
Sekali lagi saya tertarik dengan satu mesej dalam WhatsApp oleh seorang bekas pegawai tentera yang sering menghentam pihak kerajaan. Mari kita lihat apa yang ditulis oleh beliau kali ini:
Saya Mej xxxxxxx Bersara ingin memperingatkan semua anggota Tentera Dan Veteran ATM supaya menolak Barisan Nasional dan mengundi Pakatan Harapan (mengunakan logo PKR) Di PRU 14 ini kerana selama 60 tahun kerajaan BN gagal mertabatkan ATM Dan Veteran.
SIRI PENERANGAN KEDUA
SEJAK MERDEKA, KERAJAAN BARISAN NASIONAL MENGHALANG YANG DI PERTUAN AGONG, SEBAGAI PANGLIMA TERTINGGI ANGKATAN TENTERA UNTUK MEMBERI KUASA MUTLAK KEPADA MAJLIS ANGKATAN TENTERA BAGI MENTADBIR DAN MEMBUAT PERATURAN TERUTAMA TENTANG SYARAT SYARAT PERKHIDMATAN, GAJI DAN PENCEN ATM.
Saudara2 Dan Saudari2 sekalian.
Saya ingin memberi tahu bahawa kepincangan mengenai syarat2 perkhidmatan anggota dan masaalah hak hak Veteran kebanyakkannya berpunca daripada keengganan kerajaan Barisan Nasional mematuhi undang2 dan peraturan2 yang sedia ada dan menafikan badan yang ditugaskan oleh undang2 untuk membuat perancangan atau dasar ATM.
Undang2 adalah peraturan hidup. Negara Yang ditadbir tidak mengikut lunas undang2 adalah negara yang tidak tergolong kepada negara rule of law atau negara Yang tidak tertakluk kepada kedaulatan undang2.
Saudara2 Suaudari2 sekali,
Jika undang2 kerap dicabul, undang2 tidak bermakna lagi. Kita sebagai rakyat Yang cinta pada negara hendaklah berani mempersoalkan jika kerajaan membelakangkan undang2 negara dan penguatkuasaanya untuk kebaikan rakyat. Kerap kali kerajaan Barisan Nasional mengunakan undang2 hanya untuk menekan rakyat dan bukan untuk membantu rakyat.
Rakyat mesti faham bahawa Perlembagaan Persekutuan adalah undang2 yang tertinggi Di Malaysia. Ini dia akui sendir oleh Perkara 4(1) perlembagaan persekutuan: “Perlembagaan ini adalah undang2 utama persekutuan dan apa2 undang2 yang diluluskan selepas Hari merdeka yang tidak selaras dengan perlembagaan ini adalah tidak sah setakat ketidakadilan itu.”
Semua anggota ATM, Veteran dan rakyat jelata hendaklah faham bahawa Perlembagaan Persekutuan adalah merupakan Satu kontrak sosial rakyat yang tidak boleh di persoalkan Dan diganggu gugat oleh mana2 mana2 individu atau mana2 pihak terutama oleh parti politik yang memerintah.
Yang paling penting didalam perlembagaan persekutuan bagi ATM adalah tiga Perkara seperti berikut:
PERTAMA
- Perkara 41 perlembagaan persekutuan yang menyatakan bahawa Yang Di Pertuan Agong hendaklah menjadi Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Persekutuan.
Perkataan hendaklah tersebut bagi saya bermaksud SPB YDP Agong mempunyai kuasa mutlak untuk memerintah Dan mentadbir ATM.
Jika ada sesiapa hendak mempertikaikan kuasa SPB YDPA ini, saya cabar mereka membaca kuasa budicara Baginda dalam Perkara 40(2) dan 40(3) perlembagaan persekutuan.
