Sebelum saya meneruskan penulisan saya ini saya ingin mengajak anda menonton klip video ini:
Ahli Parlimen DAP dari Kuching enggan berucap dalam Bahasa Malaysia
Ahli Parlimen tersebut telah membaca Artikel 161(1) Perlembagaan Persekutuan yang berbunyi:
Tiada Akta Parlimen yang menamatkan atau menyekat penggunaan bahasa Inggeris bagi apa-apa maksid yang disebut dalam Fasal (2) hingga (5) Artikel 152 boleh mula berkuatkuasa berkenaan dengan penggunaan bahasa Inggeris dalam Fasal (2) Perkara ini sehingga sepuluh tahun selepas Hari Malaysia.
Malangnya, dalam video yang kita saksikan sebentar tadi, Ahli Parlimen DAP tersebut tidak menyebut mengenai had sepuluh tahun selepas Hari Malaysia, iaitu pada 16 haribulan September 1973. Sebaliknya, bekiau berkeras menyatakan bahawa ianya menjadi hak beliau sebagai orang Sarawak untuk terus menggunakan bahasa Inggeris di dalam sidang Parlimen.
Setelah Hari Malaysia 1973, iaitu tamatnya perlindungan hak sepuluh tahun berbahasa Inggeris, Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 (semakan 1971) secara automatik berkuatkuasa di seluruh Persekutuan Malaysia. Ini bermakna bahasa penghantar rasmi bagi Sabah dan Sarawak juga adalah Bahasa Malaysia. Walau bagaimanapun, Seksyen 5 Akta tersebut memberi kelonggaran untuk seseorang Ahli Parlimen mahupun Ahli Dewan Undangan Negeri dari Sabah dan Sarawak untuk berucap dalam bahasa Inggeris di dalam majlis Parlimen tetapi dengan izin Speaker Dewan. Ianya bukan lagi suatu hak mutlak. Sekiranya tidak diizinkan oleh Speaker Dewan maka setiap Ahli Parlimen mahupun Dewan Undangan Negeri hendaklah menggunakan Bahasa Kebangsaan. Malah Akta tersebut dipinda semula pada tahun 1983 dan diperluaskan lagi.
Saya berasa hairan akan kedegilan pihak DAP yang terus menggunakan bahasa Inggeris sedangkan tidak berapa lama dahulu mereka memperjuangkan penggunaan Bahasa Kebangsaan dalam Kitab Injil malah tetap dengan pendirian mereka bahawa penggunaan kalimah Allah dalam kitab Injil adalah sebahagian dari ajaran Kristian yang tidak boleh diabaikan.
Oleh kerana mereka kini berkeras ingin gunakan bahasa Inggeris di dalam Parlimen, adakah ini juga bermaksud kalimah Allah tiada lagi kepentingan dalam perjuangan DAP?
Ini bukan kali pertama Ahli Parlimen Kuching daripada parti DAP ini mempersenda dan mempertikai apa yang termaktub dalam perlembagaan dan bersuara bagai menanam kebencian terhadap Malaysia.
Pada 17 September tahun lalu, Chong menganggap lagu kebangsaan Negaraku sebagai memalukan dan mengarut sebelum meminta maaf.