Kecoh kat timeline David Teo kena debik. Kejadian ini berlaku di sebuah majlis TN50 untuk para penggiat seni yang dihadiri Perdana Menteri, dan dikendalikan oleh Rosyam Nor.
David Teo dikatakan telah bersuara dalam nada kurang beradab terhadap Perdana Menteri dan mempersoalkan cara Rosyam Nor mengendalikan majlis.
Lalu muncul pelakon Sulaiman Yassin atau lebih dikenali dengan nama Mat Over melempang muka David Teo yang dianggap bersikap kurang ajar.
Apa tujuan David bersikap sedemikian sehingga mengundang pelempang adalah tidak diketahui.
Mari kita lihat kejadian tersebut dari sudut yang lain pula:
Namun sekiranya David ingin bertindak seolah-olah beliau adalah pembela anak seni maka saya rasa masih ramai yang belum lupa bagaimana para pelakon dan pekerja MIG ditindas oleh beliau.
David Teo pernah kurangkan gaji pekerja dan bayaran para pelakon di bawah naungan MIG hanya supaya beliau boleh teruskan hasilkan filem.
Bekas ahli Senario, Saiful Apek juga pernah mendedahkan bahawa Allahyarham Bob Kuman tidak mendapat bayaran daripada David Teo.
Malah Aeril Zafrel dan bekas para pekerja MIG juga pernah mendedahkan bahawa mereka tidak dibayar oleh David Teo dan mencabar David menyaman mereka atas kenyataan mereka tersebut.
Anda boleh baca dengan lebih lanjut lagi di sini.
Adakah David Teo layak bersuara bagi pihak para artis?
Apabila David Teo dilempang oleh Sulaiman Yassin kedengaran Perdana Menteri cuba menenangkan keadaan.
“Okay, okay. Tak payah bertumbuklah,” kata Najib Razak.
Kedengaran Rosyam Nor pula berkata, “Kurang ajar. Dia memang kurang ajar dari dulu.”
Boleh dengar suara-suara di dalam video tersebut yang menganggap David Teo bersikap kurang ajar, dan Sulaiman Yassin yang mungkin pernah memendam rasa marah terhadap David, meletup malam ini.
Sulaiman Yassin dan David Teo telah saling bermaafan sebelum tamatnya majlis tersebut.
Apa pun PM tetap cool. Beliaulah yang menyuruh mereka bersalaman semula.
You must be logged in to post a comment.