Kuasa YDPA sebagai Panglima tertinggi Angkatan Tentera ada hubung kaitnya dengan wasiat nombor 3, wasiat Raja2 Melayu yang di buat pada 5 Ogos 1957 Yang berbunyi:
“Bagi menjaga kamu Dan bagi Melindungi anak cucu kamu Serra hak milik kamu, Kami tubuhkan Rejimen Askar Melayu selain untuk membanteras kekacauan Dalam negara Dan ancaman dari luar negara”
ATM diketuai oleh Panglima Angkatan Tentera (PAT) Yang berpangkat Jeneral, Laksamana atau Jeneral TUDM. Beliau adalah ketua professional ATM Yang dilantin oleh SPB YDPA. PAT memerintah dan mentadbir ATM melalui Jawatankuasa Panglima2 (JPP) dan juga yang paling penting keputusan mengenai pemerintahan, pentadbiran dan Disiplin Di bantu Majlis Angkatan Tentera (MAT) dimana kuasa MAT datang terus dari YDPA.
Yang membuat Kita sedih sekarang kita lihat ATM di tadbir secara terus oleh Menteri Pertahanan, orang politik Dan KSU Yang tidak ujud kuasa mereka dalam undang2 untuk memerintah ATM secara langsung.
KEDUA
- Perkara 137(1) perlembagaan persekutuan, menyatakan MAT hendaklah bertanggonjawab dibawah kuasa am YDPA bagi:
– pemerintahan
– tatatertib Dan
– Pentadbiran Angkatan Tentera,
– Dan segala perkara lain yang berhubungan dengannya.
Ahli2 MAT Di sebut dengan jelas dalam Perkara 137 (3) perlembagaan persekutuan:
- Menteri Pertahanan sebagai pengerusi ( *tidak ada kuasa veto, lihat perkara 137(4)(d), Tanpa menhan, ahli2 boleh lantik ahli lain sebagai pengerusi.);
- Wakil Duli2 Yang Maha Mulia Rajà2 Melayu, Di lantik oleh Majlis Raja2 Melayu;
iii. PAT dilantik oleh YDPA;
- KSU Kementah bertindak sebagai Setiausaha (*tidak ada kuasa veto tapi hanya menyimpan rekod Dan minit, lihat perkara 137(4)(a) perlembagaan persekutuan);
- 2 orang pegawai turus kanan AT dilantik oleh YDPA;
- Seorang pegawai kanan Tentera Laut dilantik oleh YDPA;
vii. Seorang pegawai kanan Tentera Udara dilantik oleh YDPA;
viii. Dua orang anggota tambahan, jika ada, Sama ada anggota Tentera atau premenopausal, dilantik oleh YDPA.
Sejak pemerintahan Barisan Nasional, perkara ini dicabuli, hak hak Yang Di Pertuan Agong Dan hak MAT Di nafikan secara tak langsong.
Saudara2 Saudari2 sekalian,
Kuasa yang di beri oleh Perlembagaan Persekutuan kepada MAT sangat Luas tetapi sedih nya kuasa ini di cabuli dan di rompak oleh pemimpin Barisan Nasional dan KSU Kementah, yang pada dasar nya tidak faham jiwa tentera tetapi mengawal ATM semata2 nya untuk kepentingan politik Peribadi Dan bagi KSU/KSN pula cuba menjadi badan Yang paling berkuasa Di dalam perkhidmatan awam kerajaan malaysia. saya Akan buktikan Dalam siri penerangan saya ini.
