A few moments after that posting was put up, I received a text message condemning me, calling me kufur. Such a big word from someone who doesn’t know what it actually means. So I posted my response as below:
——————————————————————————————————————–
Ada hamba Allah hantar SMS suruh saya mengucap dan beritahu semua
orang di PJU Online bahawa saya melakukan kesilapan yang amat besar
dan saya mesti kata bahawa bertudung itu wajib. Dan juga bahawa
aurat wanita itu adalah keseluruhan kecuali muka dan tapak tangan,
dan ada yang kata tapak kaki juga.
Sepertimana yang saya katakan tadi, saya ni tak suka taqlid,
sebaliknya saya suka ittiba’.
Saya tetap dengan pendirian saya.
Kenapa saya kata begitu?
Shaikh Muhyiddin Ibnu al-Arabi al-Andalusi dalam al-Futuhat al-
Makkiah Jilid 1 muka 521 menyebut: “Sebahagian ulama berkata
keseluruhan tubuh seorang wanita itu adalah aurat kecuali muka dan
dua tapak tangan. Ada pula ulama mengatakan demiian dengan tambahan
bahawa tapak kakinya tidak termasuk aurat. Adapun mazhab kami, aurat
pada perempuan hanyalah dua kemaluannya sebagaimana Allah
berfirman: “Mulailah mereka menutup atas kedua-dua mereka dengan
daun dari syurga (al-A’raf 22).”
PAS pernah mengatakan bahawa pendapat ini tidak boleh dipakai sebab
mereka berkata Ibnu al-Arabi ini sebenarnya adalah seorang ahli Sufi
dan bukannya ulama’. Mereka menggelarkannya Ibnu Arabi dan jangan
confusekan dengan Ibnu al-Arabi seorang ahli feqah, ahli hadith dan
ahli tafsir Mazhab Maliki.
PAS juga kata bahawa apa saja yang datang dari Shah Waliullah ad-
Dahlawi sebagai dhaif sebab tak menepati dengan sebab perjuangan
mereka (ideologi). Sebab takrif ‘aib dan aurat ad-Dahlawi dalam
Hujjatul al-Balighah tidak bersependapat dengan PAS. Tapi apa jua
hujjah biarpun dikeluarkan oleh ulama paling best dalam dunia ni pun
kalau tak kena dengan diorang, semuanya ulama kena beli. Bila
Syeikhul Akbar al-Azhar beri kenyataan Malaysia negara Islam
terbaik, diorang kata Syeikh kena beli (bukan Sheikh Harun).
Jadi kita orang Islam janganlah berfikiran rigid dan one-tracked
seperti mereka.
Mereka juga menggunakan ayat al-Quran yang berbunyi, “Wahai
Nabi.Suruhlah isteri-isterimu dan anak-anakmu serta perempuan yang
beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutupi seluruh tubuhnya
(semasa mereka keluar); cara demikian lebih sesuai untuk mereka
dikenal maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan Allah Maha
Pengampun lagi Maha Pengasihani (al-Ahzab 59).”
Kalau kita pergi pula kepada Asbabun Nuzul ayat ini kenapa ianya
diturunkan, ianya adalah kerana semasa zaman Jahilliyah, semuanya
memakai Jilbab dengan cara yang sama. Kalau kita pergi dari mula
surah ini, hingga ke ayat tersebut, macam-macam yang kita baca
mengenai larangan dari mencaci dan mencerca Rasulullah SAW dan
keluarganya. Maka arahan untuk menutup badan dengan Jilbab, adalah
untuk membezakan di antara wanita biasa, pelacur, hamba dan
sebagainya, dengan isteri-isteri Rasulullah SAW.
Orang Arab zaman dulu pakai tudung, macam orang Kristian atau Mother
Teresa pakai tudung…tudung kepala tapi nampak bidang dada. Lalu
Jilbab perlu ditarik sehingga melitupi bahagian tengkuk dan dada
yang nampak. Ingat…orang Arab dari dahulu hingga sekarang adalah
aktif dalam seks. Nafsu kuda. Jadi penggunaan Jilbab untuk menutup
bahagian-bahagian tersebut adalah untuk menjaga maruah dan status
mereka sebagai isteri-isteri dan anak-anak Rasulullah SAW. Ianya
lebih kepada untuk tidak membenarkan gangguan para lelaki. Pandangan
ini dipersetujui oleh Ibnu Mas’ud, Ubaydah, Qatadah, al-Hassan al-
Basri, Said bin Jubaiyr, Ibrahim an-Nakha’i, Ata’ al-Khurasani dan
lain-lain.
Maka adakah perlu kita salahkan orang perempuan sekiranya mereka
dirogol sebab tidak memakai jubah atau tudung? Ingat tak kisah anak
dara yang dirogol dan diliwat dalam bas di Klang dua tiga tahun
dulu? Dia memakai tudung. Jadi soal keimanan dan ketahanannya adalah
terpulang kepada masing-masing.
Berbalik kepada soal Jilbab ni, yang mengatakan kena tutup hingga
nampak mata ada dua orang sahaja. PertamaAli Ibni Abi Talhah kata
yang Ibn Abbas kata; Kedua, Muhammad bin Sirin kata Ubaydah as-
Salmani kata.
Masalah yang kita hadapi pada hari ini ialah disebabkan perbalahan
dan perbezaan (khilaf) di antara ulama dan pendapat ahli tafsir yang
sarih (kabur). Dalam Bidayatul Mujtahid Volume 1 Page 114, Imam Ibnu
Rusyd menyebutkan: “Para ulama keseluruhannya telah ittifak
(sepakat) mengatakan bahawa menutup aurat itu satu kewajipan yang
mutlak, tetapi mereka berselisih faham tentang penutupan itu adakah
ia merupakan satu syarat yang terkandung di dalam beberapa syarat
sah sembahyang ataupun tidak. Imam Maliki kata tutup aurat itu
sebahagian amalan sunat bersembahyang. Imam Hanafi dan Syafie kata
amalan fardhu dalam bersembahyang. Sebab itulah mereka selalu
bercanggah mengenai surah al-A’raf ayat 31 yang bermaksud: “Wahai
anak-anak Adam pakailah perhiasan (az-ninah) kamu pada setiap kali
ke masjid.”
Adakah suruhan Allah ini menjadikan memakai perhiasan itu wajib atau
sunat? Imam Assudi kata maksud Az-Ninah itu ialah pakaian yang
menutup aurat (baca balik jenis pakaian kedua dalam surah al-A’raf
ayat 26). Riwayat daripada Abu Hanifah pula kata aurat itu terbahagi
kepada dua iaitu Aurat Mughallazah (Berat) dan Aurat Mukhaffah
(Ringan). Aurat Mughallazah tu lah qubul dan dubur. Aurat Mukhaffah
tu selain dari itu.
Pilihlah masing-masing.
Saya pilih jalan Ittiba’.
Sesungguhnya Allahua’lam.
