Where Are You From?

Pagi tadi, aku check Inbox E-mail office aku. Macam biasa, selain dari E-mail mengenai kerja, aku dapat juga beberapa E-mail daripada orang-orang yang mencari pekerjaan. Ada satu E-mail, mintak jawatan assistant aku (dalam org chart tak ada jawatan assistant aku) dari seorang mamat. Dia tak sebut dari mana dalam resume dia, tapi nama dia bukan nama typical American mahupun British…tapi nama mat salleh. Contact details yang ada hanyalah E-mail address yang lain dari E-mail address yang dia kirimkan resume dia, dan satu phone number. Aku tak hafal IDD codes, jadi aku tak tau dia dari mana.

So, aku pun call la nombor yang dia kasi sebab nak clarification about where he’s from.

“Yes, tell me!” jawab suatu suara.

Okay, aku rasa aku pernah dengar ayat yang sama lebih kurang 4 tahun yang silam. Biasa disuarakan oleh mereka yang berasal dari India.

“Is this Mr Tommy?” aku bertanya.

“Yes, he is this. Who are you?” tanya beliau.

Aku pun cakap la kat dia aku siapa, dan aku cerita jugak aku terima resume beliau. Lalu aku sambung dengan bertanyakan asal beliau:

“I would like to know where you are from, Mr Tommy?”

“POOON-NEY!” jawab beliau.

Aku tergelak gila. Terus aku tekap mouthpiece dan ketawa macam sial. Drilling Engineer aku pandang kat aku dengan muka penuh pelik. Lalu aku pasang speakerphone dan tanya lagi sekali asal beliau:

“I’m so sorry. Where are you from again?”

“I’m coming from Pune India,” jawab Tommy. Macam tak ada comma. Laju aje PUNE INDIA dia tu. “My father also coming from Pune India.”

Driiling Engineer aku ketawa terbahak-bahak dan lari keluar dari office aku. Aku boleh dengar dia ketawa sekuat hati. Aku rasa nak pecah perut dan terus letak telefon.

9 Replies to “Where Are You From?”

  1. nasib baik not cuniiiiii…. haha…. we now installing jacket yang kencana HL fabricate… haha…

      1. Wah…PM323 area ek? That’s near Belumut kan? Water depth around 65m. Have fun bro!

      2. yeah yeah…. west belumut… this current location is 71m… air blue macam swimming pool… and calm macam tasik biru…. haha… how nice if can dive!! haha….

      3. yeah… keeping an eye all the time… anyway, spoke too soon…. past few days weather huru hara… haha… should be the last of monsson….

Comments are closed.