Baerbagai2 kuasa MAT yang di beri oleh YDPA Dan semua nya tersurat Di dalam Akta Angkatan Tentera 1972. Berikut adalah beberapa contoh dimana MAT hendaklah bertanggonjawab Di bawah kuasa am YDPA:
- Sek 15 AAT72: kuasa membuat peraturan2 berkenaan petauliahan Dan perlantikan pegawai, terms perkhidmatan mereka DLL. HAL ini Di perincikan lagi Dalam Peraturan2 AT (Terma2 perkhidmatan bagi Angkatan Tetap 2013)
- Sek 36 AAT72: membuat peraturan2 berkenaan dengan pengambilan masuk orang dalam Angkatan Tetap, syarat perkhidmatan mereka dll.HAL ini juga di perincikan lagi Dalam Peraturan2 AT (Terma2 perkhidmatan bagi Angkatan Tetap 2013)
iii. Membuat peraturan2 gaji Dan elaun Dan emoluments lain bagi pegawai Dan askar-lasykar ang tetap DLL. HAL ini Di perincikan Dalam Federal Army (Pay and allowances) Regulations 1961. Seksyen ini MAT boleh diberikan kuat kuasa kebelakangan kepada apa2 tarikh, Sama ada sebelum atau selepas permulaan berkuat kuasa Akta AT72.
- Sek. 187(1) membuat peraturan2 berkenaan dengan gaji bersara, pencen, ganjaran dan pemberian lain; Dan peraturan2 ITU boleh menyatakan syarat yang meliputi pemberian Dan kadar gaji bersara, pencen, ganjaran Dan pemberian lain itu, dan boleh mengadungi apa2 peruntukkan lain Yang mungkin perlu dan boleh diberikan kuat kuasa kebelakangan kepada apa2 tarikh, Sama ada sebelum atau selepas permulaan berkuat kuasa Akta AT72.
Apa Yang saya nyatakan di atas ada lah sebahagian kecil kuasa MAT yang sangat luas, tetapi kuasa ini tidak di Ikuti secara undang2 kerana orang politik terutama Menteri Pertahanan dan KSU mengambil alih membuat peranan ini. Akhirnya ATM di perlemahkan mengikut cita Rasa mereka.
Saudara2 Saudari2 sekalian,
Ingin saya beritahu bahawa Kementah Dan ATM adalah dua identiti Yang berbeza.
Kementerian Pertahanan Di terajui oleh Menteri Pertahanan dan Di Bantu oleh seorang Timbalan Menteri. Organisasi Kementah mengadungi anggota perkhidmatan awam Yang diketuai oleh Ketua Setiausaha (KSU).
ATM Di ketuai oleh PAT. Beliau adalah ketua professional ATM Yang dilantin oleh SPB YDPA. PAT memerintah dan mentadbir ATM melalui Jawatankuasa Panglima2 (JPP). Hal2 pemerintah, Tata tertinggi Dan pentadbiran ATM Dan segala perkara Yang berhubung dengannya diuruskan oleh MAT.
APA yang belaku sebenarnya dari hal pentadbiran ATM?
Pada tahun 1981, Satu badan Yang mengabungkan perintah tertinggi ATM (MAT) dan Awam Kementah Yang di namakan Lembaga Menteri telah di ujudkan. Lembaga ini dengan secara tidak langsung hilangkan kuasa MAT. Lembaga menteri telah menjadi satu badan Yang meyelesaikan Dan menghuraikan masaalah Kementah keseluruhan nya kecuali berkaitan operasi.
Jika Kita buka sesawang Kementah Di http://www.mod.gov.my/ms/mengenai-kami/carta-organisasi.html Kita Akan dapati PAT Di letak di bawah KSU Kementah.
Keadaan sekarang menjadi lebih malang kepada ATM/MAT di mana Lembaga Menteri Yang saya katakan tadi telah di tukar Nama sebagai KUMPULAN PENGURUSAN ANGKATAN TENTERA. Ahli MAT Yang Di tetapkan oleh Perlembagaan Persekutuan telah di tambah menjadi 17 dengan bertambah nya 7 orang awam Dan Salah seorang ahli dalam MAT adalah Timbalan Ketua Pengarah perkhidmatan Awam (Pembangunan) dari JPA.
Kesan Dari ini, Kita dapati banyak hal hal ATM terutama syarat2 perkhidmatan dan hal gaji telah di harmonikan dengan sistem perkhidmatan awam.
