Setelah menerima arahan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Tentera Laut DiRaja Malaysia mengerahkan lima buah aset permukaannya untuk memberi bantuan kepada pelarian Rohingya serta melakukan operasi mencari dan menyelamat selebih pelarian Rohingya yang masih berada di laut dan belum ditemui. Di dalam satu sidang akhbar yang telah diadakan petang tadi, Panglima Tentera Laut Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar TLDM menegaskan bahawa kelima-lima aset tersebut yang terdiri dari KD Mahawangsa, KD Selangor, KD Laksamana Muhammad Amin KD Ledang dan KD Jerai telah diarahkan untuk memberi bantuan sewajarnya seperti yang telah diarahkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Bagi TLDM dan kerajaan Malaysia, ini bukanlah julung kali ianya terlibat dalam misi bantuan kemanusiaan untuk kaum Rohingya. Pada bulan September 2012, kerajaan telah menggunakan kapal KD Indera Sakti untuk menghantar sebanyak 480 tan barangan keperluan seperti makanan, ubat-ubatan serta keperluan harian lain melalui pelabuhan Sittwe, Myanmar.
You must be logged in to post a comment.