Sejak aku kembali ke hidup 9-to-5 ni, hari-hari aku kena tempuh traffic jam. Sejak harga minyak runcit turun ke paras yang paling rendah sejak sebelum pilihanraya umum dulu, kereta dah makin banyak, dan queue di stesen-stesen LRT kini bertambah pendek akibat ramai yang meninggalkan kehidupan ala marhaen kepada middle-income group semula. Dan aku jangkakan semua ni akan bertambah teruk bila budak-budak mula sekolah bulan Januari nanti.
Hampir tiga tahun aku tak perlu menyumbangkan plumbum ke udara KL, kini setiap hari aku dihiburkan oleh macam-macam gelagat yang lama dah aku tak nampak. Dari yang mengorek hidung macam Mail Kerbau merogol anak dara, hinggalah yang sembang dalam handphone sambil memandu motorsikal. Memang blood aku go upstairs kalau aku layan perangai-perangai cipet dijalanan…tapi aku sekarang buat relax aje sambil dihiburkan dengan telatah DJ Serena C dan DJ Pietro.
Aku terkejut tempoh hari bila aku sedang memandu, dengan tiba-tiba sebuah Proton Waja memotong kereta aku dengan deras dan memotong masuk di hadapan aku hinggakan aku terpaksa menekan brek supaya bontot keretanya tidak mencecah bumper hadapan aku. Berbakul aku menyumpah kimek yang memandu kereta tersebut. Aku cuba jugak perhatikan rear view mirrornya nak tengok muka kimek tu. Tapi tak nampak. Aku tengok side mirrornya juga tak ada arca muka pemandu. Kereta James Bond ke apa? Sampai di satu selekoh, aku dapat memotong kenderaannya semula. Rupanya satu makcik muda yang kelihatan tua, dan amat pendek, sedang memandu. Paras matanya betul-betul berada di atas steering wheel. Macam bawak kereta kebal! Pakai sunglasses lagi dalam hujan lebat pukul 6 petang tu!
Dan disebabkan hampir 3 tahun aku tak bekerja di pejabat, maka aku terpaksa membeli baju-baju kerja. Yang itu dah selamat aku lakukan 3 minggu yang lepas. Tapi yang tak cukupnya ialah handkerchief. Aku tak boleh tak ada handkerchief. Aku rasa aku banyak handkerchief tapi tak tau la magician mana yang ambik nak keluarkan arnab atau burung atau buat lap air akibat tak tahan nafsu. Tapi pokok pangkalnya, aku tinggal satu aje handkerchief.
So malam tadi aku ajak la Wifey pergi ke sebuah hypermarket…bukan la nak cari handkerchief, tetapi sebab memang nak kena beli barangan dapur. Jadi boleh la nak cari handkerchief sekali…dah alang-alang. Puas la kitorang pusing kat section pakaian. Seluar dalam memang bercambah. Begitu juga dengan stokin. Tapi handkerchief tak ada. Aku tak puas hati. Lalu aku pun mecari la staff hypermarket tersebut. Lantas aku ternampak seorang staff yang berat badannya aku boleh gerenti buat aku terasa underweight yang tengah kira stok di atas lantai.
“Dik, sapu tangan ada tak kat sini?” tanya aku kepada pemuda 120 kilo.
“Sapu tangan tu macam mana, abang?” tanya pemuda 120 kilo dengan penuh kehairanan.
“Handkerchief…handkerchief,” jawab aku.
“Handkerchief tu macam mana, abang?” tanya pemuda 120 kilo lagi dengan kebodohan yang bakal melihatnya dijadikan lembu korban Aidil Adha oleh aku di salah sebuah surau yang berhampiran.
“Macam ni,” jawab aku sambil menunjukkan sapu tangan aku yang dah 3 hari guna dan keras akibat selalu digunakan untuk menahan bersin aku.
“Tak tau la, bang. Takde kot!” jawab pemuda 120 kilo sambil menyambung semula pengiraan stok.
Kimek, memang aku nak kena guna lagi la sapu tangan ni selagi aku tak dapat beli yang baru.
Wifey pun kini telah bekerja di tempat kerjanya yang lama. Dia kembali ke jawatan asalnya dengan elaunnya dinaikkan lagi. Untung. Rasanya boleh tak lepas aku dah confirm ni aku berhenti kerja, lepak dua tiga bulan, join balik dan dapat pay rise?
Walau bagaimanapun, setelah pengstrukturan semula syarikat di mana dia bekerja, Wifey kini kena lapor kepada bos yang baru. Mamat ni aku memang tak suka langsung dan aku pernah warning mamat ni supaya jangan kasi aku nampak walaupun kelibatnya kalau dia tak nak kena lepuk dengan aku. Panjang ceritanya. Tetapi, cukuplah kalau aku nak beritahu engkorang semua bahawasanya Mamat ni adalah seorang WALI.
Walk Around Look Important
Kerja memang tak reti. Dia ni sebenarnya machai boss company tersebut. Tahap IQ rendah dari runner tapi tinggi sikit dari Forrest Gump. Tapi gaya macam Chairman bila bercakap dengan orang lain.
Aku bagi contoh la…ini contoh terbaik nak aku bagi untuk memberi bayangan akan betapa bongoknya Mamat ni. Wifey, rakan sejawatannya, bos lamanya, dan Mamat ni sedang duduk berbincang mengenai kerja bila rakan sejawatan Wifey kata dia nak pergi dengar mantan Presiden Negeri-Negeri Bersekutu, Bill Clinton, bercakap kat satu global branding forum. Semua forum speaker dibawa oleh Petra Holdings dan admission adalah free. Maka bos lama Wifey pun kata la Petra Holdings ni memang banyak duit nak bayar diorang punya lecture fees, dan sebagainya. Tak semena-mena Mamat bongok ni dengan penuh confidentnya bersuara,
“Petra ni memang suka buat kecoh!”
Semua yang ada terdiam. Kemudian salah seorang bertanya la kat Mamat ni Petra mana yang dia maksudkan yang suka buat kecoh.
“Tu la…Raja Petra…suka sangat buat kecoh!”
Apa lagi aku nak kata pasal Mamat ni? Mungkin engkorang boleh tolong komen sikit. Ini la orang yang jadi bos Wifey lepas ni. Standard macam tu aku sendiri tak berani nak suruh jadi gardener aku. Karang aku suruh prune aje pokok, dia tanamnya pokok plum sebab nak buat prunes.
Kalau aku jadi Wifey, memang capek la kerja dengan bahalol macam tu.
Inilah posting gara-gara selalu terperangkan dalam macet.