KETIGA
- Menurut Perkara 132(1) perlembagaan persekutuan, susunan kekanan senarai perkhidmatan awam adalah seperti berikut:
- Angkatan Tentera.
- Perkhidmatan Kehakiman Dan perundangan.
iii. Perkhidmatan Awam am persekutuan.
- Pasukan Polis.
- ( KTM – Dimansuhkan).
- Perkhidmatan awam bersama Yang disebut Dalam perkara 133.
vii. Perkhidmatan awam setiap Negeri.
viii. Perkhidmatan pendidikan.
Angkatan Tentera Malaysia adalah Yang terkanan sekali dalam senarai protokol perlembagaan persekutuan. Tetapi oleh kerana pencabulan Yang telah di buat oleh orang politik Barisan Nasional Dan Perkhidmatan awam, dan tidak ada seorang pun panglima2 ATM Yan bangun bersuara Dan menentang pencabulan undang2 di dalam perlembagaan persekutuan, Kita boleh lihat bertapa lemah nya ATM untuk membetulkan keadaan ATM Dan Veteran.
APA Yang belaku Angkatan Tentera sekarang telah jatuh dari tangga teratas menjadi sama dengan Polis Yang duduk Di tangga keempat Dan pangkat Dan gred Mereka telah Di harmonikan dengan perkhidmatan awam.
Semua anggota ATM Dan Veteran tahu syarat2 perkhidmatan Dan Gaya hidup ATM tidak sama dengan Awam Dan Polis. Tetapi kenapa ATM harus ikut gaji Dan syarat2 perkhidmatan tertentu awam? Di mana Keadilan Yang Di beri kepada ATM?
Perubahan2 syarat2 ini Akan secara langsung tempias kepada kedudukannya Veteran ATM. Pesara terpaksa ikut sistem Pesara Awam Yan rata2 mereka semua berumur 60 tahun keatas. Dan telah berkhidmat lebih dari 35 tahun. Pehinaan terhadap ATM sudah bermula 45 tahun lalu (lihat penerangan Siri Satu saya).
Saudara2 Saudari2 sekalian,
Saya Akan ulas lebih banyak isu2 pencabulan undang2 Yang Di lakukan pada ATM Dalam Siri2 penerangan saya Yang berikut nya.
Untuk mengubah nasib kita, Kita Mesti tolak BN Dan gantikan dengan kerajaan Yang Di pimpin oleh Parti politik baru.
Marilah Kita bersama2 mengundi Pakatan Harapan yang mengunakan logo PKR pada PRU14 ini. InsyaAllah
Sekian wassalam.
Mej xxxxxxxx Bersara
Begitu panjang dan lebar tetapi agak dangkal dan terlalu beremosi dalam penyampaian.
Penulis di atas mungkin kurang mahir dalam penterjemahan Perlembagaan Persekutuan, dan lebih gemar memilih peruntukan-peruntukan dalam Perlembagaan yang memihak kepada apa mesej yang hendak disampaikan, dan tidak memberi gambaran yang penuh.
ISU PERLEMBAGAAN MERUPAKAN UNDANG-UNDANG TERUNGGUL
Pada permulaannya penulis telah memberi gambaran bahawa apa jua undang-undang yang tidak selaras dengan Perlembagaan adalah tidak sah setakat ketidak adilan itu.
Semasa isu kalimah Allah menjadi besar akibat pengharaman penggunaannya di dalam Kitab Injil Bahasa Melayu mengikut Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor, ramai yang menyatakan bahawa Enakmen tersebut adalah bertentangan dengan Artikel 3(1) dan 11(1) Perlembagaan Persekutuan.
Namun, Enakmen tersebut adalah merupakan suatu Enakmen yang telah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Selangor yang ahli-ahlinya juga termasuk mereka yang bukan beragama Islam. Ianya adalah Enakmen yang digunapakai bukan sahaja ke atas mereka yang beragama Islam tetapi juga, di mana sesuai, digunakan ke atas mereka yang tidak beragama Islam.
