaupun belum melihat dan mendengar bukti serta keterangan saksi

Baru-baru ini, Mr “So What?” Pulau Pinang, Phee Boon Poh, telah ditahan oleh SPRM kerana terlibat dalam isu salahguna kuasa berkaitan dengan kebenaran beroperasi sebuah kiang haram di Sungai Lembu.

Apabila dibebaskan dari tahanan reman, Phee Boon Poh dengan segera membuat sidang media dan membuat kenyataan bahawa beliau tidak bersalah salaupun kes masih lagi dalam siasatan.

Malah semasa Phee Boon Poh ditangkap, Lim Kit Siang sendiri telah membuat kenyataan bahawa tangkapan itu adalah untuk mengaburi mata rakyat terhadap gejala rasuah yang berlaku di dalam negara ini.  Apa yang sebenarnya berlaku ialah percubaan DAP untuk mengaburi mata rakyat terhadap kepincangan pentadbiran mereka sendiri.

DAP mana ada lasuah. Kita sapu saja sumua benda

Perkara yang sama juga dilakukan oleh Pengarah Komunikasi Strategik di pejabat Menteri Besar Selangor, Yin Shao Loong, menyifatkan serbuan ke atas UNISEL, Jana Niaga Sdn Bhd dan Menteri Besar DiPerbadankan sebagai usaha untuk menjejaskan imej kerajaan negeri Selangor.

Mahkamah menghakimi perlakuan jenayah, bukannya pendapat rakyat

Apa yang dilakukan oleh mereka di atas adalah bertentangan dengan Seksyen 48(h) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah, 2009.  Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Dzulkifli Ahmad telah mengeluarkan satu kenyataan media seperti berikut:

KENYATAAN MEDIA SPRM

SPRM BERI AMARAN TIDAK KELUARKAN KENYATAAN MEDIA BERHUBUNG SIASATAN KES

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memberi amaran tegas kepada mana-mana pihak atau individu agar tidak mengeluarkan sebarang kenyataan media berhubung kes yang sedang disiasat.

SPRM mendapati perkara tersebut telah menjadi satu trend atau amalan ketika ini dan menasihati mereka yang berkenaan supaya memberhentikan perbuatan tersebut kerana ia boleh mengganggu dan menjejaskan perjalanan siasatan.

SPRM memandang serius perkara ini kerana perbuatan tersebut merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 48(h) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (ASPRM) 2009 yang menjelaskan bahawa “mana-mana orang yang mengganggu, menakutkan, mengancam atau melarikan atau cuba untuk mengganggu, menakutkan, mengancam atau melarikan mana-mana orang yang terlibat dalam penyiasatan di bawah Akta ini telah melakukan satu kesalahan.”

Mana-mana individu atau pihak yang mempunyai sebarang keterangan yang boleh membantu siasatan diminta tampil kepada SPRM untuk dirakam percakapan dan bukan membuat kenyataan media.

Justeru, SPRM tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap mana-mana individu yang melakukan perbuatan tersebut mengikut Seksyen 48(h) ASPRM yang mana seseorang yang didapati bersalah boleh dikenakan denda tidak melebihi RM10,000 dan penjara dua tahun.

Selain itu, SPRM juga memandang serius perbuatan segelintir pihak yang mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah terhadap tindakan-tindakan yang diambil oleh SPRM dengan tujuan untuk mencemarkan dan menjejaskan reputasi SPRM.

Oleh yang demikian, SPRM tidak akan sama sekali bertolak ansur dengan perbuatan sedemikian dan bersedia untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang didapati menyebarkan fitnah tersebut sama ada berbentuk sivil atau jenayah.

DATUK DZULKIFLI AHMAD
KETUA PESURUHJAYA
SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA
PUTRAJAYA

24 OGOS 2017

Eloklah pihak pembangkang berpegang kepada slogan mereka iaitu “Lawan Tetap Lawan“, “Berani Kerana Benar” dan lain-lain lagi yang menunjukkan yang kononnya mereka tidak bersalah, dan lawan serta tunjukkan kebenaran di dalam mahkamah dan bukannya cuba mempengaruhi persepsi rakyat supaya menghakimi SPRM dan bukannya mereka yang disyakki bersalah.

Dan rakyat, terutamanya para penyokong pembangkang pula sepatutnya mengikut saranan Lim Kit Siang dua tahun lepas bulan ini yang telah dilupai beliau sendiri semasa kehangatan kes 1MDB berada di kemuncak:

APABILA SPRM DISERANG, ADALAH MENJADI TANGGUNGJAWAB KITA UNTUK MEMPERTAHANKAN INSTITUSI INI – Lim Kit Siang, 6 Ogos 2015 (Ihsan Wakeup Malaya)

Cakap, kena serupa bikin ya!

Selangor Anggap Serbuan Memerangi Rasuah Menjejaskan Imejnya

Selangor masih belum tandatangani Ikrar Bebas Rasuah

Hari ini Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah membuat serbuan ke atas Universiti Selangor (UNISEL) dan Menteri Besar Diperbadankan (MBI) bagi menyiasat pertikaian kontrak membabitkan universiti itu dengan bekas kontraktor, Jana Niaga Sdn Bhd, dan dakwaan rasuah membabitkan RM10 juta.

Serbuan ini telah mendatangkan rasa tidak puas hati di pihak kerajaan negeri Selangor.  Pengarah Komunikasi Strategik di pejabat Menteri Besar Selangor, Yin Shao Loong, menyifatkan serbuan tersebut sebagai usaha untuk menjejaskan imej kerajaan negeri Selangor.

