Lim Guan Eng Is No Warrior

For the Opposition, it is okay to lie even during the month of Ramadhan. After all, God is intangible to them.

I saw a moron posting this on Facebook. This is what I call “kampung tactic” that one would use in the 1950s when there was no television sets let alone the Internet:


Of course, illiterate Malays and those who only use the Internet for sexual gratification or to fall for lies, would buy the bullshit posted above.

Lim Guan Eng did not go to jail for fighting for the rights of a Malay rape victim. He went to jail for contempt of court.

If you don’t believe me, ask his father Lim Kit Siang. I found this posting on his blog:


Next time use Google. Cheap fake sites like Malaysiakini won’t tell you any truth.

Rashid Ketua Menteri Pulau Pinang Melayu Pertama?

Masihkah anda ingat skandal-skandal yang pernah membelenggu UMNO akibat salahlaku dua orang penjawat awam UMNO pada tahun 1990an dan awal 2000? Sekiranya anda terlalu muda untuk mengingati peristiwa-peristiwa tersebut, mari kita imbas semula kejadian-kejadian tersebut.


Kejadian pertama pada tahun 1997 melibatkan Menteri Besar Selangor ketika itu iaitu Tan Sri Muhammad bin Mohd Taib. Muhammad yang sebelum itu mempunyai satu lagi skandal iaitu berkahwin lari bersama Tengku Zahariah binti Tengku Abdul Aziz Shah di Takbai, Selatan Thailand pada tahun 1993, telah ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Brisbane, Australia kerana cuba membawa keluar wang berjumlah RM2.4 juta tanpa membuat deklarasi kepada pihak berkuasa Australia.


Apabila didakwa di mahkamah di Brisbane, Muhammad dengan segera melepaskan jawatan beliau sebagai Menteri Besar negeri Selangor.


Muhammad diganti oleh Abu Hassan Omar yang ketika itu merupakan seorang Ahli Parlimen. Satu pilihanraya kecil serentak terpaksa diadakan di Parlimen Kuala Selangor dan DUN Permatang untuk membolehkan Abu Hassan bertukar kerusi dengan Jamaluddin Adnan. Namun Abu Hassan tidak lama menjawat jawatan sebagai Menteri Besar Selangor kerana didakwa terbabit dengan suatu skandal seka dan beliau pula melepaskan jawatan pada tahun 2000.

Maka, saya berpendapat adalah baiknya Saudara Lim Guan Eng juga meletakkan jawatan beliau sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang kerana telahpun didakwa atas kesalahan salahguna kuasa dan rasuah pada 30hb Jun 2016. Pertamanya, ianya tidak akan menyebabkan dakwaan terhadapnya terpalit dan memburukkan lagi nama parti beliau, DAP.

Kedua, sekiranya beliau tidak meletakkan jawatan ianya boleh membenarkan beliau masih mempengerusikan mesyuarat-mesyuarat yang melibatkan hal ehwal jawatankuasa kelulusan projek negeri Pulau Pinang. Sudah tentu ini akan merupakan percanggahan kepentingan bukan sahaja bagi pihak beliau, malahan juga buat Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Ketiga, jika kita imbau kembali peristiwa Tan Sri Muhammad di Brisbane, Lim Guan Eng ada membuat kenyataan berikut kepada para pemberita asing:


Maka eloklah beliau lepaskan jawatan Ketua Menteri kerana ia membawa malu yang amat sangat kepada negara. Dan seperti kata beliau sendiri, “Ianya tidak memberi petunjuk baik mengenai tahap kawalan rasuah di Malaysia.”

Mungkin sudah sampai masanya Timbalan Ketua Menteri 1, YB Dato Haji Mohd Rashid bin Hasnon, mengambil alih pucuk pimpinan negeri. Saya amat yakin DAP, sebagai sebuah parti pelbagai bangsa, bersetuju dengan saranan saya ini.