Sehingga ada suatu Mahkamah Perlembagaan yang memutuskan Enakmen tersebut tidak sah dari segi Perlembagaan, maka ianya tetap sah dan diterima pakai oleh semua. Begitulah juga kaedahnya dengan undang-undang lain yang dianggap mencabuli hak asasi rakyat Malaysia menurut Perlembagaan Persekutuan.
YANG DIPERTUAN AGONG SEBAGAI PEMERINTAH ANGKATAN TENTERA MALAYSIA
Melalui Artikel 41 Perlembagaan Persekutuan, Yang DiPertuan Agong adalah pemerintah tertinggi Angkatan Tentera Malaysia. Namun, apa jua tindakan yang diambil oleh YDP Agong adalah di atas nasihat yang diberikan oleh Perdana Menteri dan jemaah Menteri (Kabinet).
Artikel 40(2) yang disebut-sebut hanyalah berkenaan perlantikan Perdana Menteri, menangguhkan pembubaran Parlimen (Dewan Rakyat), meminta untuk Majlis Raja-Raja bersidang.
Artikel 40(3) pula menyebut Undang-Undang Persekutuan boleh membuat undang-undang di mana Yang DiPertuan Agong boleh bertindak selepas dinasihati oleh orang-orang yang selain dari Jemaah Menteri selain fungsi yang boleh diambil tindakan mengikut budibicaranya.
Ini bermakna, YDP Agong boleh juga membuat tindakan lain selepas mendengar nasihat lain-lain orang selain Jemaah Menteri. Sebagai contoh: mengambil nasihat daripada Badan Kehakiman, Kepolisian dalam hal-hal berkenaan Perlembagaan, Perundangan dan Keselamatan.
Hakikatnya, kuasa yang ada pada YDP Agong hampir kesemuanya dijalankan oleh Perdana Menteri mengikut Artikel 39 di mana kuasa YDP Agong diperturunkan kepada Perdana Menteri dan Jemaah Kabinet, dan YDP Agong bertindak di atas nasihat. Bertindak mengikut budibicara di sini bermaksud mengambil sesuatu keputusan untuk bertindak setelah menerima nasihat.
Ini bermakna, YDP Agong adalah “de jure head of the state” (Ketua Negara yang sah) manakala Perdana Menteri adalah “de facto head of government” (Ketua Hakiki Kerajaan ).
Maka, kuasa yang diperturunkan oleh YDP Agong untuk mewakilinya di dalam urusan pentadbiran dan lain-lain urusan berkenaan Angkatan Tentera Malaysia diberikan kepada seorang Menteri Kabinet yang dipertanggungjawabkan sebagai Menteri Pertahanan. Menteri Pertahanan menjalankan kewajipan mewakili YDP Agong, dan bertanggung jawab terhadap Perdana Menteri Malaysia.
Ini bermakna, kesetiaan Angkatan Tentera Malaysia kepada Raja dan Negara bermakna kesetiaan juga kepada Kerajaan YDP Agong yang telah dipilih oleh rakyat dan dibentuk dengan titah YDP Agong.
MAJLIS ANGKATAN TENTERA
Berkenaan Artikel 137 berhubung MAT yang dibangkitkan oleh penulis, tiada sebarang pencabulan berlaku di situ kerana sepertimana yang telah diterangkan di atas, Menteri diperuntukkan kuasa oleh YDP Agong melalui Artikel 39 untuk menjaga hal ehwal Pertahanan.
Apa jua undang-undang yang dibuat mengenai Angkatan Tentera Malaysia termasuk Akta Angkatan Tentera, 1972, adalah merupakan undang-undang yang dibuat di bawah Perlembagaan Persekutuan dan diluluskan oleh badan perundangan (Parlimen) untuk Menteri yang dipertanggung jawabkan serta Kementeriannya menjalankan tugas.
