OR-CARE! Part 2

Engkorang mesti ingat aku dah hilang pening aku dengan OR-CARE!. Siapa yang tak tahu siapa atau apa tu, pergi baca dulu yang tu, baru baca balik yang ni.

OR-CARE ni ada perangai pelik. Kadang-kadang dia bertudung, kadang-kadang dia tak bertudung. Ikut suka hati dia. Pagi semalam, bini aku turun ke toilet bawah pukul 6 pagi, OR-CARE ada kat dalam tu…BERTUDUNG PENUH! Aku tak faham yang tu. Kenapa kena bertudung bila dalam bilik air. Engkorang ingat yang tu pelik? Kadang-kadang dia duduk kat luar rumah pun pakai tudung jugak. Apa nak hairan? DIA PAKAI TUDUNG TAPI SELUAR DIA PENDEK! Aku kengkadang reverse kereta takut accident sebab takut ketawa terbahak-bahak tengok dia lepas tu langgar kereta orang! Kadang-kadang tu dia duduk kat luar langsung tak bertudung. Tapi tidur nanti BERTUDUNG PENUH! Korang pikir la!

Dia masih lagi bercakap dalam bahasa alien dia. Aku sampai ke sudah tak faham apa yang dia cakap, atau sama ada dia sedang bercakap dengan aku atau dengan orang lain, atau dia bercakap sorang-sorang. Banyak kali aku terkena bila ke dapur dia terus bersuara, padahal batang hidung pun tak nampak sebab aku di dry kitchen, dia di wet kitchen. Bila aku tanya apa dia yang dia cuba nak sampaikan, dia akan cakap tak berhenti dalam bahasa alien dia. Aku dah belah nak naik ke bilik pun aku dengar dia bercakap lagi dalam nada yang sama, seolah-olah aku masih ada tercegat kat situ nak dengar apa dia cakap.

Tadi lepas makan malam, aku ke dapur nak basuh tangan. Kebetulan dia tengah basuh pinggan. Jadi aku pun beritahu la dia aku nak basuh tangan. Dia nampak tangan aku penuh dengan bekas makanan. Dia pun ketepi nak kasi aku laluan. Aku baru je nak letak tangan aku, DIA TUTUP PAIP AIR TU! KEJADAHNYA?

Satu lagi yang aku pening, bila aku balik dari buat groceries, buka je pintu fridge tu, mesti penuh. Especially kat freezer. Benda tak banyak. Tapi dia akan susun semua benda sebelah-menyebelah. Kalau ada 5 bungkus burger kat dalam freezer tu, dia susun semua bungkusan tu sebelah-menyebelah. Bukannya stack atas bawah. Sebab tu bila tanya dia kalau barang ada lagi ke tidak, dia akan jawab fridge tu penuh lagi dengan barang makanan. Hakikatnya, barang dah nak habis atau dah habis pun.

Dalam the first posting pasal dia, aku dah sebut dia tak reti baca. Itu aku dah boleh accept. Tapi sampai tak kenal rupa bungkusan tu dengan warna lain-lain, rupa lain-lain, itu satu lagi yang aku tak faham. Kawan kitorang, Spena, bawak Durian Pancake dari Medan. Kitorang simpan dalam fridge. Benda tu dalam kotak plastik siap berbungkus dengan kertas, memang tak nak orang bukak sebab kitorang nak melantak. Dalam fridge tu ada popiah berbungkus jugak.

Satu petang, dia nak goreng popiah. Dia ambik bungkusan durian pancake tu, buka, dan GORENG KESEMUANYA! Yang bestnya, dia pernah goreng popiah dari bungkusan popiah tu. So, aku tak faham kenapa dia tak ambik bungkusan popiah yang lain gila rupanya, dan yang dia pernah buka, untuk goreng? So, dia goreng la durian pancake! Bila anak aku tegur kata itu durian pancake, dia kata,

“Bukan! Ini popiah sudah mau basi jadi mesti dihabiskan cepat.”

Anak aku kata semerbak bau durian, tapi dia masukkan kesemua durian pancake tu ke dalam kuali.

Dia bawak la benda tu ke depan. Bini aku tak tau nak mengamuk ke, nak menangis ke, atau nak ketawa. Aku pun pegang la satu…aku tengok ada bintik-bintik hijau kat durian pancake goreng tu. Aku ingatkan daun sup. Rupanya, kertas wrapper pancake tu yang ada bintik bunga hijau halus. DIA GORENG DENGAN WRAPPER SEKALI!

So, aku harap engkorang faham la kenapa aku masih pening dengan si OR-CARE ni.

PENING!

8 Replies to “OR-CARE! Part 2”

  1. OMG…blh jadi gila dibuatnya…hangin 1 badan weh kes grg pancake tu..

    I think dia ada “kawan” la sebab tu ckp srg2

Comments are closed.