Ia secara terang-terangan menunjukkan tindakan terancang bertujuan menjejaskan imej kerajaan Selangor yang tuntas berpegang kepada prinsip ketelusan dan kebertanggungjawaban,” kata Shao Loong. “SPRM dituntut supaya menyiasat secara profesional dan tidak dipengaruhi oleh tekanan politik.”

Beliau menambah bahawa tekanan politik ke atas SRPM hanya akan mencalar persepsi dan menghakis keyakinan rakyat terhadap agensi anti-rasuah itu.

“Mana rasuah? Mana ada rasuah di Selangor?”

Persoalannya, adakah benar SPRM dikenakan tekanan politik untuk bertindak terhadap para pegawai kerajaan di negeri-negeri yang ditadbir oleh pihak pembangkang?  Jikalau benar, siapa pula yang mengenakan tekanan politik supaya Exco Kerajaan Negeri Johor Latif Bandi dan Veteran UMNO Isa Samad ditangkap?  Barisan Nasional atau Pakatan Harapan?

Ini memang lumrah pihak pembangkang menuding jari apabila mereka sendiri amalkan budaya hidup rasuah.  Mereka akan mencari jalan keluar dengan menyalahkan orang lain.

Contoh terbaik adalah apabila beberapa orang Exco Kerajaan Negeri Selangor disiasat oleh SPRM setahun selepas mereka memegang kuasa pentadbiran di negeri tersebut – YA! BARU SETAHUN SUDAH ADA KES RASUAH!  Malangnya, saksi yang disoalsiasat ketika itu, Teoh Beng Hock, mati semasa dalam tahanan SPRM.  Namun, kematian tersebut dipertanggung jawabkan kepada pihak SPRM dan Barisan Nasional seolah-olah kematian Beng Hock memberi manfaat kepada BN dan bukannya mereka-mereka yang disyaki yang berada dalam kerajaan negeri Selangor yang diterajui mereka.

Minggu lepas, Nurul Izzah mengecam SPRM kerana menyerbu sebuah kilang haram dan juga pejabat Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Phee Boon Poh.  Kata Nurul Izzah lagi, keyakinan rakyat terhadap SPRM berada di tahap yang rendah.  Beliau menuduh SPRM sengaja mengenakan ahli politik dari Pakatan dengan pertuduhan-pertuduhan yang remeh untuk menjejaskan pihak pembangkang.

Nurul Izzah berkata sentimen rakyat terhadap SPRM terjejas akibat serbuan di Pulau Pinang

Hari ini, Yin Shao Loong pula telah menggunakan ayat yang sama iaitu persepsi rakyat terhadap SPRM telah tercalar.

Selangor ialah satu-satunya negeri yang masih belum menandatangani ‘Ikrar Bebas Rasuah‘ yang disarankan oleh pihak SPRM.  Walaupun Menteri Besar Selangor Azmin Ali tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai perkara tersebut sendiri, beliau telah diwakili oleh jurucakap beliau iaitu Iskandar Abdul Samad dari parti PAS.

Iskandar Abdul Samad pernah berkata bahawa Selangor mempunyai caranya tersendiri yang lebih baik untuk menangani gejala rasuah dan salahguna kuasa

Yang menghairankan ialah kerajaan negeri Kelantan yang diterajui oleh PAS telah menandatangani Ikrar tersebut.  Malah, Pulau Pinang yang bergelumang dengan kes rasuah juga telah menandatangani Ikrar tersebut.  Kenapa Selangor yang setahun jagung sudah disiasat kerana gejala rasuah enggan menandatangani Ikrar tersebut?

PAS yang hampir tiada gejala rasuah pun tandatangan Ikrar Bebas Rasuah. Selangor yang disiasat pada tahun pertama berkuasa boleh tak nak tandatangan?

Adakah Iskandar membayangkan bahawa kerajaan negeri Kelantan yang diterajui rakan-rakannya dari PAS adalah kurang berakal berbanding beliau dalam usaha memerangi rasuah?  Kenapa beliau sebagai seorang ahli PAS tidak berkongsi sebarang maklumat mengenai cara menangani gejala rasuah oleh Selangor dengan PAS Kelantan?  Adakah sebab PAS Kelantan bukan sahabat beliau?  Bukankah sebagai seorang ahli PAS beliau sepatutnya bantu memperkukuhkan parti seperti yang dituntut oleh Fasal 16 (3) (e) Perlembagaan Parti Islam SeMalaysia?

Sesungguhnya saya tidak faham dengan Yin Shao Loong, Nurul Izzah dan Iskandar Abdul Samad yang memperlekehkan usaha SPRM membanteras gejala rasuah dan salahguna kuasa.  Iskandar Abdul Samad tidak berkongsi pengalaman Selangor membanteras rasuah; Nurul Izzah dan Shao Loong memperkecilkan usaha SPRM.

Sedangkan Ketua Umum Pakatan Harapan dan Presiden PKR pun sokong akan tindakan SPRM yang meletakkan kepentingan rakyat di atas kepentingan parti-parti politik.

Anwar dan Wan Azizah menyokong tindakan SPRM

Sepatutnya, sebagai sebuah negeri yang bangga dengan kaedahnya sendiri untuk menangani gejala rasuah, kerajaan negeri Selangor sepatutnya menyokong kuat usaha dan bantuan SPRM untuk menentukan bahawa Selangor benar-benar bebas dari budaya rasuah.

Rakyat tidak bodoh.  Rakyat memerhati.  Dan rakyat tahu segala usaha memperkecilkan usaha SPRM memerangi gejala rasuah dan salahguna kuasa bermakna there is SOMETHING FOR SELANGOR TO HIDE.