Adalah bahaya jika seorang Panglima Angkatan Tentera atau mana-mana Panglima Perkhidmatan boleh bertindak membelakangkan Menteri yang dipertanggung jawabkan. Bayangkan sekiranya hari ini Tentera Laut DiRaja Malaysia bercadang untuk menyerang mana-mana kapal tentera asing yang melalui perairan kita dalam keadaan “innocent passage.”
KEKANANAN ANGKATAN TENTERA MALAYSIA
Tidak ada mana-mana peruntukan di bawah Artikel 132(1) Perlembagaan Persekutuan menyatakan senarai perkhidmatan awam tersebut adalah mengikut kekananan. Angkatan Tentera Malaysia bukanlah suatu perkhidmatan awam yang paling kanan kedudukannya berbanding lain-lain perkhidmatan awam.
Ia hanya mainan persepsi yang dibuat oleh penulis.
WASIAT RAJA-RAJA MELAYU
Wasiat Raja-Raja Melayu ini dibuat sejurus sebelum berlakunya Kemerdekaan Tanah Melayu. Ini adalah wasiat daripada Raja-Raja Melayu kepada rakyat di setiap negeri. Untuk memahami wasiat ini, kita perlu fahami bahawa kemerdekaan yang kita capai bukanlah daripada pihak British sebenarnya. Kita imbau kembali sejarah penubuhan pembentukan Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka.
Selain Melaka, Pulau Pinang, Singapura, dan (buat seketika) jajahan Dinding dan Pangkor, tidak ada mana-mana negeri dalam Tanah Melayu yang telah dijajah oleh British. Kemasukan British ke Tanah Melayu dan seterusnya perkenalan sistem pentadbiran British adalah disebabkan perjanjian-perjanjian di antara pihak British dengan Raja di setiap negeri. Kuasa eksekutif Sultan diperturunkan kepada seorang Residen (Reseden-Jeneral bagi negeri-negeri Bersekutu iaitu Perak, Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan). Residen-residen ini adalah digajikan oleh Raja negeri-negeri di mana mereka berkhidmat.
Apabila perbincangan untuk kemerdekaan berlaku, ianya adalah di antara kerajaan British (sebab mereka mempunyai perjanjian dengan Raja-Raja), Raja-Raja Melayu (kerana mempunyai perjanjian dengan pihak British), dan wakil rakyat Malaya yang diwakili oleh Parti Perikatan (UMNO, MCA, MIC). Perbincangan ini berkitar mengenai pembubaran perjanjian, pemerintahan sendiri oleh kerajaan yang dipilih rakyat.
Maka, apabila berlakunya kemerdekaan Tanah Melayu, kuasa eksekutif yang selama ini dipegang oleh Residen British, diserahkan pula oleh Raja-Raja Melayu kepada kerajaan yang dipimpin oleh Perdana Menteri.
Kemerdekaan kita adalah dari sistem feudalisme, bukan penjajahan.
PENTUTUP
Saya dapati penulisan ini menggambarkan sama ada penulis sebenarnya keliru dengan peruntukan-peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan, atau sengaja mahu mengelirukan pembaca disebabkan sandaran politiknya.
Pun begitu, sekiranya inilah yang terbaik yang boleh dibentangkan, nasihat saya kepada beliau adalah untuk banyakkan membaca dan berlaku adil serta tanamkan sikap dan minda yang terbuka. Penulis nampaknya jahil mengenai sejarah Perlembagaan Persekutuan. Menjadi seorang peguam tidak bermakna anda mahir dari segala selok-belok perundangan dan perlembagaan.
Bak kata seorang novelis US bernama Edna Ferber: “Minda yang tertutup adalah minda yang menghadapi kematian.” Oleh itu, jangan dijumudkan lagi minda itu hanya kerana fahaman politik peribadi.
You must be logged in to post a comment.