SeaDemon Says

TLDM Teruskan Operasi Mencari dan Menyelamat Pelarian Rohingya

Posted on: May 21, 2015

  • In: Defence
  • Comments Off on TLDM Teruskan Operasi Mencari dan Menyelamat Pelarian Rohingya

Setelah menerima arahan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Tentera Laut DiRaja Malaysia mengerahkan lima buah aset permukaannya untuk memberi bantuan kepada pelarian Rohingya serta melakukan operasi mencari dan menyelamat selebih pelarian Rohingya yang masih berada di laut dan belum ditemui.  Di dalam satu sidang akhbar yang telah diadakan petang tadi, Panglima Tentera Laut Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar TLDM menegaskan bahawa kelima-lima aset tersebut yang terdiri dari KD Mahawangsa, KD Selangor, KD Laksamana Muhammad Amin KD Ledang dan KD Jerai telah diarahkan untuk memberi bantuan sewajarnya seperti yang telah diarahkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

KD Jerai, kapal penyapu ranjau TLDM yang turut serta dalam misi bantuan kemanusiaan untuk pelarian Rohingya - gambar TLDM

KD Jerai, kapal penyapu ranjau TLDM yang turut serta dalam misi bantuan kemanusiaan untuk pelarian Rohingya – gambar TLDM

Krisis pelarian Rohingya telah menyaksikan kematian beratus jika bukan beribu pelarian akibat pelayaran yang mengambil masa lebih tiga minggu untuk tiba di perairan Thailand, Malaysia dan Indonesia.  Hanya Malaysia dan Indonesia sahaja yang telah memberi persetujuan untuk memberi perlindungan sementara kepada 7,000 orang pelarian, sementara Thailand akan menghentikan penundaan semula ke laut bot-bot yang membawa para pelarian tersebut.  Menteri Luar, Dato’ Sri Anifah Aman menegaskan para pelarian tersebut perlu dihantar pulang dan diberi penempatan tetap dalam masa setahun dengan bantuan kewangan daripada masyarakat antarabangsa.

Bagi TLDM dan kerajaan Malaysia, ini bukanlah julung kali ianya terlibat dalam misi bantuan kemanusiaan untuk kaum Rohingya.  Pada bulan September 2012, kerajaan telah menggunakan kapal KD Indera Sakti untuk menghantar sebanyak 480 tan barangan keperluan seperti makanan, ubat-ubatan serta keperluan harian lain melalui pelabuhan Sittwe, Myanmar.

Taqweem al-SeaDemon

May 2015
M T W T F S S
« Apr   Jun »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031

Blog Stats

  • 1,203,698 hits

Twitter

  • Raya however I wear jubah not because I support the Arabisation of Malay culture but because it makes going to the toilet a whole lot easier 11 minutes ago
  • 7) How HM is dressed is none of my concern unless HM asks for an opinion 20 minutes ago
  • 6) HM was only in pyjamas. But the Istana is HM's dwelling. I was the visitor. I dress up as protocol would require me to 21 minutes ago
  • 5) I was invited to an Istana not too long ago. No invitation card. It was by WhatsApp. I attended dressed-up according to protocol 22 minutes ago
  • RT @RusEmbJakarta: In #Moscow, the main events of Eid al-Fitr celebration will be held in the Cathedral #Mosque tass.com/society/953191 htt… 30 minutes ago

Archives

%d bloggers like this: