
Hari ini Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah membuat serbuan ke atas Universiti Selangor (UNISEL) dan Menteri Besar Diperbadankan (MBI) bagi menyiasat pertikaian kontrak membabitkan universiti itu dengan bekas kontraktor, Jana Niaga Sdn Bhd, dan dakwaan rasuah membabitkan RM10 juta.
Serbuan ini telah mendatangkan rasa tidak puas hati di pihak kerajaan negeri Selangor. Pengarah Komunikasi Strategik di pejabat Menteri Besar Selangor, Yin Shao Loong, menyifatkan serbuan tersebut sebagai usaha untuk menjejaskan imej kerajaan negeri Selangor.
“Ia secara terang-terangan menunjukkan tindakan terancang bertujuan menjejaskan imej kerajaan Selangor yang tuntas berpegang kepada prinsip ketelusan dan kebertanggungjawaban,” kata Shao Loong. “SPRM dituntut supaya menyiasat secara profesional dan tidak dipengaruhi oleh tekanan politik.”
Beliau menambah bahawa tekanan politik ke atas SRPM hanya akan mencalar persepsi dan menghakis keyakinan rakyat terhadap agensi anti-rasuah itu.

Persoalannya, adakah benar SPRM dikenakan tekanan politik untuk bertindak terhadap para pegawai kerajaan di negeri-negeri yang ditadbir oleh pihak pembangkang? Jikalau benar, siapa pula yang mengenakan tekanan politik supaya Exco Kerajaan Negeri Johor Latif Bandi dan Veteran UMNO Isa Samad ditangkap? Barisan Nasional atau Pakatan Harapan?
Ini memang lumrah pihak pembangkang menuding jari apabila mereka sendiri amalkan budaya hidup rasuah. Mereka akan mencari jalan keluar dengan menyalahkan orang lain.
Contoh terbaik adalah apabila beberapa orang Exco Kerajaan Negeri Selangor disiasat oleh SPRM setahun selepas mereka memegang kuasa pentadbiran di negeri tersebut – YA! BARU SETAHUN SUDAH ADA KES RASUAH! Malangnya, saksi yang disoalsiasat ketika itu, Teoh Beng Hock, mati semasa dalam tahanan SPRM. Namun, kematian tersebut dipertanggung jawabkan kepada pihak SPRM dan Barisan Nasional seolah-olah kematian Beng Hock memberi manfaat kepada BN dan bukannya mereka-mereka yang disyaki yang berada dalam kerajaan negeri Selangor yang diterajui mereka.
Minggu lepas, Nurul Izzah mengecam SPRM kerana menyerbu sebuah kilang haram dan juga pejabat Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Phee Boon Poh. Kata Nurul Izzah lagi, keyakinan rakyat terhadap SPRM berada di tahap yang rendah. Beliau menuduh SPRM sengaja mengenakan ahli politik dari Pakatan dengan pertuduhan-pertuduhan yang remeh untuk menjejaskan pihak pembangkang.

Hari ini, Yin Shao Loong pula telah menggunakan ayat yang sama iaitu persepsi rakyat terhadap SPRM telah tercalar.
Selangor ialah satu-satunya negeri yang masih belum menandatangani ‘Ikrar Bebas Rasuah‘ yang disarankan oleh pihak SPRM. Walaupun Menteri Besar Selangor Azmin Ali tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai perkara tersebut sendiri, beliau telah diwakili oleh jurucakap beliau iaitu Iskandar Abdul Samad dari parti PAS.

Yang menghairankan ialah kerajaan negeri Kelantan yang diterajui oleh PAS telah menandatangani Ikrar tersebut. Malah, Pulau Pinang yang bergelumang dengan kes rasuah juga telah menandatangani Ikrar tersebut. Kenapa Selangor yang setahun jagung sudah disiasat kerana gejala rasuah enggan menandatangani Ikrar tersebut?

Adakah Iskandar membayangkan bahawa kerajaan negeri Kelantan yang diterajui rakan-rakannya dari PAS adalah kurang berakal berbanding beliau dalam usaha memerangi rasuah? Kenapa beliau sebagai seorang ahli PAS tidak berkongsi sebarang maklumat mengenai cara menangani gejala rasuah oleh Selangor dengan PAS Kelantan? Adakah sebab PAS Kelantan bukan sahabat beliau? Bukankah sebagai seorang ahli PAS beliau sepatutnya bantu memperkukuhkan parti seperti yang dituntut oleh Fasal 16 (3) (e) Perlembagaan Parti Islam SeMalaysia?
Sesungguhnya saya tidak faham dengan Yin Shao Loong, Nurul Izzah dan Iskandar Abdul Samad yang memperlekehkan usaha SPRM membanteras gejala rasuah dan salahguna kuasa. Iskandar Abdul Samad tidak berkongsi pengalaman Selangor membanteras rasuah; Nurul Izzah dan Shao Loong memperkecilkan usaha SPRM.
Sedangkan Ketua Umum Pakatan Harapan dan Presiden PKR pun sokong akan tindakan SPRM yang meletakkan kepentingan rakyat di atas kepentingan parti-parti politik.

Sepatutnya, sebagai sebuah negeri yang bangga dengan kaedahnya sendiri untuk menangani gejala rasuah, kerajaan negeri Selangor sepatutnya menyokong kuat usaha dan bantuan SPRM untuk menentukan bahawa Selangor benar-benar bebas dari budaya rasuah.
Rakyat tidak bodoh. Rakyat memerhati. Dan rakyat tahu segala usaha memperkecilkan usaha SPRM memerangi gejala rasuah dan salahguna kuasa bermakna there is SOMETHING FOR SELANGOR TO HIDE.
One Reply to “Selangor Anggap Serbuan Memerangi Rasuah Menjejaskan Imejnya”
Comments are closed.