Tuan Besar Pakatan Harapan, Encik Lim Kit Siang berkata bahawa Pakatan Harapan akan menyiasat skandal forex Bank Negara Malaysia (BNM) yang berlaku semasa pentadbiran U-Turn Mahathir jika Putrajaya miliknya.
“Sekiranya Pakatan mengambil alih sebagai kerajaan persekutuan dalam pilihan raya umum yang akan datang, satu Suruhanjaya siasatan diraja mestilah ditubuhkan untuk menyiasat kerugian skandal forex Bank Negara bernilai RM30 bilion dalam 1992,” katanya.
Berita seperti inilah yang diharap-harapkan oleh rakyat Malaysia khususnya ahli-ahli DAP yang tetap di landasan perjuangan mereka.
Memetik pandangan bekas timbalan gabenor Bank Negara Dr Rosli Yaakop, Kit Siang berkata spekulasi matawang yang berlaku pada masa itu mendapat restu U-Turn Mahathir dan bekas menteri kewangan serta konco kehormat beliau, Daim Zainuddin.
Mengulas perkembangan terkini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Azalina Othman Said berkata Kit Siang harus menyokong usaha kerajaan untuk menyiasat skandal tersebut.
“Lim Kit Siang sebagai seorang Ahli Parlimen yang berpengalaman, seharusnya menyokong usaha Kerajaan dan bukannya mempolitikkan perkara ini,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.
Menurutnya lagi, jika pendirian Lim kini berubah mengenai penubuhan pasukan yang dibuat semalam, maka terbuktilah bahawa Ahli Parlimen Gelang Patah itu hanya lantang demi kepentingan politik sahaja sebelum ini, dan ianya perlu dinilai secara bijak oleh ahli DAP.
“Malah kecenderungan beliau untuk berubah-ubah prinsip serta pendirian memperlihatkan sikap tidak konsistennya dan wajar dinilai oleh penyokong-penyokong DAP,” tambah Ahli Parlimen Pengerang itu lagi.
Saya boleh bayangkan betapa gembiranya Kit Siang dengan sokongan kerajaan menubuhkan pasukan petugas khas untuk menyiasat dakwaan beliau selama ini.
You must be logged in to post a comment.